CARI-MRO Publish time 15-8-2017 03:58 PM

Ratusan Babi Berenang Di Pig Island, Antara Keunikan Pulau Di Bahamas

Mungkin ramai yang belum mengetahuinya tetapi sebuah pulau unik yang dikenali sebagai Pig Island ini memang benar-benar wujud!


Bila sebut babi sahaja, mesti semua tahu yang ianya dilarang untuk disentuh atau dimakan oleh mereka yang beragama Islam.


Bukan nak cerita tentang hukum, sebaliknya keunikan yang ada di pulau ini menjadikan Bahamas sebagai pusat tumpuan yang dikunjungi ramai.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/15/153215i0hrt7fhfz838372.jpgFoto: Daily Mail


Nak tahu kenapa? Sebab di sini ada sekumpulan babi yang pandai berenang. Ya, hanya haiwan ini sahaja yang tinggal di sini dan tiada manusia langsung.


Haiwan berkaki pendek itu dilihat sangat seronok bermain bersama dan menghabiskan masa mereka berenang di dalam air laut yang membiru.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/15/153215giv222n2zwwz2mcn.jpgFoto: Daily Mail


Menurut beberapa sumber, kumpulan haiwan ini pada mulanya ditinggalkan oleh pelaut yang mahu menjadikannya sebagai santapan tapi disebabkan mereka tidak kembali semula, maka haiwan ini beranak-pinak sehingga menjadi banyak sekarang.


Menariknya lagi, bila ada sahaja manusia yang datang mendekati, babi-babi ini sangat mesra dan seolah-olah menunjuk-nunjuk kehebatan mereka berenang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/15/153215htfp96hgvsh9tbso.jpgFoto: Daily Mail



Pulau Babi atau nama rasminya Big Mayor Cay menjadi tumpuan mereka yang mahu melihat sendiri aksi lucu haiwan ini disamping memberi makanan kepadanya.

Ada yang teringin nak rasa pengalamannya sendiri? Tempah tiket dan terbang ke Bahamas sekarang!-CARI

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/15/153215hyuju0fy000bi2xb.jpgFoto: Daily Mail

cewekbopot Publish time 15-8-2017 04:17 PM

ogok emang pandai berenang..

harrypoter Publish time 15-8-2017 04:39 PM

tombiruo kopio lo wogok

devilito2 Publish time 15-8-2017 04:49 PM

babi betul la babi ni... :)

miemiecha Publish time 15-8-2017 05:11 PM

hehehe... geli plak tgk...

-electrifying- Publish time 15-8-2017 05:18 PM

sikit pon xteringin nk pegi dekkk

missinpiece Publish time 15-8-2017 05:25 PM

Oii polka dot oii :lol::lol:

CiliPadiSedap Publish time 15-8-2017 05:27 PM

jijiknya akak dtg pulau ni mesti traumaize..

mzzenma Publish time 15-8-2017 05:29 PM

Comelnya..berlagak pula tu show off pandai berenang

matchstick Publish time 15-8-2017 05:44 PM

kaki pendek duk tempat air cetek pun dh kena berenang...naseb ko lah babi

gigahertz Publish time 15-8-2017 07:02 PM

matchstick: kaki pendek duk tempat air cetek pun dh kena berenang...naseb ko lah babi
Lepas ni boleh prank orang. Honeymonkat bahanas{:love

redapple10 Publish time 15-8-2017 08:05 PM

Dah mcm movie angry bird pulak..{:nose

eizarz Publish time 15-8-2017 08:25 PM

devilito2: babi betul la babi ni... :)
babi betul la pulau babi ni...{:smile{:smile

de_ikea Publish time 15-8-2017 09:11 PM

Iols baru tahu babe ni ada juga kaler cekelet gold tompok-tompak bagai. Nampak sgt iols naif. Hihihi

Akakstory Publish time 15-8-2017 09:18 PM

Banyak color rupanya haiwan ni

RatuDunia94 Publish time 15-8-2017 09:55 PM

Iols tahu pasla pualu ni dulu masa tengok Miss Universe 2009 buat kat Bahamas, si Dayana Mendoza Miss Universe 2008 berenang dgn babi.. Masa tu tergelak ios kt rumah..

DeeHanania Publish time 15-8-2017 11:32 PM

Skumpulan babi bersantaian d tepian pantai gitu...

fefeeling Publish time 16-8-2017 02:24 AM

untung jadi babi di bahamas ye

kentel Publish time 16-8-2017 07:58 AM

https://vignette2.wikia.nocookie.net/degrassi/images/4/4c/Miley-haha-no.gif/revision/latest?cb=20140306135101

ShrekFiona20 Publish time 16-8-2017 09:41 AM

Perghhhh kebabian apakah di pulau babi di Bahamas ni???
Pages: [1] 2 3
View full version: Ratusan Babi Berenang Di Pig Island, Antara Keunikan Pulau Di Bahamas


ADVERTISEMENT