wnwa05 Publish time 15-8-2017 11:46 AM

Jet pejuang Sukhoi-57 baharu



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/su-57_cropped_1502765014.jpg


RUSSIA memperkenalkan pesawat pejuang ‘ghaib’ supersonik baharu - yang akan membuatkan ketumbukan tentera udara seluruh dunia kagum dan ‘cemburu’.
Jet Sukhoi-57 tercanggih bernilai £120 juta (RM660 juta) itu bakal menyaingi pesawat F-22 Raptor milik Amerika Syarikat (AS) dan Chengdu J-20 yang dimiliki China.
Jurucakap Kremlin berkata, jet pejuang stealth generasi kelima itu dikenali sebagai Su-57 akan menjalani ujian berikutnya selama setahun sebelum memasuki perkhidmatan ketenteraan pada tahun 2019.
Ia berupaya terbang dengan kelajuan maksimum 2,599 kilometer sejam (kmj).
Pesawat itu dipanggil 'PAK FA' dan 'T-50' semasa pembinaannya.
Russia berkata, Su-57 akan mengguna pakai teknologi stealth paling canggih bagi menyukarkannya dikesan oleh radar musuh.
Menurut Newsweek, jet terbabit akan menggunakan peluru berpandu K-77M dengan jarak lebih 200km manakala peluru berpandu milik AS, AIM-120D Scorpion hanya memiliki jarak kira-kira 160km.
Pengeluar penerbangan ketenteraan Russia mendakwa ia lebih murah berbanding yang dikeluarkan pesaingnya AS. Pasukan tentera negara itu akan menerima 12 pesawat kumpulan pertama nanti.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 10:43 AM

trakea Publish time 16-8-2017 08:24 AM

Sorry la. Chengdu J-20 bukan setanding F-22 atau Su-57

cmf_BeachBoys Publish time 24-8-2017 12:46 AM

Su-57 tengah tunggu enjin khas untuk dia.yang awal ni untuk ujian lagi.
Pages: [1]
View full version: Jet pejuang Sukhoi-57 baharu


ADVERTISEMENT