wanzhm93 Publish time 13-8-2017 11:07 AM

Cara mendidik anak dengan Gadget

Pejam Celik Pejam Celik..Kini gajet seperti smartphone dan tablet bukanlah asing dalam kehidupan berkeluarga. Hampir setiap keluarga mempunyai paling kurang sebuah telefon pintar. Dan ada juga yang mempunyai kedua-dua telefon pintar dan tablet. Tidak dinafikan bahawa kedua-dua gajet ini amat membantu kita dalam komunikasi dan juga hubungan sesama manusia tetapi dalam sedar atau tidak, ia juga ada kesannya kepada pendidikan dan pengajaran anak-anak di rumah.



Walaupun adakalanya telefon pintar dan tablet boleh menjadi alat bantuan pengajaran di rumah dan di sekolah, tetapi peraturan dan disiplin yang sesuai perlu dipatuhi bagi mengelakkan daripada kanak-kanak menjadi 'ketagihan' untuk bermain dengan telefon pintar dan tablet.



Antara disiplin yang perlu dipatuhi untuk menggunakan tablet dan telefon pintar sebagai alat bantuan pendidikan adalah:



1. Hadkan masa

Sediakan jadual khas untuk penggunaan telefon pintar dan tablet untuk anak-anak anda. Anda boleh buat jadual minggu seperti hanya boleh menggunakan tablet pada hujung minggu atau jadual harian seperti hanya boleh bermain pada waktu tertentu setiap hari. Tetapi yang lebih penting adalah sediakan satu waktu untuk bebas gajet seperti waktu makan bersama keluarga.



2. Berikan perkara yang bermanfaat sahaja

Pelbagai aplikasi dan video boleh dimuat turun daripada internet dalam zaman sekarang. Sebaik-baiknya, ibu bapa perlu pasang dan muat turun aplikasi dan video yang boleh bermanfaat kepada anak-anak. Untuk peringkat awal, jangan membenarkan anak yang memasang aplikasi yang dimahukan, biar ibu bapa yang tentukan.



3. Sebagai ganjaran dan hukuman

Ganjaran adalah penting bagi anak-anak untuk memberikan mereka semangat dan sentiasa termotivasi. Sebaik-baik ganjaran adalah dengan perkataan dan pujian daripada ibu bapa sendiri. Tetapi bagi yang mahu mengawal anak yang gemar bermain gajet, anda boleh jadikan gajet sebagai ganjaran sampingan untuk anak anda. Sebagai contoh, hanya benarkan mereka bermain gajet setelah siapkan kerja sekolah atau apabila telah tamat peperiksaan.



Gajet juga boleh dijadikan sebagai satu jenis hukuman kepada anak yang tidak menurut arahan. Tetapi perlu diingatkan, fokus utama hukuman tersebut bukan untuk tidak membenarkan mereka menggunakan gajet, tetapi untuk memperbaiki kesilapan yang mereka lakukan. Dalam masa yang sama berikan nasihat dan terangkan kesilapan yang telah dilakukan kepada anak-anak anda.




4. Gunakan Child Mode

Jika anda menggunakan mana-mana peranti Xiaomi, perisian terbaru MIUI 7 ada mengenengahkan satu ciri baru iaitu Child Mode. Child Mode adalah mod khas untuk ibu bapa pengawal dan memantau akses aplikasi yang boleh di gunakan oleh anak-anak dalam telefon pintar. Hanya aplikasi yang dibenarkan oleh ibu bapa sahaja boleh digunakan oleh anak-anak. Ini adalah salah satu kaedah untuk mengawal penggunaan gajet kepada anak-anak.



5. Masa 'Gajet Free'

Sepertimana yang diberitahu sebelum ini, adalah penting untuk menyediakan satu slot masa 'Gajet Free'. Bagi yang beragama islam, waktu paling sesuai untuk gajet free adalah semasa waktu solat 5 waktu. Setiap masuk waktu solat, pastikan anak-anak telah mematikan semua gajet mereka dan bersedia untuk bersolat. Lain-lain waktu yang sesuai adalah seperti waktu makan bersama keluarga (makan tengahari dan malam).



Itulah antara cara mendidik anak dengan menggunakan gajet. Semoga bermanfaat untuk saya dan juga untuk anda..

Amina_Mirza Publish time 13-8-2017 11:46 AM

My rule is gadget only allowed on wknd, 2hrs only. Kalau school hols i kasi 2hrs daily. Kalau youtube i kasi access to youtube kids ada apps memang khas utk kids, kita boleh letak password too. I taknaklah tolak terus technology kang anak i jadi katak bawah tempurung pulak. So far anak i obey dengan rule kami set ni. Win-win situation lah.

sarahmirza Publish time 13-8-2017 03:19 PM

Ni kena masuk bod parenting.

carly_lah Publish time 17-8-2017 10:07 AM

sekarang rumah carly dh x de gadget... anak2 cuma bleh tgk youtube kt pc aje... sbb ipad dh melingkup... tablet pun dh melingkup... ipad sbb kn pijak aje... tukar screen dh 3-4x... mcm x berbaloi aje nk pg tukar lg... tablet plak penuh virus, dh upgrade software terus x bg dh kt anak2...

SooAh Publish time 18-8-2017 08:25 PM

I delete apps youtube tapi download youtube kids. Limit kat rumah 2 hours je bole main pastu i download byk2 flash cards or games abc tu. So far ok la..

ladybugz Publish time 18-8-2017 08:39 PM

My doter is still a toddler she rarely use a gadget tp good infos n tips from other forumers. Mintak jauh la anak obses ngan gadget.

makita Publish time 18-8-2017 11:01 PM

Anak makita skrg 5 thn.x pnh bg dia apa2 gajet.tp dia tumpang tgok ipad sepupu je..nak main game tak reti.atok dia bgi dia main henpon..dia dpt tukar2 wallpaper pon da happy sgt.kikiki
Pages: [1]
View full version: Cara mendidik anak dengan Gadget


ADVERTISEMENT