melnanzz Publish time 13-8-2017 05:36 AM

ISTERIKU CIKGUKU [Cerekarama TV3: Shafiq Kyle, Izara Aisyah]

Isteriku Cikguku (Cerekarama TV3)

Telemovie Isteriku Cikguku telah ditayangkan di slot Cerekarama TV3 pada 29 April lepas. Tapi saya nak buat throwback telemovie ni khas untuk peminat-peminat Shafiq Kyle (dubbed the new Fattah Amin) dan Izara Aisyah. Kepada yang belum menonton telemovie ni, boleh tonton secara online di post #2

https://1.bp.blogspot.com/-KVH2j32bPzQ/WQHQ-fhEqOI/AAAAAAAAEMs/YTrsxTqZvsQW5b588Lv-cEsgxr7MtFeYgCLcB/s1600/Isteriku%2BCikguku.png

JUDUL : ISTERIKU CIKGUKU
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Muhammad Nor Zaidy Abdullah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A Aida Production
PELAKON : Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Azlan Mokhtar, Syazuwan Hassan, Faralyna Idris, Sabhi saddi

SINOPSIS ISTERIKU CIKGUKU
Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidakmengindahkan pelajarannya. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.



"Cinta Sesungguhnya" - Sabhi Saddi ft. Marsha
w1sykF-ZIQo

"Lagu Cinta" - Asmara
IbyM4i53qvs

"Rahsia" - Ippo Hafiz
aPZvwIy5jdU

"Yang Terindah" - Ippo Hafiz
glZeP0_unBk



Jangan lupa tinggalkan rating!

melnanzz Publish time 13-8-2017 05:37 AM

Isteriku Cikguku
Full Movie

KZZRKTfAu24

dewimalam78 Publish time 13-8-2017 08:27 AM

Dh tengok. Baru je abis tengok. Bestnya..:loveliness::loveliness:
Ai jarang tau layan movie melayu sb cerita ntah pape. Tp this movie ok. Cute je tgk couple syafuq n izara.

mommymonster82 Publish time 13-8-2017 10:08 AM

dewimalam78 replied at 13-8-2017 08:27 AM
Dh tengok. Baru je abis tengok. Bestnya..
Ai jarang tau layan movie melayu ...

Best ke..ok nnti nk try tgk..

raradhia Publish time 13-8-2017 10:59 AM

i xseberapa suka, ntah laa ;P

cahaya_almas Publish time 13-8-2017 02:44 PM

Suka tgk izara sbb dia cantik je...walau make up tebal...huhu....n seksi2 je..igt lg video dia nmpk tek....tp sbb dia cantik leh lyn lg citer dia n tkle kayu sgt....kayu sket2 je...

Choc-chip Publish time 13-8-2017 02:52 PM

raradhia replied at 13-8-2017 10:59 AM
i xseberapa suka, ntah laa

Eh uols... best la citer ni... :lol:
Kalau boleh nak tengok gandingan izara & syafiq lagi untuk next drama... tapi drama yang best la..kalau tak kosser iols nak tengok...

raradhia Publish time 13-8-2017 03:09 PM

Choc-chip replied at 13-8-2017 02:52 PM
Eh uols... best la citer ni...
Kalau boleh nak tengok gandingan izara & syafiq lagi untuk n ...

iols suka ja syafiq dan izara ni chuols, haha. .tp, mcm xberkenan laa plak cikgu jatuh cinta kat anak murid walau hakikatnyaa ada jgak kes sebegini d luar sana. .hehe =)

cheergirlz Publish time 13-8-2017 03:49 PM

1st time sy jengah Bod TV...1st benang jgk yg sy post...;P;P

hihihi...tgk citer nie masa bersiaran....ok jer, not bad gandingan berdua nie..,nak hurai x pndai sgt...hihii:D

Choc-chip Publish time 13-8-2017 03:51 PM

raradhia replied at 13-8-2017 03:09 PM
iols suka ja syafiq dan izara ni chuols, haha. .tp, mcm xberkenan laa plak cikgu jatuh cinta kat a ...

Iols tak tau kenapa iols tersuka citer ni kalau realiti tak suka kot... maybe sebab pelakon best.... :lol:

raradhia Publish time 13-8-2017 07:52 PM

Choc-chip replied at 13-8-2017 03:51 PM
Iols tak tau kenapa iols tersuka citer ni kalau realiti tak suka kot... maybe sebab pelakon best.. ...

uols suka kat shafiq kyle ni kot, tu laa..HAHAHA

Choc-chip Publish time 13-8-2017 08:20 PM

raradhia replied at 13-8-2017 07:52 PM
uols suka kat shafiq kyle ni kot, tu laa..HAHAHA

Nope... salah tekaan uols... :lol:
Citer photographer tu pun iols xtengok... iols suka chemistry izara dgn syafiq dlm citer ni... iols suka hero korea je skang..:lol:

raradhia Publish time 13-8-2017 08:29 PM

Choc-chip replied at 13-8-2017 08:20 PM
Nope... salah tekaan uols...
Citer photographer tu pun iols xtengok... iols suka chemistry...

alamak, iols pula xseberapa nak kenal korean ni. .tp, iols tahu lee dong wook jah laa. .boleh gittew?

Choc-chip Publish time 13-8-2017 08:58 PM

raradhia replied at 13-8-2017 08:29 PM
alamak, iols pula xseberapa nak kenal korean ni. .tp, iols tahu lee dong wook jah laa. .boleh gitt ...

Ish uols ni iols minat lee dong wook zaman my girl lagi... Iols pun tak kenal semua ... kenal yang iols minat jer... alamak dah terOT ni uols...
Untuk tak OT harap ada gandingan izara & syafiq lagi.. :lol:

gerbera.memopad Publish time 14-8-2017 12:24 PM

One thing yg aku suka pasal Izara ni beside her laugh yg lunak & tak pretentious, dia boleh create chemistry dgn mana2 hero pun yg dipasangkan dgn dia tak kisah jarak umur pun :P

Contoh dia dgn Rashidi jd husband & wife citer raya lepas. Best sgt citer tu, shot pun cantik.

raradhia Publish time 15-8-2017 07:28 PM

Choc-chip replied at 13-8-2017 08:58 PM
Ish uols ni iols minat lee dong wook zaman my girl lagi... Iols pun tak kenal semua ... kenal ya ...

iols nak izara dan zamarul hisyam lg, apa ntah drama kat tv3 haritu. .best sgt, HAHA, walaupun zamarul dah kertu

rainbow259 Publish time 15-8-2017 10:24 PM

haritu save cter ni kat utube.. xsabo nk tgk

PJmasks Publish time 16-8-2017 03:04 PM

Dah tgk. Ok not bad. Pelarisnya izzara aisyah. Body mantop. Pakai baju kurung pun still nampak sexy sbb body curvy. Syafik pun ok. Layan gak la cite santai2 xheavy.

Choc-chip Publish time 16-8-2017 05:08 PM

raradhia replied at 15-8-2017 07:28 PM
iols nak izara dan zamarul hisyam lg, apa ntah drama kat tv3 haritu. .best sgt, HAHA, walaupun zam ...

Cinta masam manis kan uols... iols nak tengok citer tu sebab ada izara... entah bila dpt tengok citer tu...

ubiwankelubi Publish time 16-8-2017 08:45 PM

turn off pulek aku cikgu bercinta dgn budak spm.kalau budak stpm tu boleh terima jugak la sikit2
Pages: [1] 2
View full version: ISTERIKU CIKGUKU [Cerekarama TV3: Shafiq Kyle, Izara Aisyah]


ADVERTISEMENT