HangPC2 Publish time 7-8-2017 12:19 PM

WHEELY - FAST & RIDICULOUS! (ANIMASI DARI KRU STUDIOS/KARTUN STUDIOS)

Teaser animasi 3D Malaysia terbaru dari KRU Studio


KGgoODVNvJU




Filem Wheely terbitan KRU Studios laku di peringkat antarabangsa

Filem animasi terbaru terbitan KRU Studios, Wheely telah mendapat tempahan pengedar-pengedar di seluruh dunia melalui pra musim jualan di pasaran-pasaran filem antarabangsa di Cannes, Los Angeles dan Berlin. Wheely adalah sebuah filem animasi arahan terbaru Yusry KRU yang dihasilkan oleh Kartun Studio, anak syarikat kepada KRU Studios. Wheely kini menjalani proses akhir produksi di studio KRU di Ipoh, Perak.

Wheely dijangka akan ditayangkan di 94 buah negara, manakala untuk tayangan tempatan dijangka akan ditayangkan pada bulan Mac 2018. Wheely boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat KRU Studios memandangkan Wheely masih lagi dalam produksi, namun sudah pun mendapat tempahan yang banyak. Tahniah diucapkan buat KRU Studios.


http://i.imgur.com/blg4FBa.jpg





dinoloveshasha Publish time 7-8-2017 03:15 PM

kartun nmpk cun... tp sorry tak original.... mengingatkan pd filem cars.....
lps tu based on trailer..... ade byk scene dr movie mcm terminators... ;P

HangPC2 Publish time 9-8-2017 12:57 PM

dinoloveshasha replied at 7-8-2017 03:15 PM
kartun nmpk cun... tp sorry tak original.... mengingatkan pd filem cars.....
lps tu based on traile ...

sebenarnya tiada masalah sebab orang luar negara dapat terima

SY_Mumi Publish time 9-8-2017 11:43 PM

Ok look nice. Hope for a 3d or animation film, KRU can at least give a simple plot or storyline. Melainkan target base audience is for kanak2 then cant expect too much.

AnBulisia Publish time 10-8-2017 04:30 PM

skeptikal aku pada KRU masih tinggi...
tgk dari jauh je lah dulu
Pages: [1]
View full version: WHEELY - FAST & RIDICULOUS! (ANIMASI DARI KRU STUDIOS/KARTUN STUDIOS)


ADVERTISEMENT