jiwarasa Publish time 7-8-2017 12:06 PM

Misteri Puteri Gunung Ledang, Manusia atau Bunian?



http://www.kisahseram.com/wp-content/uploads/2017/08/puteri-gunung-ledang-3-696x348.jpg

Kisah mengenai Puteri Gunung Ledang telah pun wujud sejak berzaman lagi. Gunung Ledang merupakan sebuah gunung yang terletak di daerah Muar, Johor dan bersempadan dengan Melaka. Lagenda menceritakan bahawa ada seorang puteri yang dikatakan mempunyai rupa paras yang terlalu cantik yang menjaga gunung tersebut dan dipercayai masih mendiami gunung tersebut sehingga kini.

Kebanyakan masyarakat Melayu percaya bahawa Puteri Gunung Ledang adalah makhluk bunian yang hidup sejak berabad dahulu dan mendiami Gunung Ledang. Kepercayaan ini dikatakan tidak mustahil bagi masyarakat Melayu kerana bunian juga merupakan antara golongan jin yang diciptakan oleh Allah S.W.T dan hidup di alam ghaib yakni alam yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia biasa. Namun, jika mereka berkehendak, mereka akan menampakkan kewujudan mereka di alam kehidupan manusia.


https://s1.postimg.org/619nlnhtb/bunian.jpg

Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang ini masih lagi segar dalam hidup masyarakat Melayu. Bagi mereka yang percaya dengan kekuasaan Allah S.W.T, kewujudan golongan jin yang dikenali sebagai bunian adalah tidak mustahil kerana kekuasaan Allah itu sendiri berada di luar pemikiran manusia. Kepercayaan terhadap Puteri Gunung Ledang sebagai bunian dikuatkan lagi dengan kawasan Gunung Ledang yang merupakan ‘perkampungan’ golongan jin.Menurut Zainurin Sahir yang merupakan seorang pengkaji sejarah di Tangkak, Johor, percaya bahawa Puteri Gunung Ledang merupakan bunian yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu. Puteri Gunung Ledang ini dikatakan mampu menjelmakan diri sebagai nenek tua bertongkat yang dikenali sebagai nenek kebayan dalam masyarakat Melayu. Puteri Gunung Ledang akan menampakkan dirinya kepada manusia dalam jelmaan nenek kebayan dan kadangkala sebagai seorang puteri yang cantik jelita.https://s1.postimg.org/6fazl91wv/puteri_gunung_ledang.jpg
Perkara ini mungkin akan disangkal oleh generasi baru yang tidak mempercayai tentang kewujudan bunian. Terpulang kepada diri sendiri, tetapi kita sebagai umat Islam wajib untuk mempercayai alam ghaib apatah lagi golongan jin yang sememangnya antara makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Sebenarnya suasana di alam gahaib dan alam nyata adalah sama cuma yang berbeza mungkin hanyalah perjalanan masa.Justeru itu, manusia biasa yang memasuki alam ghaib mungkin akan mengalami kesukaran untuk kembali ke dunia asal kerana kebiasaanya orang yang memasuki alam ghaib tidak akan sedar bahawa dirinya berada di alam ghaib. Lantaran itu, timbulnya dakwaan bahawa Puteri Gunung Ledang asalnya seorang manusia biasa yang pergi bertapa di kawasan hutan tebal di Gunung Ledang. Ini kerana Gunung Ledang sering menjadi tempat bagi mereka yang berhajat untuk menuntut ilmu kebatinan.https://s4.postimg.org/msypqj0sd/puteri_gunung_ledang_2.jpg
Puteri Gunung Ledang dikatakan telah masuk ke alam ghaib dan sehingga kini Puteri Gunung Ledang dipercayai masih hidup serta menjadi penjaga Gunung Ledang. Disebabkan itu, masyarakat Melayu percaya bahawa Puteri Gunung Ledang adalah makhluk bunian.Sama ada para pembaca kisahseram.com mahu percaya atau tidak, terpulang kepada diri sendiri. Apa yang pasti setiap apa yang diciptakan oleh Allah, pasti ada hikmahnya yang tersendiri.Sumber dipetik dari laman web Utusan Online.

beni_nikaido Publish time 7-8-2017 01:59 PM

OT jap.
Tiap kali aku tgk filem PGL ni, aku mmg bergeram sgt dgn Tuah.
Mengikut perintah sgt.
Cian Puteri...
Scenelast bila Hang Tuah lambat sampai ke puncak n Puteri x munculkan diri bila dirayu mmg menyentuh perasaan aku {:cryruno

billionman78 Publish time 7-8-2017 04:06 PM

best thread ni. kipidap.

CiliPadiSedap Publish time 8-8-2017 12:15 AM

mohon puteri gunung ledang santet siapa kotorkan air terjun ledang {:1_152:}

pinkypetal Publish time 8-8-2017 02:21 AM

I minat sangat kisah bunian2 ni

rinimustafa1 Publish time 10-4-2019 11:02 PM

Kata nya nama sebenar PGL ni Riangga..bekas penari istana Majapahit yg kmdian nya berkahwin dgn bunian pastu menetap di gunung Ledang. Betol ke idok..x tahu ler.. Allah je yg maha mengetahui segala yg di langit dan dibumi.

muor76 Publish time 11-4-2019 08:59 AM

kat gunung ledang ade satu kawasan yg cukup best..
kolo nasib baik leh masuk satu 'kampung'/ 'bandor'
tapi kene naik dr laluan yg jarang org lalu...
kolo naik ikut laluan biase kat sagil/asahan.. tak lalu tempat tu... kena naik puncak pastu turun sket..

myakayina Publish time 11-4-2019 09:18 AM

muor76 replied at 11-4-2019 08:59 AM
kat gunung ledang ade satu kawasan yg cukup best..
kolo nasib baik leh masuk satu 'kampung'/ 'bando ...

maksud u kampung/bandor tu tempat bunian ke apa?

muor76 Publish time 11-4-2019 09:38 AM

myakayina replied at 11-4-2019 09:18 AM
maksud u kampung/bandor tu tempat bunian ke apa?

yup... ade 5 ceta yg pernah aku dgr dari orang yg berbeza yg tak mengenali antara satu sama lain
bila aku selidik... semua cerita tu merujuk di satu kawasan/area di gunung ledang..

myakayina Publish time 11-4-2019 09:39 AM

muor76 replied at 11-4-2019 09:38 AM
yup... ade 5 ceta yg pernah aku dgr dari orang yg berbeza yg tak mengenali antara satu sama lain
...

wah..menarik ni.. tapi tak semua org kot yg dpt masuk area situ...hanya yg 'terpilih' saja..

muor76 Publish time 11-4-2019 09:49 AM

myakayina replied at 11-4-2019 09:39 AM
wah..menarik ni.. tapi tak semua org kot yg dpt masuk area situ...hanya yg 'terpilih' saja..

sorang mmg dia mintak masuk siap borak dan tengok keadaan sekeliling, sorang termasuk dapat tengok keadaan sekeliling tapi tak borak,
sorang sekadar di pinggiran tengok bende yg menarik/cantik,
sorang tak masuk tapi jumpe barang kat situ,yg lagi sorang nih masuk dan dengar, tapi tak nampak ape ape... mulut cabul....

Petunia Publish time 11-4-2019 09:51 AM

Menarik.. Dari kecik lagi suka dengar cerita pasal Gunung Ledang ni..

supernaturalee Publish time 11-4-2019 04:11 PM

beni_nikaido replied at 7-8-2017 01:59 PM
OT jap.
Tiap kali aku tgk filem PGL ni, aku mmg bergeram sgt dgn Tuah.
Mengikut perintah sgt.


kannn
sedih tau gusti puteri menunggu lama
kecewa sgt die dgn tuah

antara dialog PGL yg i sgt suka
igt2 lupa, lbh kurang gini:

jalan berbelok-belok
sauh dibuang di tempat tenang
yang tinggal hati tak tenang
yang pergi hati tak senang

menginjak pada tanah yg sama
bernafas pada udara yang sama
sampai masa...kita pasti akan bersama



supernaturalee Publish time 11-4-2019 04:27 PM

sape tau ade team yg sering naik gunung ledang ni
utk perubatan tradisional


Zanozan Publish time 11-4-2019 05:38 PM

Banyak versi, ada yg cakap dia manusia, lepastu lari ke gunung and menetap dekat alam sana. Wallahualam.

LipasComel Publish time 12-4-2019 09:10 AM

tp ada dgr2 org cakap, kalau hiking dkt gunung ledang, kdg2 boleh nmpk kelibat perempuan berpakaian puteri dkt situ...

Nocturna Publish time 12-4-2019 09:50 AM

Aku rasa ayat lebih sesuai “Manusia atau Jin”

kita jgn taksub sgt dengan Bunian ni, mereka tetap golongan jin

ifanonline Publish time 12-4-2019 10:53 AM

Tuhan yg maha esa dah ckp..tidak ku jadikan jin dan manusia hanya utk menyembah aku..jadi kewujudan bangsa manusia dan bangsa jin adalah sahih...so bangsa bunian ni di kategori bangsa jin...jin ada yg baik dan ada yg jahat...

nanny_1 Publish time 12-4-2019 11:29 AM

muor76 replied at 11-4-2019 08:59 AM
kat gunung ledang ade satu kawasan yg cukup best..
kolo nasib baik leh masuk satu 'kampung'/ 'bando ...

dikira masuk ke alam bunian ke chuols?
ke dapat rezeki tengok bandor dorang je?

muor76 Publish time 12-4-2019 04:51 PM

nanny_1 replied at 12-4-2019 11:29 AM
dikira masuk ke alam bunian ke chuols?
ke dapat rezeki tengok bandor dorang je?

masuk ler...
Pages: [1] 2 3
View full version: Misteri Puteri Gunung Ledang, Manusia atau Bunian?


ADVERTISEMENT