jiwarasa Publish time 4-8-2017 10:22 AM

Rusia Cipta Peluru Berpandu ‘Jahat’ Selaju 7,400km/j



http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2017/08/755cead1a215a7a2084f4675c7cb504b.jpg

MOSCOW – Rusia berjaya menghasilkan peluru berpandu hipersonik dan didakwa memiliki kelajuan luar biasa yang mampu mencapai enam kali kelajuan bunyi.Ibtimes melaporkan, peluru berpandu yang dikenali sebagai ‘Zircon’ atau 3m22 itu diuji di tapak pelancaran senjata di perairan Yasny dan melepasi beberapa ujian sasaran tembakan dari jarak 800 kilometer.
Difahamkan, sebutir misil Zircon itu mampu memusnahkan kapal perang angkatan laut dalam sekelip mata kerana misil berkenaan mampu memecut pada kelajuan 4,600 batu sejam atau kira-kira 7,402 kilometer sejam.
Misil Zircon menggunakan teknologi yang terdapat pada sistem scramjets (supersonic combustion ramjet) namun ia telah diperbaharui dengan hasil kajian intensif yang mampu menjangkaui kelajuan Mach 5.

http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2017/08/f06ab401dc50081ff63bbd7a294692e0.jpg
Scramjets tidak memerlukan bahan bakar seperti yang terdapat pada misil biasa, kerana teknologi ini menggunakan cecair hidrogen yang dicampur dengan udara oksigen yang diambil terus dari atmosfera.
Pembakaran hidrogen dan oksigen pada kelajuan supersonik ini seterusnya menyebabkan bahan api menerima kelajuan berkali-kali ganda daripada kebiasaan.Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk sistem mekanikal yang mudah, yang mana sedikit sebanyak akan mengurangan kemungkinan kegagalan mekanikal ketika berlepas.

http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2017/08/maxresdefault-768x432.jpg

Kehebatan peluru berpandu itu membolehkannya menduduki carta teratas sebagai peluru berpandu hipersonik terlaju yang pernah dimiliki Rusia setakat ini.‘Menariknya’, tiada lagi sistem pertahanan di dunia yang mampu memintas kelajuan Zircon, menjadikan peluru berpandu ini agak mustahil untuk dihentikan.

Sebagai perbandingan, peluru berpandu Royal Navy’s Sea Ceptor yang direka Britain bagi halang peluru berpandu musuh hanya mampu terbang sejauh 24 km dengan kelajuan 3,700 kilometer sejam, iaitu penurunan sekali ganda daripada kelajuan Zircon.
Sementara itu laman Businessinsider turut mendedahkan peluru berpandu Zircon berisko sebagai bahan ‘utama’ resipi kemenangan ekoran masih tiada lagi sistem pertahanan dari mana-mana negara, kecuali Rusia yang mampu menghalangnya.

Sehingga kini hanya beberapa negara sahaja yang dilihat bergiat aktif dan cuba mendahului negara-negara lain menerusi teknologi peluru berpandu hipersonik, termasuklah India, Amerika Syarikat dan Rusia. –MYNEWSHUB.CC


aOtEmR4QbgU


CiliPadiSedap Publish time 4-8-2017 11:47 AM

kalau berlako world war3 ,pekara pertama kena di lakukan tanam ubi,jagung, korek telaga,simpan bahan kering dalam stor ..

akak dah fikir panjang dh start tanam pokok ubi kt kampung. incase berlaku perang akak balik kampung.

trakea Publish time 5-8-2017 06:32 AM

Selaju mana pun peluru berpandu...ia tetap akan musnah juka misil pemintas yang menghampirinya dari hadapan mampu diletupkan cukup hampir dengannya. Misil pemintas tak perlu sama laju atau lebih laju. Cuma perlu ada sensor fius yang cukup jitu untuk meletup apabila cukup hampir dengan misil yang dipintas

cmf_BeachBoys Publish time 5-8-2017 06:15 PM

trakea replied at 5-8-2017 06:32 AM
Selaju mana pun peluru berpandu...ia tetap akan musnah juka misil pemintas yang menghampirinya dari...

Kalau peluru tu ada ciri-ciri stealth macam Iskander-M?

trakea Publish time 6-8-2017 08:56 AM

cmf_BeachBoys replied at 5-8-2017 06:15 PM
Kalau peluru tu ada ciri-ciri stealth macam Iskander-M?

No problem. Guna peluru berpandu yang ada infra red seeker

cmf_BeachBoys Publish time 6-8-2017 12:40 PM

trakea replied at 6-8-2017 08:56 AM
No problem. Guna peluru berpandu yang ada infra red seeker

Heat seeker hanya boleh dilancarkan setelah peluru berpandu balistik yang mempunyai ciri stealth dapat dilihat dengan mata kasar.

Sempat ke heat seeker bertindak balas untuk memintas peluru berpandu stealt tadi?

trakea Publish time 6-8-2017 03:04 PM

cmf_BeachBoys replied at 6-8-2017 12:40 PM
Heat seeker hanya boleh dilancarkan setelah peluru berpandu balistik yang mempunyai ciri stealth d ...

Siapa kata ?

cmf_BeachBoys Publish time 6-8-2017 03:09 PM

trakea replied at 6-8-2017 03:04 PM
Siapa kata ?

Heat seeker tak mampu detect peluru balistik stealt melepasi garis horizon.kalau nak jugak kena pakai radar.kalau radar take boleh detect peluru berpandu stealth,macam mana heat seeker nak beroperasi?

cmf_BeachBoys Publish time 6-8-2017 03:13 PM

Satu lagi altitude peluru berpandu balistik ni tinggi,mampu ke heat seeker capai dan pintas dalam jarak selamat?

Sebab peluru ni 6 kali kelajuan bunyi.kalau dengan bantuan graviti masa menjunam,mau cecah lebih dari 6 kali kelajuan bunyi.konfident ke heat seeker boleh pintas?

trakea Publish time 7-8-2017 08:50 AM

cmf_BeachBoys replied at 6-8-2017 03:13 PM
Satu lagi altitude peluru berpandu balistik ni tinggi,mampu ke heat seeker capai dan pintas dalam ja ...

Peluru berpandu mach 6 yang dibincangkan di sini adalah sejenis cruise missile untuk musnahkan kapal. Bukan ballistic missile. Kaedah paling logik untuk memintas stealth version mach 6antiship missile pula ialah dengan menggandingkan electro optical targeting system (EOTS) dengan peluru berpandu jenis heat seeker yang boleh lock on after launch (LOAL)


jofizo Publish time 9-8-2017 11:22 PM

nih mmg jahat....
Pages: [1]
View full version: Rusia Cipta Peluru Berpandu ‘Jahat’ Selaju 7,400km/j


ADVERTISEMENT