KILL_NANCY Publish time 4-8-2017 02:15 AM

Menyusun Langkah

Cubaan satu, dua, tiga,
Aku mengatur langkah aku,
Aku mundur ke belakang,
Untuk melihat jejak-jejak aku terdahulu,
Masih ada bekas,
Masih ada kesan dan terkesan,
Jejak yang penuh dosa,
Di mana dahulunya aku toyon,
Tersalah menyusun langkah,
Langkah buas mengejar kenikmatan dunia,
Ketandusan pahala ditutupi dosa yang membukit.

Ya Allah, Tuhan sekalian alam ,
Tuhan yang menghancurkan tentera Abraha,
Tuhan yang terbalikkan dunia Sadum,
Atasnya masin, bawahnya campah,
Tuhan yang mencipta Adam bapa kami,
Tuhan yang mencipta Adam sebelum Adam bapa kami,
Tuhan yang mencipta Jaan dan Jin bapa Iblis,
Aku bermohon kepada kau ,
Kau hapuslah jejak-jejak dosaku yang terdahulu ,
Seperti mana kau mengampunkan dosa dosa Umar Al Khatab,
Seperti mana kau hapuskan dosa dosa Khalid Al Walid,
Aku bermohon kepada Kau, Tuhan yang memilih rasul-rasul,
Keimananku kau utuhkan,
Kau jauhkan aku daripada proklamir Lagho si Syaitan Lahnatullah.

Dasawarsa ini, aku bangga sekali dengan landasan yang aku berdiri,
Seyogia aku berdamping pada landasan Mu tanpa berfikir beribu,
Apakan daya,
Apakan daya,
Makhluk Mu ini dilahirkan untuk berdosa,
Hidayah kau bertandang kepadaku ketika aku sulit,
Maka sinar di hatiku terzahir,
Maka air mata ku mengalir di sudut bibirku,
Aku menangis Kau nukilkan perancangan yang hebat untukku ,
Kau bekalkan manusia-manusia ku perlu,
Bergelar sahabat,
Mengisi kekosongan hari-hari aku ,
Padau doa-doa daripada mereka mereka itu ,
Untuk aku,
Untuk diri aku yang hina dan dina,
Kau jadikan doa mereka mustajab dan diberkati,
Kerana aku ....

Aku belum puas bermanja dengan ibu bapaku,
Belum puas bergurau senda dengan adik-adik aku,
Belum puas bergelak ketawa dengan teman-temanku,
Dan ....

Aku belum puas untuk sujud kepada kau, Ya Allah, Ya Rabb.

Satu, dua, tiga, lekuk,
Hedonisme dan nihilisme aku ketuk,
Al quran dan Hadith aku peluk,
Sesungguhnya itu panduan kami,
Bawakan mereka Ya Allah,
Bawakan sahabat-sahabatku ke al-Haud,
Bawakan kulawargaku ke sungai al-Kautsar,
Air penghapus haus,
Bawakan mereka kepada aku Ya Allah,
Supaya aku dan mereka-mereka,
Boleh bercerita dan bergurau senda sepuas-puasnya,
Sehingga kami lupa,
Lupa tentang kesakitan,
Ketika Malaikat Izrail mecabut nyawa kami dahulunya.

Aku sudah menyusun langkah baru,
Langkah yang kau basahi dengan rahmatmu,
Jejak-jejak baru sudah terukir,
Jejak baru yang menyusul atas arahan Kau,
Kun Fa Ya Kun,
Nun sukun tidak bersabdu,
Maksudnya terang lagi nyata,
Bila berkehendak jadilah ia,
Dosa-dosa aku, ku pohon ampun,
Padamu, Ya Allah, Tuhan sekalian alam,
Semoga kami tergolong dalam golongan ningrat.

Oleh cuba-cuba KILL_NANCY
AL-Fatihah arwah Arshad 20/02/1980 - 04/08/2008

KILL_NANCY Publish time 4-8-2017 02:21 AM

rindu kat kau......sangat.{:downo

noraidil_06 Publish time 14-10-2017 12:37 AM

Al-fatihah
Pages: [1]
View full version: Menyusun Langkah


ADVERTISEMENT