dauswq Publish time 1-8-2017 01:25 PM

[MBC] Two Cops - Jo Jung Suk, Hyeri

Edited by dauswq at 2-9-2017 10:42 PM

Jo Jung Suk sah sertai, Hyeri masih pertimbangkan untuk drama MBC Two Cops
by      daus    ·                            Published August 1, 2017            · Updated August 1, 2017            
   
                                    https://i2.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/08/jojungsuk_twocops.jpg?resize=300%2C202&ssl=1

Jo Jung Suk mengesahkan bahawa dia akan menjadi polis dalam drama terbaru MBC berjudul Two Cops. Drama yang bertemakan komedi romantik ini pada mulanya menggandingkan Jo Jung Suk dan Han Ji Min, sebelum watak yang sepatutnya dimainkan Han Ji Min bertukar tangan kepada Hyeri.
Jo Jung Suk bakal membawakan watak sebagai polis yang berdedikasi dan amanah sebelum dirinya dikuasai roh seorang yang terlibat dengan kes-kes penipuan.Pelakon yang tercalon 2 kali dalam CARI Kdrama Awards menerusi kategori Best Supporting Actor (MBC King 2 Hearts) and Best Actor (SBS Jealousy Incarnate) ini berpengalaman mengendalikan lakonan yang tampak jahat tetapi kelakar, seperti dilakukannya dalam tvN Oh My Ghost dan SBS Jealousy Incarnate.

Setakat ini, Hyeri masih menimbangkan tawaran untuk bergandingan bersama Jo Jung Suk sebagai wartawan yang berani dan sukakan cabaran tetapi seorang yang tak berhati-hati.

Two Cops ditulis oleh penulis baru, Byun Sang-soon yang memenangi pertandingan penulisan skrip di anjurkan MBC pada tahun lepas. Tiada maklumat siapa pengarah yang akan mengambil projek ini. Ia bakal disiarkan selepas The King Loves dan 20th Century Boy and Girl menjelang Nov ini.

Sumber: https://kmania.info/2017/08/01/jo-jung-suk-sah-sertai-hyeri-masih-pertimbangkan-untuk-drama-mbc-two-cops/

@wima@pauliza@nada89@spankee_fili
meh majukan rumah hwa shin ni :lol:

eddlisa_uyuk Publish time 1-8-2017 01:38 PM

happy sbb hwa sin back....tp naper laaa hyeri lak pompuannya

Lorra2411 Publish time 1-8-2017 02:27 PM

bagi iolss Hyeri okay je, mungkin masih terbayang watak Duk Seon yang dia carry dalam Reply 1988

spankee_fili Publish time 2-8-2017 12:20 PM

cheffff......:loveliness:

dauswq Publish time 2-9-2017 10:42 PM

spankee_fili replied at 2-8-2017 12:20 PM
cheffff......

Hyeri sah bergandingan dengan Jo Jung Suk dalam MBC Two Copsby      daus    ·                            Published September 2, 2017            · Updated September 2, 2017               https://i2.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/09/jojungsuk_hyeri.jpg?resize=700%2C404&ssl=1Hyeri. Jo Jung Suk
Hyeri telah disahkan akan membintangi drama MBC terbaru berjudul, “Two Cops”, membawakan watak sebagai wartawan yang akan membantu polis, dilakonkan oleh Jo Jung Suk, untuk membasmi kes-kes melibatkan penipuan. Karakter dilakonkan Hyeri adalah berkarisma dan penuh dengan keyakinan diri, boleh disifatkan agak menyerupai watak Park Shin Hye pernah terajui dalam drama SBS Pinocchio.Jo Jung Suk pula menjadi polis yang sangat berdedikasi dan amanah selepas dirinya dikuasai roh seorang yang terlibat dengan kes-kes penipuan. Pelakon yang tercalon 2 kali dalam CARI Kdrama Awards menerusi kategori Best Supporting Actor (MBC King 2 Hearts) and Best Actor (SBS Jealousy Incarnate) ini berpengalaman mengendalikan lakonan yang tampak jahat tetapi kelakar, seperti dilakukannya dalam tvN Oh My Ghost dan SBS Jealousy Incarnate.
Ini penampilan pertama Hyeri sejak drama SBS Entertainer ditayangkan tahun lepas bergandingan bersama Ji Sung. Dia juga dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta dengan Ryu Jun Hyeol, pelakon tvN Reply 1988, juga merupakan drama lakonan terbaiknya setakat ini.
Sumber: https://kmania.info/2017/09/02/hyeri-sah-bergandingan-dengan-jo-jung-suk-dalam-mbc-two-cops/

alien88 Publish time 3-9-2017 07:15 PM

ala dh confirm ke Hyeri jd heroin? kalau idol yg jadi heroin mesti iolls akn krik krik sikit unless jalan cerita pasal idol jugak

macam menarik lak bila JJS 'dirasuk' :lol:

qis13 Publish time 4-9-2017 10:29 AM

alien88 replied at 3-9-2017 07:15 PM
ala dh confirm ke Hyeri jd heroin? kalau idol yg jadi heroin mesti iolls akn krik krik sikit unless...

Tu la . Suka jo jung suk... tapi tak berapa berkenan kat heroin ni..

alien88 Publish time 4-9-2017 11:09 AM

qis13 replied at 4-9-2017 10:29 AM
Tu la . Suka jo jung suk... tapi tak berapa berkenan kat heroin ni..

kan.. bg je la watak apa dkt Jo Jung Suk ni semua boleh bawak.. harap Hyeri tak kaku sgt nt

masdiana-ana Publish time 8-9-2017 06:33 PM

alien88 replied at 4-9-2017 11:09 AM
kan.. bg je la watak apa dkt Jo Jung Suk ni semua boleh bawak.. harap Hyeri tak kaku sgt nt

hyeri ok apa berlakon...x adalah kayu...iols rasa hyeri antara idol yg boleh berlakon selain uee

alien88 Publish time 9-9-2017 10:47 PM

masdiana-ana replied at 8-9-2017 06:33 PM
hyeri ok apa berlakon...x adalah kayu...iols rasa hyeri antara idol yg boleh berlakon selain uee
...

hrp2 begitu la uolls.. tp lmbt lg nk tggu cite ni kuar, bln nov.. :)

dauswq Publish time 9-9-2017 11:36 PM

qis13 replied at 4-9-2017 10:29 AM
Tu la . Suka jo jung suk... tapi tak berapa berkenan kat heroin ni..

terngiang2 lagi perangai berlagak & bad boy dlm jealousy incarnate
such beautiful flawed character yg buat org jatuh cinta wlpn punyai kekurangan yg byk..

shanew3stga1z Publish time 11-9-2017 10:38 AM

wow new drama lg . jo jung suk plak tu ngn hyeri .. iols okay je . tp btul ke si hyeri tu couple ni mamat ryu mende tah name dia . hahaha ..

dauswq Publish time 28-11-2017 10:01 AM

Pertempuran drama kepolisan, SBS Doubtful Victory mengatasi ratings MBC Two Copsby      daus    ·                            Published November 28, 2017            · Updated November 28, 2017
                                    https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/11/ratings_twocops.jpg?resize=600%2C404&ssl=1
Untuk siaran kali pertama kedua-dua drama SBS Doubtful Victory dan MBC Two Cops semalam menyaksikan SBS Doubtful Victory berjaya memperoleh ratings sebanyak 5% berbanding MBC Two Cops yang hanya meraih 4.6% , kurang 0.4 di belakangnya. Persaingan ini menjadikan SBS Doubtful Victory berjaya dalam pertempuran ratings untuk permulaan dua episod pertama ditayangkan semalam.Walaubagaimanapun, KBS Witch Court tetap mendahului di tangga pertama dengan ratings setinggi 11.9%. Drama terbitan cenel kebel tvN, Because This is My First Life pula meraih ratings sebanyak 3.8%. Kedua-duanya hanya berbaki satu episod akhir saja ditayangkan pada malam ini.
https://i0.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/11/yoonkyunsang.gif?resize=600%2C596&ssl=1Yoon Kyung Sang sebagai banduan bernama Oh Il Seung.
SBS Doubtful Victory membawakan kisah seorang banduan lelaki Oh Il Sung (Yoon Kyun Sang) yang dijatuhkan hukuman mati mandatoridan telah pun menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. Satu hari, dia meloloskan diri dari penjara dan menyamar sebagai detektif polis dengan harapan dapat mencari punca di sebalik kes jenayah dilakukannya sebelum ini.https://i0.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2017/11/jo-jung-suk_twocops.jpg?resize=540%2C360&ssl=1Jo Jung Suk sebagai Cha Gong Tak
MBC Two Cops pula mengisahkan tentang seorang polis berpangkat rendah bernama Cha Gong Tak (Jo Jung Suk)yang dikuasai oleh roh lelaki yang terlibat dalam kes-kes jenayah penipuan. Pemilik asal tubuh Cha Gong Tak dan roh penipu tersebut berkerjasama menyelesaikan kes-kes penipuan. Cha Gong Tak berjumpa dengan Song Ji An (Hyeri), seorang wartawan muda yang lincah.
Sumber:SBShttps://kmania.info/2017/11/28/pertempuran-drama-kepolisan-sbs-doubtful-victory-mengatasi-ratings-mbc-two-cops/
@idakamaruddin@wima@spankee_fili@masdiana-ana@qis13@nada89
dah layan ker drama ni? :lol:

Lorra2411 Publish time 28-11-2017 10:58 AM

huhu, tgh layan episode 2. menarik juga drama ni. dahlah ada Sung Sang Tae. melekat betul nama si Sang Tae tu.

alien88 Publish time 28-11-2017 10:58 PM

byk sungguh drama korea skrg, tak terkejar iolls nk tgk
best jugak utk 1,2 ep.. lakonan JJS xpernah mengecewakan
Hyeri pon npk ok

apikwaeh Publish time 29-11-2017 12:00 PM

jung suk ni sgt2 pandai melakonkan 2 karakter berbeza
cepat je heols twist
giler melting tgk dia goda hyeri time con-artis tu rasuk.:$
bila jadi detactive cha serious dan serabai..:lol:

hyeri nmpk ada kelainan. dulu iols tak leh hadam lakonan hyeri yg sket2 terlopong jah ;P
tapi sekarng dah bnyk improve esp expresi mata..

menyesal plak layan awal. tak sabar nak tunggu monday..huhu

qis13 Publish time 29-11-2017 12:17 PM

dauswq replied at 28-11-2017 10:01 AM
Pertempuran drama kepolisan, SBS Doubtful Victory mengatasi ratings MBC Two Copsby      daus    · ...

Dua2 cerita belum tenguk lagi... rekod je dulu...
Kasi habis tenguk witch court baru nak start cite baru... dari komen2 nampak cam best...
Teringat jojungsuk masa lam jealousy incarnate...

masdiana-ana Publish time 29-11-2017 11:16 PM

ok.. x sempat tgk lg drama nie..

qis13 Publish time 2-12-2017 11:24 AM

Ok dah tenguk dah cite ni sampai episod latest...besttt..JJS cam biasa memangtak pernah mengecewakan...
Heols bawa 2 watak..lebih kurang cam cite oh my ghost park bo young yg main 2 watak gak...
Dan ada sang tae... melekat tul nama si sangtae ni.. ape nama betul dia pun tak tau;P:lol:

Nak tau sape yg bunuh detektif Jo tu n nape nak bunuh CDT....n ape kaitan detektif Jo tu ngn yongpal n sangtae..

shanew3stga1z Publish time 2-12-2017 08:06 PM

yg bole dipuji lakonan JJS je, mmg daebak.. cite agak ada lack of something , tak tau ape .. mungkin iols tak setuju psl roh con artist tu masuk bdn dong tak .. igtkan switch body ..
Pages: [1] 2
View full version: [MBC] Two Cops - Jo Jung Suk, Hyeri


ADVERTISEMENT