koliba Publish time 31-7-2017 08:17 AM

Artis dan Hijrah (Khatam Al-Quran ketika di PENJARA )

Edited by koliba at 18-11-2017 01:03 AM

Alhamdulillah , kini semakin ramai artis yang telah berhijrah kepada jalan yang lebih Islamic . Mudah-mudahan mereka istiqamah dalam hijrah mereka . Alhamdulillah

MrgXSZJ0s0Q

chinta89 Publish time 31-7-2017 09:05 AM

so, itu je ke nk tulis?

mcm ni boleh jd thread?{:1_273:}

koliba Publish time 31-7-2017 05:49 PM

chinta89 replied at 31-7-2017 09:05 AM
so, itu je ke nk tulis?

mcm ni boleh jd thread?

sabar , aku akan update dari semasa ke semasa
kalau letak banyak sekaligus, larat ke nak baca banyak-banyak ?

kotaro2 Publish time 1-8-2017 11:07 AM

Alhamdulillah {:1_132:}

chinta89 Publish time 1-8-2017 11:16 AM

koliba replied at 31-7-2017 05:49 PM
sabar , aku akan update dari semasa ke semasa
kalau letak banyak sekaligus, larat ke nak baca ban ...

ok la uols letak slow2.

ak lbh suka thread tu ade jgk isi 3-4 pkra. kalau sekadar mukadimah tetiba xd e cter adoiiila haiiiii!

btw iols akan baca je. rempit.:lol:

derihje Publish time 1-8-2017 11:31 PM

boleh letak yg shamsul ghau ghau & rosyam nor mengajak masyarakat membaca al Quran

koliba Publish time 2-8-2017 11:10 AM

chinta89 replied at 1-8-2017 11:16 AM
ok la uols letak slow2.

ak lbh suka thread tu ade jgk isi 3-4 pkra. kalau sekadar mukadimah tet ...

hari ni aku nak letak mengenai Allahyarham Bob kuman

kira-kira 2 minggu sebelum Allahyarham meninggal dunia, beliau sempat meminta Tuan Guru Hadi Awang mendoakannya,mudah-mudahan bob dan kita semua dirahmati oleh Allah , Aamiin

HYoc8R083CY

koliba Publish time 2-8-2017 11:10 AM

derihje replied at 1-8-2017 11:31 PM
boleh letak yg shamsul ghau ghau & rosyam nor mengajak masyarakat membaca al Quran

hari lain aku update pasal mereka :loveliness:

koliba Publish time 3-8-2017 08:20 AM

Edited by koliba at 3-8-2017 10:51 AM

zZuYdB0iPD0

Ustaz Ahmad Dusuki ~ Kisah SEDIH Allahyarhamah Sharifah Aini Dapat Hidayah Sebelum Meninggal Dunia


siapa yang ada masa boleh tengok dari awal video,
siapa yang tidak ada banyak masa, boleh tengok 5 minit yang terakhir

koliba Publish time 5-8-2017 08:36 AM

http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.425941.1483031560!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpg

30 Disember 2016 12:00 AM23






KUALA LUMPUR 29 Dis. – Seniman Tan Sri SM Salim pernah menitipkan amanat meminta stesen radio tidak menyiarkan lagu nyanyiannya selepas beliau menghembuskan nafas terakhir.


p/s : harap2 media jangan lupa dengan amanat Allahyarham SM Salim

koliba Publish time 6-8-2017 11:22 PM

PS2fTq_dMTk

Sedekah, Ubat dan Kisah Bilal Rabah - Wasiat Akhir Allahyarham Mr. Os




derihje Publish time 10-8-2017 03:45 PM

koliba replied at 2-8-2017 11:10 AM
hari lain aku update pasal mereka

ok ok........

koliba Publish time 11-8-2017 07:50 AM

Ya Rasulullah, kami juga sangat sangat teringin untuk berjumpa dengan kamu ya Rasulullah




Hari ini hari Jumaat, Lipat gandakan selawat pada hari Jumaat , penghulu Segala Hari . lazimkan setiap kali selawat pada hari Jumaat - 80 kali kerana ada riwayat yang menerangkan hal tersebut , kelebihan yg sangat besar . ~ https://youtu.be/PjsCHKM8uhc


E6Il3O4YLYI



https://s15.postimg.org/c30v99ft7/IMG_2340.jpg

1) Perbanyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW , Allahumusholli ala Muhammad , minimum 10x pagi & 10x
petang setiap hari (selepas subuh & selepas asar) . Selawat yg paling afdhal ialah selawat ibrahimiah (seperti di tahiyat akhir)
2) Jangan tinggal menjawab azan,& selepas azan baca doa selepas azan
3) Berselawat setiap kali ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
4) Berselawat setiap kali masuk dan keluar masjid
5) Berselawat dihujung doa setiap kali berdoa
6) Cuba mengikuti sebarapa banyak sunnah yang ditinggalkan baginda
7) Lipat gandakan selawat pada malam dan hari Jumaat
Mudah-mudahan kita semua yang mengAmiiin kan doa ini mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW berserta rahmat & redha daripada Allah di akhirat kelak . Ya Allah, berikan kebaikan kepada kami di dunia, serta kebaikan di akhirat, selamatkan kami daripada azab Nar/Neraka. Amiiiinn
Dr Zaharuddin | Ustaz Azhar | Dr Abdul Basit | Ustaz Jafri - Amalan pagi & petang ~ https://youtu.be/U-vKvjCo6vM


koliba Publish time 21-8-2017 10:32 AM

MR OS , HIDUP BERDAMPING ARTIS, MATI BERTANGIS ULAMA..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Adik saya wasap di group keluarga semalam, beruntung sungguh Mr Os, hidayah Allah amat indah , kematiannya khusnul khotimah, semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solehin..

https://2.bp.blogspot.com/-qn94c-oQaEM/Vwm4CKPJj_I/AAAAAAAAjEU/VtDP6JedJ8Qg4TOgWHSTJ6CIXDgxJk5Sg/s640/IMG-20160408-WA0055.jpg

MR OS, HIDUP BERDAMPING ARTIS, MATI BERTANGIS ULAMA..


Pemergian Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid sepatutnya menjadi tazkirah 'live' yang amat berkesan di hati kita. Beliau yang menghabiskan awal usianya dalam industri hiburan, tiba-tiba mati saat akhir hayatnya mewakafkan diri di jalan dakwah. Kita patut merasa bertuah sempat hidup dengan dipersaksikan keajaiban ini dalam misi memburu hidayah tuhan.

Pemergian Mr Os sepatutnya menambah keyakinan kita terhadap kebenaran Islam dan kenabian Muhammad SAW. Baginda pernah bersabda:
فو الله الذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها
"Maka demi Allah yang tiada lagi tuhan selainNya, sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak diantaranya dan diantara syurga itu hanya tinggal sehasta lagi, tetapi telah tertulis di suratan Ilahi, maka dia beramal sebelum matinya dengan amalan ahli neraka, maka dia masuk neraka. Dan sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak diantaranya dan diantara neraka hanya tinggal sehasta lagi, tetapi telah tertulis di suratan Ilahi, maka dia beramal sebelum matinya dengan amalan ahli syurga, maka dia masuk syurga."


Yang pergi tetap pergi, tak akan kembali lagi. Buat yang masih hidup, pengajaran harus diambil.

Kepada yang masih hidup, jangan cepat menghukum orang jahat itu selama-lamanya jahat. Jangan menganggap si kafir itu selama-lamanya kufur. Jangan menganggap orang zalim itu sampai mati zalim. Sedang tuhan tidak pernah menutup pintu taubat pada sesiapa.

Kepada yang masih hidup, jangan merasa diri lebih baik dari orang lain. Jangan anggap diri sudah cukup bertaqwa. Jangan melihat amalan yang dibuat sudah cukup untuk menempah syurga. Sedang hati kita berada di antara dua jari tuhan, boleh dibolak balikkan semahuNya.

Sangat beruntung Mr Os. Beliau hidup dalam dunia glamour, tetapi mati dalam perjuangan Islam. Hdiupnya didampingi artis, tapi matinya ditangisi ulama. Jika ditakdirkan beliau masih hidup semalam, tentu beliau akan berada di pentas dakwah bersama Ustaz Azhar Idrus di Himpunan Pemuda PAS Teluk Pasu, Terengganu.

Sangat rugilah pula mereka yang hidup dalam kemuliaan perjuangan Islam, bersama dengan gerakan Islam, berdamping dengan alim ulama, tetapi di akhir hayat tuhan palingkan hati untuk keluar dari jemaah Islam dan bertindak memusuhi pewaris anbiya'. Semoga tidak tergolong di kalangan mereka. Wal iyazu billah..

Sangat ajaib hidayahMu tuhan.
Salam takziah buat keluarga Mr Os.

(Alang Ibn Shukrimun)


koliba Publish time 21-8-2017 10:34 AM

Edited by koliba at 21-8-2017 11:03 AM

https://www.youtube.com/watch?v=u5SoktDDirU

minit 46

u5SoktDDirU

kuliah daripada Mudir Maahad Darul Faizin, Ustaz Jafri Abu Bakar


Mr Os berforum dengan Ustaz Hanafiah
doktor dah kasitahu Mr Os akan meninggal dalam masa 2 minggu akibat kanser tonsil , buat kimo 33 kali
jadual ceramah Mr Os penuh, Mr Os kata "ustaz, saya nak mati ketika saya sedang ceramah" .
Allah pilih dia mati pada hari Jumaat ,

tanda kebaikan, meninggal pada hari Jumaat , terangkat dari fitnah kubur , ramai orang datang solat jenazahnya, ending yang cantik

koliba Publish time 21-8-2017 10:34 AM

https://www.youtube.com/watch?v=md0q_52turM

minit 17

koliba Publish time 6-9-2017 09:49 PM

Seruan Saiful ‘Apek; Berani Kerana Benar
http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2016/06/IMG-20160617-WA0066.jpg


Okeh : Dr Riduan MohdNoor“Kita tampilkan …………'” laungan suaranya disambut gembira oleh sekalian hadirin yamg datang.“Awi, Awi, Awi!,” irang hadirin kian rancak dengan laungan nama artis yang sentiasa menjadi perhatian anak muda.http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2016/06/IMG-20160617-WA0063-300x195.jpg“Awi, salam dari rumahnya…….,”demikian Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih kenali sebagai ‘Apek’ melenyapkan tanda tanya sekalian hadirin apakah kejutan yang dibawanya.“In shaa Allah Awi akan bersama kita tak berapa lama lagi”. Demikian Saiful Apek memberitahu sekalian anak muda yang hadir dalam siri kempen Parti Islam Se-Malaysia PAS di Talang Hulu, Kuala Kangsar sejurus sebelum berbuka.Program yang turut dihadiri Zuar Ekspedisi itu adalah antara sentuhan akhir PAS dalam usaha menawan kawasan Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil PRK ini. Program di bawah jejambat petang akhir kempen ini turut disertai Baib Presiden YB Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pemuda YB Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2016/06/IMG-20160617-WA0065-300x178.jpgCukup teruja saya bila Apek menyebut betapa untuk berubah perlulah berani. Apa nak ditakutkan pada kebenaran? Kita (artis) berani untuk berubah kerana kebenaran. Cukup bersemangat Apek dengan penegasannya yang disambut dengan laungan takbir oleh seluruh anak muda yang hadir.

koliba Publish time 8-9-2017 09:38 AM

4EKon8XqGV4

koliba Publish time 28-9-2017 10:52 PM

vTZfDMTUy-U

koliba Publish time 3-10-2017 12:01 AM

'Jumpa' arwah ibu bapa ketika 'hilang'













“SEPANJANG lima hari ‘hilang,’ saya diberi kesempatan oleh Allah SWT berjumpa arwah ibu bapa dan dua adik beradik lain. Saya bertanya kepada ibu bapa kenapa tidak mahu bercakap dengan saya.

“Malah tidak lama selepas itu, saya turut berasa seperti di awang-awangan dan melihat ramai orang di sekeliling.” Begitulah kata pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman, 60, yang sedar daripada koma selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak 24 September lalu.


“Apa saya ceritakan ini mungkin orang susah nak percaya tetapi saya yang melaluinya perlu berkongsi,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.Terdahulu, Mahadzir kritikal selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh keluarga pada 24 September lalu sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Lima hari selepas itu, Mahadzir dilapor stabil dan dipindahkan ke wad biasa.Mahadzir menyifatkan ia peluang kedua untuknya dan berkata, dia bersyukur kerana diberi kesembuhan dan berdoa semoga terus mendapat kesihatan baik.“Apa yang terjadi ini adalah pengalaman yang hanya dirasai bagi mereka yang melaluinya. Bagi saya, ini hikmah daripada Allah SWT.


“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada diri sendiri. Apabila diceritakan semula oleh keluarga, dalam fikiran saya sudah meninggal dunia.“Namun sebaliknya kerana Allah SWT masih panjangkan nyawa saya.“Malah, apabila sedar daripada koma saya sentiasa berdoa semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Dalam masa sama, saya fikir ini hanya pinjaman sementara buat saya,” katanya.
https://assets.hmetro.com.my/styles/article_inline_image/s3/images/articles/21017shakila1_cropped_1506953485.jpg?itok=f7FyNI-n
MAHADZIR (kanan) bersama adiknya, Danial Lokman. FOTO ihsan Danial Lokman

Mahadzir berkata, selepas ini dia ingin meluangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dan membantu orang seni visual.“Tipu kalau kata saya tidak teringat soal kerja. Apatah lagi saya jenis kuat bekerja. Namun, apabila perkara ini terjadi, sudah tiba masanya saya berehat dan fikir diri sendiri.“Jika tidak berehat, ia bermakna saya merosakkan diri sendiri. Dalam masa sama, saya perlu perbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan kepada orang. Malah pembantu rumah sentiasa pesan, selepas ini saya jangan lupakan Allah SWT lagi.


“Soal kerja pula, banyak perancangan ingin dibuat. Satu daripadanya saya nak membantu dan membela nasib artis seni visual,” katanya.Sepanjang pertemuan, Mahadzir banyak bercerita, berkongsi pendapat dan bergurau.

Malah, Mahadzir menyatakan keinginan untuk makan Laksa Johor apabila keluar hospital nanti.“Pagi tadi doktor memaklumkan mungkin saya perlu ditahan seminggu lagi. Walaupun saya tak suka duduk lama di sini, demi kesihatan saya akur.


“Saya berterima kasih kepada semua sanak saudara dan kenalan yang sudi menziarah. Terima kasih juga buat semua rakyat Malaysia yang tidak henti mendoakan kesejahteraan saya.“Syukur saya semakin siha. Tidak sabar nak pulang ke rumah dan makan makanan kegemaran terutama laksa Johor,” katanya.





Pages: [1] 2
View full version: Artis dan Hijrah (Khatam Al-Quran ketika di PENJARA )


ADVERTISEMENT