CARI-HBZ Publish time 26-7-2017 07:11 PM

Jom Jelajah Sungkai Bersama Keluarga Tersayang

Musim cuti sekolah dah nak tiba tak lama lagi. Pasti ramai ibu bapa sedang merancang percutian bersama anak-anak tersayang.


Jika masih buntu memikirkan destinasi percutian anda, Sungkai adalah antara destinasi yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk percutian bajet bersama keluarga.


Disini terdapat banyak homestay dengan harga berpatutan dan juga amat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.


Antara tempat menarik yang boleh anda lawati jika ke Sungkai, Perak adalah :



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/26/183612opp9beptvxe496zp.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/26/183243kx5vxvt1xil19y79.jpgKredit foto - infotel.co.uk




Felda Residence Hot Springs, Felda Sungai Klah
Kawasan rekreasi kolam air panas ini merupakan tarikan utama pelancong di Sungkai. Kolam air panas disini dikenakan caj sebanyak RM15 untuk dewasa dan jika anda inginkan privasi, bolehlah menyewa jacuzzi dengan harga bermula RM75 sejam. Kemudahan asas yang ada termasuklah surau, tandas, kerusi rehat, dan bilik persalinan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/26/183413a42oks4ff288zlrm.jpgKredit foto - ipohecho.com.my



Sungkai Wildlife Reserve
Sebuah pusat pemuliharaan binatang liar yang terletak di kampung Manderang, Sungkai, Perak. Terdapat ladang ternakan rusa seluas 100 hektar diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar. Memang besar kawasan ni, sesuai bawa anak-anak untuk mengenal kehidupan binatang.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/26/183756o3aqj97r3e6qef88.jpg



Pusat Buah-Buahan
Kawasan Sungkai dan Bidor merupakan pusat buah-buahan segar di negeri Perak. Ladang Tanaman Kekal Untuk Pengeluaran Makanan (TKPM) Sungkai seluas 260 hektar telah diusahakan oleh penduduk dengan berbagai jenis tanaman buah-buahan seperti jambu,belimbing,betik dan juga mangga.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/26/183936h9cd6ddssvs7udg4.jpg



Taman Herba
Kawasan seluas 5 hektar ini dibangunkan untuk projek tanaman herba secara besar-besaran. Penyelidikan dan pembangunan dilakukan oleh pihak MARDI. Selain itu, kawasan nurseri seluas 3 hektar yang ditanam dengan pelbagai jenis herba juga terdapat di Sungai Selinsing, Tapah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/26/185628awtr5dv6x8zqltvu.jpg



Selain itu, tidak akan lengkap percutian anda ke Sungkai jika tidak mencuba Nasi Bamboo Sungkai Klah yang sememangnya popular di kawasan ini. Apa yang ditunggukan lagi, moh kita ke Sungkai yop! - CARI


cahaya_almas Publish time 26-7-2017 09:06 PM

Mmg plan nak g perak thn nie..hrp2 jdilah..

harrypoter Publish time 27-7-2017 11:42 AM

dah pegi, homestay dia berhantu..bebaik

nisako Publish time 27-7-2017 01:44 PM

hmmmmmmmmmmmm

pearl.silver Publish time 27-7-2017 01:44 PM

7 tahun lepas dah pergi hot spring dia..masa tu entrance rm10
yg x syoknya siang hari panas buta sapa nk masuk hot spring :'(
takat main air kolam tu je la beramai2..

bila dok kedah baru dpt rasa berendam dlm hot spring kat baling..
sebab memang buka malam2 sampai la subuh..

vanillaninja Publish time 27-7-2017 02:50 PM

Nasi bamboo tu ramai orang. Rasa wise, ok la. Tak la wow sangat but ok.

miemiecha Publish time 27-7-2017 04:31 PM

mek dah try hot spring sungkai.. erm.. msa mek p, byak abam2 india.. jadi mek x main air sgt.. men air panas je... rebus telor..

tu jelah... nak kata syok sgt x jugak.. heheheheheh

nasi bamboo tu sedap... daging msk lemak dia terbaekkkk

devilito2 Publish time 28-7-2017 12:12 PM

hurm... bleh try

CardiGans85 Publish time 28-7-2017 12:27 PM

bole msk dlm list ni..

teruterubozue Publish time 31-7-2017 08:54 AM

No 1 tu sesuatu sangat. Iolls dah pernah kena. Jejaga

rosa_canina Publish time 31-7-2017 10:51 AM

Felda Residence Hot Springs
dh pegi last yr dgn family.. anak2 plg seronok..

on d way blk singgah Nasi Bamboo .. ok la..blh tahan

capiloton Publish time 31-7-2017 11:08 AM

harrypoter replied at 27-7-2017 11:42 AM
dah pegi, homestay dia berhantu..bebaik

jumpe apa kat sane?

syue86 Publish time 1-8-2017 10:24 AM

teruterubozue replied at 31-7-2017 08:54 AM
No 1 tu sesuatu sangat. Iolls dah pernah kena. Jejaga

cerciter :$

syue86 Publish time 1-8-2017 10:24 AM

harrypoter replied at 27-7-2017 11:42 AM
dah pegi, homestay dia berhantu..bebaik

cerciter :$

dekmieDandy Publish time 1-8-2017 12:29 PM

mana2 yang rasa nak ke Hutan Lipur Lentang tu aku harap korang boleh boikot dulu

sebab cas melampau sekarang sampai RM5 perhead dewasa

dengan fasiliti yg teruk, pokok tak terurus

dah masuk kene caj toilet yg buruk nakmati lagi

jambatan gantung pon xleh guna

so boikot dulu

#anakjatibentong

Usa.Gi Publish time 1-8-2017 03:21 PM

ingat tahun ni nak ke the lost world of tambun. ok x facilities dia? nak beli pakej kat matta fair september ni

anastasia7 Publish time 2-8-2017 02:08 AM

Hot spring sungkai, villa dan bilik hotel best. Tp last time pergi dengam family tkndpt lama sebab hujan. Apa pun sesuai pergi sbb anak2 tk tahan mandi air sejuk

nadsehun Publish time 8-8-2017 03:27 PM

wahh so nice...xde geng nk pg..huhuhu

Ratutulip Publish time 23-10-2017 12:15 PM

aritu sewa villa dia.. seronok tk puas mandi air panas... mcm nk repeat je lg

AinRaz Publish time 24-10-2017 10:53 PM

teringat dulu masa form 4(2004) ada perkhemahan persatuan KRS kat sungai sungkai..
tengah sedap mandi manda dengan kawan2 tetiba nampak babi perliharaan orang2 asli kat situ tengah berak tepi sungai...pakai2 semua lari bila nampak babi.. hahaha

Tapi sungai sungkai mmg lawa.. tersa nak pergi lagi kalau ada rezeki..
Pages: [1] 2
View full version: Jom Jelajah Sungkai Bersama Keluarga Tersayang


ADVERTISEMENT