pukulrata Publish time 25-7-2017 01:37 PM

Edisi Who r yussss siap ber bodyguard bagai



'bimbang kesalamatan di waktu malam'
'bukan rasa diri popular'
'memudahkan kelancaran perjalanan'

katanyerrrrrrrrrrrrrr........
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/07/25/naja-bollywood-bodyguard/

amiekz86 Publish time 25-7-2017 01:42 PM

dia nih sapa...x kenai lgsg...
retis ka...lawyer ka..@ ahli musik

babydoll Publish time 25-7-2017 01:45 PM

who are yusss?


*OT: avatar chuols membuatkan i rasa cm ada serangga kt screen :sweat3:

nuryakmal Publish time 25-7-2017 01:53 PM

sebelum den katup thread ni, baik TT explain sikit apsal bukak cerita ni

chinta89 Publish time 25-7-2017 02:30 PM

haaaa @nuryakmal dh nk katup thread.

baik tt bg pencerahan sebelum jd arwah

prettyuglybabe Publish time 25-7-2017 02:37 PM

kopi pasta pun pemalas tt ni..

Siapa Naja Bollywood, Nak Ada 'Bodyguard'?
Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 12:26 PM


Naja Bollywood mengakui mengupah pengawal peribadi untuk mengiringinya ketika mengadakan persembahan pentas.

"BARU jadi artis dah ada bodyguard?" Ha! Itu kata peminat yang nampaknya tidak berpuas hati apabila pendatang baharu, Naja Bollywood diiringi oleh pengawal peribadi ke sebuah acara baru-baru ini.

Tidak mahu terus membuat kesimpulan melulu, Naja ketika dihubungi mStar Online mengakui dakwaan itu namun dia mempunyai sebab tersendiri mengupah pengawal peribadi untuk mengiringinya.

Jelas pemilik nama sebenar Nazar Daud, 24, ini, pengawal peribadinya itu hanya untuk majlis tertentu terutamanya pada waktu malam dan di luar kawasan bagi tujuan keselamatan.

"Memang itu pengawal peribadi yang saya upah sendiri tetapi dia sebenarnya tidak selalu ada cuma majlis-majlis tertentu sahaja.

"Tujuan saya menggunakan khidmatnya kerana faktor keselamatan selain memudahkan kelancaran perjalanan saya untuk mengadakan persembahan," katanya.

Naja menjelaskan dia mengupah pengawal peribadi kerana faktor keselamatan.

Naja juga menegaskan dia membayar bodyguard bukan kerana sudah berasa dirinya popular malah jauh sekali tidak mahu didekati peminat.

Sebaliknya dia lebih suka jika ada peminat yang ingin berbual dan bergambar dengannya kerana itu adalah kesempatan terbaik untuk menghargai sokongan mereka terhadapnya.

"Tanpa peminat yang menyokong tidak adalah Naja di sini hari ini, jauh sekali saya ingin bersikap sombong dan riak apabila diiringi pengawal dan enggan didekati peminat sebaliknya hanyalah semata-mata demi keselamatan.

"Jika persembahan saya pada waktu siang memang tidak akan ada pengawal mengiringi saya dan saya tidak pernah menyekat sesiapa yang ingin berbual atau pun bergambar dengan saya.

"Malah apabila saya dikawal bodyguard pun saya masih melayan permintaan sesiapa sahaja yang ingin bergambar," jelasnya.

Naja senang apabila didekati peminat.

Dalam perkembangan lain, Naja berkata, dia bersyukur karier seninya mula berkembang dan sejak Aidilfitri lalu dia dihujani dengan tawaran persembahan pentas.

Malah kata Naja, dia juga sedang dalam proses merakamkan semula 10 buah lagu Bollywood popular yang akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.

"Alhamdulillah rezeki semakin murah dan saya ingin mengembangkan lagi karier nyanyian saya dengan lebih meluas selepas ini.

"Bulan Syawal memang banyak undangan persembahan rumah terbuka dan rata-rata ingin saya nyanyikan lagu Bollywood dan ramai menyukainya.

"Ada beberapa projek sedang diusahakan bagi mengukuhkan lagi nama saya dalam industri," katanya.

Naja mula popular apabila dia berkebolehan menyanyikan lagu hindustan dengan suara seorang wanita.


memang who rrrrrr yussss sangat!!

syidasaleh Publish time 25-7-2017 02:43 PM

soalan 1 kenapa ada bollywood?
soalan 2 ada pemenat ke?
soalan 3 who are youssssssss

momomikomiki Publish time 25-7-2017 02:47 PM

who? next pleaseeeee

vanillaninja Publish time 25-7-2017 03:03 PM

Naja who? :o

sakurazura Publish time 25-7-2017 03:12 PM

WHO R YUWSSSS:mad::mad::mad:

tompie Publish time 25-7-2017 03:16 PM

Bodyguard tu yang depan ke yang belakang?
Yg depan rambut ada awning..

pukulrata Publish time 25-7-2017 03:51 PM

hok aloh..letih la cmni sume nak kena suap.
naja ni tular sbb jate bleh wat suaro supo tino

pukulrata Publish time 25-7-2017 03:55 PM

OaD4Js2gIlw

K_Lily Publish time 25-7-2017 03:56 PM

Naja tu yang depan ke yang belakang????

miss_curious Publish time 25-7-2017 04:02 PM

so dalam gambar ni yang mana satu naja
yang mana satu bodyguard?

pukulrata Publish time 25-7-2017 04:10 PM

yg dpn siap ada awningtu naja

indenial Publish time 25-7-2017 04:11 PM

Bodyguard yg blakang lah ye? Muka naja muka budak2 sgt. Btw sapa dia ni oi

azimodin Publish time 25-7-2017 04:12 PM

Rasa macam pernah tengok budak ni dalam NLKO, selebihnya dasar Who are yusssss

palmolive Publish time 25-7-2017 04:45 PM

glemor ko dio ni sapa berbudi2 gak...

pukulrata Publish time 25-7-2017 04:47 PM

palmolive replied at 25-7-2017 04:45 PM
glemor ko dio ni sapa berbudi2 gak...

tak glamor mano tp dpt offer producer janam2 sblum ni
Pages: [1] 2 3
View full version: Edisi Who r yussss siap ber bodyguard bagai


ADVERTISEMENT