CARI-MAMS Publish time 22-7-2017 11:37 AM

Troll Tak Menjadi, Peminat Marah Jenaka Fattah Amin Ganti Penyanyi Linkin Park

Sejak semalam ramai yang berkongsi rasa sedih dan juga terkesan dengan pemergian vokalis kumpulan Linkin Park iaitu Chester Bennington.


Maka penuhlah media sosial dengan ucapan dan juga 'throwback' lagu-lagu daripada kumpulan berkenaan.


Namun, dalam pada itu ada pihak yang kurang sensitif ingin membuat 'troll' kepada pelakon Fattah Amin, dengan mengatakan Fattah bakal menggantikan vokalis kumpulan berkenaan.


Yalah, kalau buat lawak pun beragaklah sedikit, ini kan melibatkan orang yang sudah tiada.


Status berkenaan adalah seperti berikut, seperti memetik Astro Awani:

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201707/22/114858oiv1258vrrwvo7qf.jpg





http://img.astroawani.com/2017-07/41500634494_ChesterFattah.jpg


Ia sekaligus membuatkan ramai peminat Linkin Park berasa marah dan juga kecewa dengan gurauan kasar tersebut.


Yang pastinya, peminat Fattah Amin juga pasti terkesan dengan lawak kurang sensitif sedemikian juga kan!


Apa pula pendapat anda? - CARI

diamondhoney Publish time 22-7-2017 11:40 AM

Dah dibincangkan dlm benang fattah amin semalam..

ReginaGeorge Publish time 22-7-2017 01:00 PM

Hapdetnye awak:$

kambinggila Publish time 22-7-2017 01:08 PM

lawak apakah ini? hehehe

estrelle Publish time 22-7-2017 01:30 PM

Ni meran fans lah.bajet lawak lah sgt.:mad:

moonbug Publish time 22-7-2017 01:37 PM

Sape la amran tu sebenarnye

Teh_90 Publish time 22-7-2017 01:40 PM

kesian Fattah..sapalah yg pedajal kat dia tu

saja2 jadi bahan kutukan ..isk..isk

pucuk-kelompang Publish time 22-7-2017 02:03 PM

lagi org dengki lagi naik nama dia...

redapple10 Publish time 22-7-2017 02:06 PM

Jauh... jauh panggang dr api...

iza.moha Publish time 22-7-2017 02:18 PM

Ingat fattah amin yg wat lwk x jd tu..dengki hazab tul

bawangputeh Publish time 22-7-2017 02:33 PM

kalau ye pun me'lawak'kan patamin,ingatlah yg telah tiada...zmn skrg pkra serius pun dbuat main..:L
i am me ;P

EncikRhoma Publish time 22-7-2017 03:04 PM

page macam ni la yg selalu bawak pitenah merata-rata. Bukan semua orang tau tu page troll. Hujung-hujung ada yg percaya dah jadi pitenah pulak. Annoying gila

Eva_yy_Ellin Publish time 22-7-2017 03:22 PM

Sorry la.
Kalau troll contohnya - Fattah gantikan penyanyi yang tarik diri daripada sesebuah kumpulan kerana nak bergerak solo atau dah insaf, lain cerita. Ni troll yang melibatkan orang yang dah meninggal dunia.
Tak kelakar okey.
Sangat la tak sensitif.
Buruk sangat perangai.

myariesa Publish time 22-7-2017 03:24 PM

Motif sgt nk kena troll org..

ShiningStars Publish time 22-7-2017 04:59 PM

Insensitive betul org yg buat troll ni

annehuda Publish time 22-7-2017 05:44 PM

Lagi satu jokes yg aku tak suka, yg merendah2kan wanita.I mean patut la lelaki malaysia ni asyik kene friendzone.Nk berlawak pun tak kelakar.

WajibulGhunah Publish time 22-7-2017 06:10 PM

Ni la nk buat lawak x berpada2
Pastu ingt lawak lettew
Nnti cover ckp "tu sarcasm je la"

Pliss la nk sarcasm pun jgn la smpi cntu

minah_pemalu Publish time 22-7-2017 06:20 PM

agak2 la wei nk troll pon .. dh tu jgn melibatkan nama org lain... buh nama sendirik

skinsandstars Publish time 22-7-2017 07:24 PM

Amran fans punya keja ke ni? :huffy::huffy::huffy:

awexgaban7 Publish time 22-7-2017 07:36 PM

Amran fan tu makin lama makin bodoh... sombong plak tu...meolz dulu layan lah jugak lawak si meran tu...zaman dia gila dekat keknis...tp skrg pprt sgt kau meran...
Pages: [1] 2 3
View full version: Troll Tak Menjadi, Peminat Marah Jenaka Fattah Amin Ganti Penyanyi Linkin Park


ADVERTISEMENT