caramel_cloud9 Publish time 2-7-2017 07:29 PM

Simpanan untuk anak2

Boleh bg tau/cadangan tak..
Parent here simpan duit untuk anak2 dkt bank mana?
Selain tabung haji.
Ingat nak buka satu akaun bank untuk anak tp tak tau nak buka kat mana.
Tabung haji dia dah ada. Yg tu mungkin untuk kegunaan jangka panjang.
Nak juga buka akaun bank satu untuk simpanan biasa.
Mcm SSPN..ok ke?

mbk Publish time 2-7-2017 08:32 PM

SSPN pun better kalau nak menyimpan. Siap ada Takaful lagi Dan boleh buat tax exemption.

CiliPadiSedap Publish time 2-7-2017 08:44 PM

bagusnya fikir untuk anak2. tahniah jadi parent yangfikir panjang. moga makin murah rezeki..

caramel_cloud9 Publish time 2-7-2017 09:27 PM

mbk replied at 2-7-2017 08:32 PM
SSPN pun better kalau nak menyimpan. Siap ada Takaful lagi Dan boleh buat tax exemption.

Tp boleh buat keluar masuk duit tak?

caramel_cloud9 Publish time 2-7-2017 09:28 PM

CiliPadiSedap replied at 2-7-2017 08:44 PM
bagusnya fikir untuk anak2. tahniah jadi parent yangfikir panjang. moga makin murah rezeki..

Zaman skrg ni...semua perlu duit. Kena beringat dr skrg.
Terima kasih. Amiiin

Rainrein Publish time 2-7-2017 09:53 PM

Ai buka acc sspn untuk ketiga tiga anak. Pastu ada beli emas sesikit jugak untuk dorang.

MyNameIsIris Publish time 2-7-2017 10:33 PM

I simpan duit raya + orang bagi kat asb
Long term investment emas + unit trust monthly saving
Ada buka gak acc bank biasa kat hongleong

I anak sorang.. bolehlah buat banyak-banyak simpanan. Kalau ramai, i suggest tabung haji, sspn atau asb.. mana uols selesa

mzzenma Publish time 2-7-2017 10:51 PM

Untuk anak mzz buka asb. Setiap bulan masuk duit plus duit raya and duit from atuk nenek dia.

Ada tabung manual juga kami simpn duit syiling and duit kecil utk dia. Dah penuh transfer masuk asb.

kristy77 Publish time 3-7-2017 12:23 AM

Beli emas fizikal

mbk Publish time 3-7-2017 11:14 AM

caramel_cloud9 replied at 2-7-2017 09:27 PM
Tp boleh buat keluar masuk duit tak?

itu saya tak pasti. caramel_cloud9 boleh tengok kat web site SSPN tuh. Last time macam klien saya kata boleh. Mungkin ada terms n condition nya.

ShikinIsa Publish time 3-7-2017 04:11 PM

Assalam puan, saya bukan parents lagi. Tapi tahniah puan ada fikirkan untuk masa depan anak2. {:1_551:} Pada pendapat saya lah, simpanan pelajaran yang okey selain di bank, tabung haji atau SSPN-I adalah simpanan pendidikan di takaful. Bukan setakat menyediakan perlindungan untuk dana perubatan anak2 kita bahkan ada dana untuk yuran pengajian mereka kelak. selain itu ada bonus pendidikan. yang mana andai kata anak2 kita perform masa belajar tak kira untuk UPSR, PT3, SPM atau masa universiti. Akan ada bonus pelajaran untuk mereka. Untuk keterangan lanjut puan boleh PM saya. Ashikin 018 353 2075

millennium girl Publish time 4-7-2017 07:47 AM

acc biasa, ASB dan SSPN.

monthly saving simpan kt acc biasa & SSPN.duit rayasimpan kt asb. kalo monthly saving kt acc biasa tu da ala2 byk sgt, aku kuarkan simpan kt asb.

mana tau aku mati awal. ada la simpanan sket utk anak aku.

gadis_mateen Publish time 4-7-2017 03:34 PM

sspn mana2 bank boleh ke? ke bsn je?

gadis_mateen Publish time 4-7-2017 03:34 PM

ShikinIsa replied at 3-7-2017 04:11 PM
Assalam puan, saya bukan parents lagi. Tapi tahniah puan ada fikirkan untuk masa depan anak2. {:1_55 ...

puan dkt kawasan mana?

syahza Publish time 14-7-2017 07:54 PM

sy bukak sspni plus at least kalau anak sebatang kara, dia boleh apply loan ptptn utk dia belajar dan meneruskan kehidupan.. alah sedih pulak :mad:

mirian1110 Publish time 15-7-2017 11:14 PM

Saya pulak bukak acc tabung haji dan asb, disamping tu simpan emas fizikal

redapple10 Publish time 21-7-2017 12:32 AM

Sspn and tabung haji.. siap daftar itk anak awl2.. so that diaorg ada peluang perform haji umo muda

ninjago Publish time 29-9-2017 05:40 PM

dah nak bajet 2018 .. so review la balik family punya finance. so share jgkla kat sini. I rasa kalau simpanan tuk masa depan anak2, elok la bukak kat beberapa tempat. SSPN-i, Unit Trust, TH/ASB, Takaful+EduPlan.

SSPN-i elokla amik so that monthly commitment tu leh jadik cam forced savings gak.. elok sebab ada skali takaful, walaupun dah ada takaful lain tuk anak, so bertambah2 la benefit kalau apa2 jadik. ada banyak plan, pilih je ikut kemampuan. and I pun amik sebab ada tax relief & senang nt kalau perlu apply PTPTN.

Unit Trust, nie penting tuk longterm savings tuk Education dorg.First deposit $1K, pastu bulan2 masukla amount yg tetap. Lagi awal mula, lagi banyak kte benefit from compound interest, and duit pn dah banyak time anak2 nak masuk U nanti. From time to time kalau dpt bonus / increment tu, top-up la lagi on top of monthly amount tu..

TH/ASB.. ha yang nie kalau ada duit lebih monthly tu, masuk gakla sini. Duit raya, duit org kasi semua dump je kat sini pastu lupakan. biar beranak2 nanti sampai masa diperlukan.

Takaful pun wajib amik, anggapla tu hak anak.. dorg perlukan perlindungan gak, in case apa2 jadik we never know bila nak sakit. and bila sakit tu, kte perlukan rawatan yg segera and selesa.. they deserve it, tu tanggungjawab kita as parents. Kalau mampu, amikla yg ada investment link, tuk education dorg gak. by the time nak masuk U, rasa2nya ada la dalam 20-25k from takaful alone. okla tu.

lain2 instruments pun ada, kalau nak labur dalam Emas ke dsb.. yg penting WAJIB parents sediakan savings tuk anak2.. kesian dorg kalau2 kita nie dipanggil lebih awal. takdela terkapai2.. and lagi 1, elokla buat Hibah bahagian2 yang kte nak kasi terus kt anak2, so memudahkan proses nanti. Wasiat pun elok buat awal2.. I pun tgh survey2 nie agensi2 yg buat wasiat. Mak2 ayah2 berkorban la sikit shopping, online shopping, astro bagai tu.. bila dah allocate tuk tabungan anak2 ada duit lebih2 tu haa enjoyla sepenuh hati camne pun.

Eh terpanjang lak post :lol:



Nananaje Publish time 31-10-2017 01:07 AM

I buat simpanan + investment + takaful maybank..byr 100 bln2.. nnt umur dia dlm 18 tahun bole dpt return blk dkt 40k ..

hyldia Publish time 1-11-2017 01:58 PM

untuk anak2, ada simpanan kt tabung haji, ASB dan Prubsn. setiap bulan saya akan asingkan rm1000 dari gaji utk simpanan anak2. ini aje yg mampu saya buat utk masa depan anak2, yea laa zaman skrg ni pun dh terasa peritnya dgn keadaan ekonomi yg tak stabil...kdg2 terfikir jugak, agaknya cm mana laa hidup anak2 kita pada masa akan dtg?ohhh, saya ada 2 org anak jer :)
Pages: [1] 2
View full version: Simpanan untuk anak2


ADVERTISEMENT