Ipo Publish time 3-7-2017 07:22 PM

macam-macam nama pokok ni:lol:
saya pun panggil munggai

Ipo Publish time 3-7-2017 07:22 PM

wikedsaikel replied at 1-7-2017 09:35 PM
Kelo (kay loh) ke ni?

eh panggil Kay loh??

sama la kan...Kelo..munggai..

wikedsaikel Publish time 3-7-2017 08:36 PM

Ipo replied at 3-7-2017 07:22 PM
eh panggil Kay loh??

sama la kan...Kelo..munggai..

Dak aih. Aku saja nk tulis cara sebut Kelo jek:$

Ipo Publish time 3-7-2017 11:12 PM

wikedsaikel replied at 3-7-2017 08:36 PM
Dak aih. Aku saja nk tulis cara sebut Kelo jek

;P..oooooo..
ingatkan ada nama lain
lurusnya iollss;P

ya..sebut kay lor:$

shasha79 Publish time 4-7-2017 03:54 PM

looks delicious the masak lemak!

bianglala Publish time 4-7-2017 08:23 PM

ingatkan tadi asin-asin. :sweat3:

selalu jugak nampak buah merunggai kat market..

Ipo Publish time 5-7-2017 02:41 PM

imransulaiman replied at 29-6-2017 11:07 PM
Sesiapa yang sembelit tu, try masak daun merunggai ni buat sayur. Tumis macam sayur manis + telur. M ...

boleh try la macam ni
selalu gak sembelit:dizzy:

Ipo Publish time 5-7-2017 02:42 PM

CrowneGlory replied at 30-6-2017 06:38 AM
Another name jugak ...drumstick...arwah ayah aku puny fevret buah dia campur dlm kari...ada member a ...

drumstick??
macam paha ayam pulak;P

matcha tu apa?

Ipo Publish time 5-7-2017 02:43 PM

bianglala replied at 4-7-2017 08:23 PM
ingatkan tadi asin-asin.

selalu jugak nampak buah merunggai kat market..

asin-asin tu buah masin (asam boi)tu ke?:L

bianglala Publish time 10-7-2017 11:23 AM

Ipo replied at 5-7-2017 02:43 PM
asin-asin tu buah masin (asam boi)tu ke?

bukan Ipo. :lol: kita rasa nama lainnya, CEKUR MANIS. hehe.

http://1.bp.blogspot.com/-veiuZeZALj4/UXO00OoHAdI/AAAAAAAADyo/m2fB3Xpkt0U/s1600/n1.JPG

Ipo Publish time 10-7-2017 12:36 PM

bianglala replied at 10-7-2017 11:23 AM
bukan Ipo.kita rasa nama lainnya, CEKUR MANIS. hehe.

Laaa....:lol:daun cekur ghopernyerrr..:lol:


jenuh mikior nyerr..
ingatkan asin-asin tu macam asam masin tu..

bianglala Publish time 10-7-2017 12:55 PM

Ipo replied at 10-7-2017 12:36 PM
Laaa....daun cekur ghopernyerrr..


ni pun daun cekur kan... :sweat3:

https://2.bp.blogspot.com/-l6hjF7_CM2A/VitnIdV-SDI/AAAAAAAAG5o/liNRYhl_TTk/s1600/5059435298_68f1025813_b.jpg

Ipo Publish time 10-7-2017 01:01 PM

bianglala replied at 10-7-2017 12:55 PM
ni pun daun cekur kan...
ada beza lala

cekur manis macam hat lala tepek tu


cekur lain sikit


Nama Tempatan: Cekur
Nama Lain : Kencur (Indonesia), Pro hom (Thai), Lesser galanga, fingerroot (Inggeris)
Nama Saintifik: Kaempferia galangal L
Famili: Halia(zingiberaceae).
Lokasi dijumpai: Di perkarangan rumah ,kebun,ladang
Rempah Asal: Asia Kandungan Zat: Sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik danbeberapa sebatian pati minyak yang lain.
   
      Cekur merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar dibawah permukaan tanah. Kebiasaanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Negara kita tanaman ini dikenali sebagai kencur. Tumbuhan ini mudah ditanam sama ada diatas tanah atau didalam pasu. Kebiasaannya cekur dibiak daripada rizomnya. Daun cekur biasanya luruh apabila kemarau. Tetapi jika kita memerlukan rizom yang banyak cekur perlu mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Rizom yang matang dapat diperolehi diantara 8 hingga 10 bulan.

KEGUNAAN DAN KHASIATNYA
       Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakan dengan jelas antara cekur dan halia. Cekur banyak digunakan sebagai perasa makanan dan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Daunnya juga digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran. Selain itu kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat penyakit lelah telah menghasilkankesan yang positif. Orang melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Pada peringkat tertentu daun cekur berserta daun intaran dan garam digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang sama.


UBAT RESDUNG
       Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Masyarakat cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramua ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong besar sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap selama satu hari sebelum dikeringkan.

RAWATAN SAMPINGAN
1.Rizom cekur juga boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu kepala.
2.Rizom cekur juga boleh digunakan untuk menyembuhkan pe nyakit selesema dengan cara menghidu
rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.
3. Rizom cekur juga boleh digunakan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.
4. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat.
5. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Daripada laporan yang diperolehi nyatalah bahawa cekur merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang paling popular digunakan oleh berbilang masyarakat di Nusantara.

AMALAN SELEPAS BERSALIN
      Di Negara kita dan juga jiran kita Indonesia, cekur diamalkan secara tutun-temurun oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Rizom cekur juga digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.

KESIMPULAN
      Sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan maha pengasih.Setiap kejadian mempunyai keistimewaannya tersendiri. Didapati bahawa banyak tumbuhan yang hidup dimuka bumi ini mempunyai keistimewaannya tersendiri di dalam mengubati pelbagai penyakit. Terdapat sesetengah masyarakat tidak mengetahui akan kegunaan dan khasiat tumbuh-tumbuhan tersebut di dalam bidang perubatan. Oleh yang demikian tumbuh-tumbuhan yang ada dimuka bumi ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Kita sebagai makhluk yang tinggal dimuka bumi ini sewajarnya mengkaji akan kegunaan tumbuhan tersebut kerana ia mungkin akan mendatangkan faedah kepada kita dan juga kepada generasi akan datang dalam dunia perubatan.



sumber: http://abulanabinbolhi-rahsiaalam.blogspot.my/2010/04/khasiat-cekur.html




makcik Ipo suka makan buat ulam..awet muda dia..umur dah 56

bianglala Publish time 10-7-2017 01:06 PM

Ipo replied at 10-7-2017 01:01 PM
ada beza lala

cekur manis macam hat lala tepek tu


makcik Ipo suka makan buat ulam..awet muda dia..umur dah 56yeke Ipo.. kat rumah ada pokok cekur tu.. tapi tengok gitu je la.. :lol: maknanya kena la cakap biar jelas dan terang bila sebut cekur ni eh, sama ada cekur manis atau cekur biasa..

terima kasih kongsi tentang cekur.

Ipo Publish time 10-7-2017 01:09 PM

bianglala replied at 10-7-2017 01:06 PM
yeke Ipo.. kat rumah ada pokok cekur tu.. tapi tengok gitu je la..maknanya kena la cakap bi ...
hehehe...ya exactly
nanti gi pasar, sebut betul-betul kalau nak beli;P

terima kasih tacang{:1_149:}


bianglala Publish time 10-7-2017 01:13 PM

Ipo replied at 10-7-2017 01:09 PM
hehehe...ya exactly
nanti gi pasar, sebut betul-betul kalau nak beli



tu la. dah la kita ni jenis mudah terkonfius.

segan jugak kita dah tua tak kenal pokok-pokok, ulam-ulam kampung ni kan. :mad:

Ipo Publish time 10-7-2017 01:22 PM

bianglala replied at 10-7-2017 01:13 PM
tu la. dah la kita ni jenis mudah terkonfius.

segan jugak kita dah tua tak kenal pokok-pokok,...

Ipo tak tahu sangat nama2 ulam ni
makcik Ipo tu semua dia makan
bunga lengkuas, bunga halia, bunga cekur, bunga ros
semua dibuat ulam

Ipo kalau balik kampung, antara ulam yang Ipo suka makan

pucuk mangga
pucuk gajus
pucuk beko
cekur
pucuk labu
pucuk jeneris
pucuk piya
pucuk ubi kayu
pucuk ubi keledek


bianglala Publish time 10-7-2017 01:31 PM

Ipo replied at 10-7-2017 01:22 PM
Ipo tak tahu sangat nama2 ulam ni
makcik Ipo tu semua dia makan
bunga lengkuas, bunga halia, bun ...

pucuk piyasorry tergelak sebab teringat Piya pemain Kelantan tu..nama lainnya apa ni..



Ipo Publish time 10-7-2017 01:39 PM

bianglala replied at 10-7-2017 01:31 PM
sorry tergelak sebab teringat Piya pemain Kelantan tu..nama lainnya apa ni..

pucuk piya jugak..sorry salah eja..;P
ejaan betul pucuk piai
pokok ni tumbuh kat tanah paya..selalunya tanah sawah yang terbiar
sama dengan pucuk miding

pucuk piai



pokok piai


cicah sambal belacan, budu



bianglala Publish time 22-7-2017 11:26 PM

Ipo replied at 10-7-2017 01:39 PM
pucuk piya jugak..sorry salah eja..
ejaan betul pucuk piai
pokok ni tumbuh kat tanah paya..sel ...

kalau ipo ada info banyak pasal pucuk piai ni, boleh bukak thread :D



Pages: 1 [2] 3
View full version: Pokok Merunggai atau Kelor


ADVERTISEMENT