Ipo Publish time 29-6-2017 10:39 PM

Pokok Merunggai atau Kelor

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:04 PM

POKOK MERUNGGAI ATAU POKOK KELORNama saintifik: Moringa oleifera
Pokok kelor, juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, atau moringa adalah sejenis pokok daripada keluarga Moringaceae. Lemunggai mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya, mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Ia berasal dari India.https://google.com/thumb/1/1b/Moringa_oleifera_pods_NP.JPG/220px-Moringa_oleifera_pods_NP.JPG
Lenggai (pod) Kelor ("Moringa oleifera") di Panchkhal, Nepal


Pokok Kelor merupakan spesies ditanam secara meluas dalam genus Moringa, yang merupakan satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil : moringa, pokok kayu dram (dari bentuk lenggi biji benih tiga segi yang panjang dan langsing), pokok minyak ben, atau pokok benzoil(dari minyak yang dihasilkan dari benihnya). Ia merupakan pokok cepat tumbuh, tahan kemarau tempatan di kaki bukit selatan Himalayas di barat laut India, dan ditanam secara meluas di kawasan tropika dan separa tropika di mana lenggai muda dan daunnya digunakan sebagai sayuran. Ia juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.
Ia boleh mencapai ketinggian 10-12 m (32-40 kaki) dan batangnya boleh mencapai diameter 45 cm (1.5 kaki).Kulit batang pokok Kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu. Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuhdan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnate.Bunganya wangi dan biseksual, dikelilingi oleh lima kelopak kuning-putih tidak sama rata, dengan urat yang sedikit. Bunganya sekitar 1-1.5 cm (1/2 ") panjang dan 2.0 cm (3/4") lebar. Ia tumbuh di batang berbulu halus dalam kelompok tersebar atau merundup dengan kelompok bunga yang mempunyai panjang 10-25 cm.Tempoh berbunga bermula selepas enam bulan mula ditanam. Di Kawasan musim sejuk, ia berbunga hanya sekali setahun yang berlaku antara April dan Jun. Dalam suhu bermusim berterusan dan dengan hujan berterusan, ia berbunga dua kali atau boleh sepanjang tahun.Buahnya adalah lenggai bertantung, kapsul coklat tiga segi dengan saiz 20-45 cm perang gelap, yang mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.Semasa penanaman, ia sering dicantas setiap tahun kepada 1-2 m (3-6 kaki) dan dibenarkan untuk tumbuhkan kembali agar buah dan daun kekal boleh dicapai dalam jangkauan lengan.Tumbuhan ini mempunya nilai perubatan yang tinggi memandangkan ia tidak beracun dan tidak bertoksik. Di India, merunggai digunakan sebagai ubat untuk anti kanser dan menstabilkan tekanan darah tinggi selain daripada masakan.Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Sementara daunnya digunakan sebagai penawar gigitan anjing, muntah-muntah dan untuk mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka akan mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakannya untuk mengubati kelenjar yang bengkak dan orang Jawa menggunakannnya untuk mengubati sakit usus. Di kawasan Amerika Tengah terutama di Curacao, akar merunggai di cuci bersih dan cecair dalam akar dihisap dan ia dikatakan boleh menjadi penawar selesema. Di sesetengah negara lain, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga sebagai pelawas buang air besar. Walau bagaimanapun, kegunaan merunggai sebagai bahan ubatan perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kulit kayu merunggai mengandungi B-sitosterol dan beberapa jenis alkaloid. Daun segar yang dihancurkan dan disapu pada kulit jika berlebihan akan menyebabkan kulit berasa gatal dan di peringkat yang ekstrem boleh melecurkan kulit.
Khasiat Daun Merunggai
Mempunyai vitamin A yang lebih tinggidaripada karot.Mempunyai vitamin C yang lebih tinggi daripada limauMempunyai zat besi yang lebih tinggi daripada bayamMempunyai protein yang mudah untuk dihadam oleh perut.Boleh digunakan dalam pelbagai resepi masakan: Masak lemak putih, masak air dan masak kari Boleh disimpan kering tanpa menjejaskan khasiatnya
Buah Merunggai

Boleh dimasak seperti masakan daun merunggaiBiji merunggai boleh diekstrak untuksebagai bahan asas dalam minyak wangi yang dikenali sebagai BEN OIL.Biji merunggai yang matang boleh dikisar menjadi debu dan digunakan untuk merawat air menggantikan aluminium sulphate, bertujuan untuk penapisan air, pemendakkan, anti-biosis etc.


Serbuk Merunggai daripada daun dan biji.




Masakan daripada Merunggai
Sayur air
Telur Goreng
Teh daun merunggai
Masak lemak

Kari buah Merunggai




Kegunaan lain:Buah dan daun merunggai juga dikatakan berguna dalam istiadat kepercayaan tradisional iaitu dipercayai bagi menghalau hantu. Jika ada orang yang dirasuki hantu, kepalanya atau badannya disebat dengan merunggai segar untuk menghalau hantu keluar dari badan mangsa dan meninggalkan tempat itu. Juga dip4ercayai digunakan untuk mengubati santau.
sumber: wikipedia

JeepersCreepers Publish time 29-6-2017 10:47 PM

Buat kari sedap ni:lol:

alieyrina Publish time 29-6-2017 10:56 PM

Eh yg gulai btg munggai xdak ka..baru ku tau nama betui dia merunggai..mak aku masak gulai parpu .boh teluq n batang munggai ni laa..daun dia x penah lak masak..

imransulaiman Publish time 29-6-2017 11:07 PM

Sesiapa yang sembelit tu, try masak daun merunggai ni buat sayur. Tumis macam sayur manis + telur. Makan macam tu saja. Tunggu 30 minit, confirm rasa lega ke toilet :$

CrowneGlory Publish time 30-6-2017 06:38 AM

Another name jugak ...drumstick...arwah ayah aku puny fevret buah dia campur dlm kari...ada member aku beli serbuk kering daun dia tabur dlm semua makanan..lg sedap dr matcha

Ipo Publish time 30-6-2017 08:27 AM

alieyrina replied at 29-6-2017 10:56 PM
Eh yg gulai btg munggai xdak ka..baru ku tau nama betui dia merunggai..mak aku masak gulai parpu .bo ...

ada ada..dah tepek masak kari buah merunggai :)

saya pun dah pernah makan kari ni, sedap!

ngee Publish time 30-6-2017 08:34 AM

umah aku ada pokok ni..arwah mak tanam..xpnah mkn pun daun or buah pokok nie..jiran slalu dtg minta buah nie buat syur kari..
bila bca info nie..byk khasiat pokok nie.. thanks for the info{:1_141:}

sabar_sabariah Publish time 30-6-2017 08:35 AM

biasanya orang india wajib tanam pokok ni kat rumah dorang
sayur dia aku makan la
buah tu kalau buat masak kari, kari aku makan
buah aku tolak tepi

sara_thrash Publish time 30-6-2017 08:46 AM

masa aku ke lombok mkn ikan bakar tepi pantai.. tetiba nampak tuan kedai g petik daun kitaorg pun ckp jgn dia petik nak masak utk kita sudah lah sekali mmg betul, dia masak sayur air. baru tau nama daun ni

matchstick Publish time 30-6-2017 10:18 AM

rumah kt kmpg ada pokok ni...besa guna daun je buat telur dadar. sedap.

nenek aku meniaga daun n buah merunggai ni kt pasar laku gile

Missfadh Publish time 1-7-2017 05:58 AM

Yang masak kari tu sedap. Masa kecik x berapa suka sgt. Dah besar dah tahu khasiat mkn juga lah. Byk juga khasiat yg lain pokok ni. Nice info.

bubblegummy Publish time 1-7-2017 07:42 PM

Pernah dgr nama saintifiknyetapi bukan nama melayu, kalau sng hidup, interesting ni utk buat kajian:)

ShiningStars Publish time 1-7-2017 08:35 PM

Wah,x sedar pun pokok ni ada byk khasiatnya..good info tt

spankee_fili Publish time 1-7-2017 09:08 PM

weols panggil mungai..biasanya masak kari..
orang kata angin buah mungai ni..

wikedsaikel Publish time 1-7-2017 09:35 PM

Kelo (kay loh) ke ni?

CardiGans85 Publish time 1-7-2017 10:48 PM

Slh sorg abg sy ada mkn biji buah kelor ni yg jenis kering sbb katanya bole jg ksihatan, pjgkn umur n awet muda.sbb abg suka bgaul dgn org bangsa lain tmsuk india. Kwn abg ni umur da 75 tp fizikal n rupa mcm 50. bjalan pun steady je x mcm warga emas lain.Lgpun murah since x mkn supplement.

ade juga sy try mkn n rsnya sedikit pahit tp minum je air kosong,seluruh mulut akn rs manis sgt.esoknya mmg lancar sistem cerna sy. Tp sy x amalkn la.

mochi1098 Publish time 1-7-2017 11:05 PM

Daun munggai masak lemak buh keledek pon sedap oii lama tak makan..

unoryah Publish time 2-7-2017 01:47 AM

Sedap dimasak sup dgn labu kuning. Didihkan air baru masukkan daunnya kemudian padamapi...boleh dibuat puding juga

sofiazara Publish time 2-7-2017 03:09 AM

buah munggai buat campur dlm dalca mmg terbaik

cengkihgirl Publish time 3-7-2017 09:41 AM

kat kampung banyak pokok ni
tak tahu pulak boleh makan daun dan buahnya
banyak khasiat pulak tu..


Pages: [1] 2 3
View full version: Pokok Merunggai atau Kelor


ADVERTISEMENT