Themilo Publish time 11-6-2017 01:26 PM

Akibat Dihencap & Dikecam Netizen, DSV Jual Qu Puteh

Sekian lama menerima tohmahan masyarakat, Vida dalam sebuah wawancara terbaru telah mendedahkan keputusan yang menggemparkan netizen.
Menurut Vida, dia tidak akan lagi membuat sebarang kemunculan di televisyen pada masa akan datang. Malah Vida juga sedang merancang untuk melepaskan sebahagian saham syarikatnya. Beliau kini sedang mencari seorang 'tauke baru' yang akan menggantikan dirinya untuk mempromosikan produk, manakala dia pula hanya akan bekerja di belakang tadbir.
"Saya ni asyik kena kutuk kena kacau, jadi saya nak duduk di belakang tadbir je sekarang ni. Saya nak duduk diam je, kalau anda benci tengok gedik saya okay tak payah. Saya takkan exposekan diri selepas ini. Nak puaskan hati mereka yang mengata, saya tak payah muncul depan TV dah. Biar “tauke” baru je yang buat kerja. Kita tengok adakah industri hiburan tetap meriah dan tak perlukan saya yang kena terhegeh-hegeh bercakap di atas pentas."


Vida juga menafikan perniagaannya sedang menghadapi masalah sehingga terpaksa membuat rombakan tersebut.

"Bisnes tak ada masalah, dah maju dan lancar. Cuma sekarang saya perlukan tokay baharu yang hanya perlu run bisnes saya. Siapa yang nak beli saham saya tu sila tampil supaya saya boleh berehat dan anda boleh ke depan. Pembeli saham tu nanti juga mesti kena kebal macam saya.""Kutukan itu buat saya terasa sampai ke tulang hitam. Walaupun saya nampak kuat tapi saya hanyalah manusia biasa. Saya ada hati dan juga perasaan. Kutuk dengan kritikan yang membina tak apa, tapi kutukan itu terlalu menyakitkan. Untuk memasarkan jenama produk, saya kenalah expose diri, dengan cara itu orang akan ingat produk Qu Puteh. Sebab tu sekarang saya jarang muncul di kaca TV. Lepas ni mesti ada yang kata bisnes saya tak laku, terpulanglah apa anda nak kata. Saya tak boleh halang mulut sesiapa. Buat masa ini saya hanya mahu banyakkan amal ibadah. Dengan cara ini sahaja mampu buatkan jiwa saya tenang."






toxicated Publish time 11-6-2017 02:03 PM

ko nak cili anu sape TT?

uhuStic Publish time 11-6-2017 02:35 PM

kenapa nak tengok industri hiburan meriah ke tak kalau dia takde? who r yussss? penghibur terkemuka dunia ke?

fazamania Publish time 11-6-2017 03:01 PM

uhuStic replied at 11-6-2017 02:35 PM
kenapa nak tengok industri hiburan meriah ke tak kalau dia takde? who r yussss? penghibur terkemuka...

Attention seeker je makcik ni.. dia tak dialu2kan pon dlm dunia hiburan malaysia.

BebeQ Publish time 11-6-2017 03:31 PM

Who are yusssss?

Buka la thread individu yang comel2, larat juga nak bagi komen. :$

Mary_jane Publish time 12-6-2017 01:19 AM

Terasa bab orang ngutuk anak dia kot. Kesian plak.

kukukatablog Publish time 12-6-2017 02:41 AM

aku suka jer tengok dia, setiap kali event tajaan dia,
walaupon dia act cam badut, tapi ok lah sebagai menghilangkan boring....

pearl.silver Publish time 12-6-2017 06:44 AM

Tahan ke acik dsv xnk muncul lg dikaca tv;P

imthegirl Publish time 12-6-2017 11:23 AM

Kenapa sampai kena jual saham sebab nak suruh tokeh baru plak menjual peoduk? DSV tak tau apa itu marketing team ke?

WajibulGhunah Publish time 12-6-2017 11:55 AM

Dia ada ok je
Lawak jgk mocit ni
Tp jgn berleter pnjg la ats pentas
Tu je

sepertiitu Publish time 12-6-2017 11:58 AM

Aku rase bab kutukan dekat dia okay lagi dia boo layan tapi bila part orang kutuk cik b anak dia tu yang dia tak boleh nak tahan dah kot. Lagipun lepas cerai dengan ex laki dia haritu, nampak dia macam depress tapi try nak nampak happy.


Alah nanti kalau dia rase nak keluar tv, gi ja sponsor sane sini, confirm jadi attention seeker balik :lol:

-electrifying- Publish time 12-6-2017 12:31 PM

Mary_jane replied at 12-6-2017 01:19 AM
Terasa bab orang ngutuk anak dia kot. Kesian plak.

mungkin jugak la

merahrose Publish time 12-6-2017 05:59 PM

ok....waiting for that

Orix Publish time 13-6-2017 11:22 PM

Nak jual saham? Dh x laku ke produk sheols? Anyway, iols peratikan produk sheols ni target market dia org2 kampung jah... org2 kt pekan n bandar slalunya prefer orawhite...

chinta89 Publish time 14-6-2017 03:54 PM

eleh... tgk2 selang 2-3 bulan merempan lagi kua tv.. tahan ke dia nk naik pentas dan tgalkan dunia glam??

debab76 Publish time 19-6-2017 10:54 AM

tak meriah ggv4 tahun ni chuols!!

shasha79 Publish time 28-6-2017 09:04 AM

i dont know if i am proud of her or irritated with her signature pose! whatever it is, kinda happy for her when it comes to biz! kipidapppp

annakay Publish time 11-8-2017 12:43 PM

aku xtau nak komen apa pasal mak cik ni.

redapple10 Publish time 13-8-2017 02:22 PM

Bila produk ko dah msk fasa tepu... easy way out jual je la company tu while sales still cantik

despicablyanon Publish time 17-8-2017 04:13 PM

ada org hint2 yg minum pamoga tu buat kidney failure, seriau pulak, tapi ye la dia mana ada buat R&D semua kan, entah2 repack je
Pages: [1] 2
View full version: Akibat Dihencap & Dikecam Netizen, DSV Jual Qu Puteh


ADVERTISEMENT