Glass_shoes Publish time 8-6-2017 09:26 AM

Datuk Vida terkilan anak dikutuk hitam

Edited by Glass_shoes at 8-6-2017 09:46 AM

www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/06/07/vida-anak-hitam/

JAHAT betul mulut seorang pengikut laman sosial ni menghina anak perempuan pengasas produk Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida dengan memanggilnya buruk dan hitam.
Sedap ya mengata anak orang di bulan Ramadan yang mulia ini? Apalah dosa anak Datuk Seri Vida iaitu Cik B sampai dihina begitu?
"Saya tak kisah anak Datuk main panas ke, kuat berjalan ke tapi Datuk sebagai pengasas produk Qu Puteh sepatutnya anak putih juga.
"Ke Datuk tak bagi anak Datuk pakai produk Qu Puteh?" tulis salah seorang di Instagram miliknya selepas Vida memuat naik gambar Cik B dan anak lelakinya, Kacak yang tertidur menunggu waktu sahur.
Melihat kepada komen-komen menghina itu, hati ibu mana yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang sejak kecil?
Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram memberitahu terkilan apabila ada yang menghina anaknya dan menjelaskan kulit Cik B hitam adalah disebabkan aktiviti lasak sering dilakukannya.
Bagi membuktikan perkara itu, Vida menerusi beberapa siri posting di Instagram telah memuat naik gambar Cik B ketika kecil yang jelas sangat comel dan berkulit putih.
"Jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil saya lagi hitam daripadanya.
"Cik B nak enjoy masa chilhood dia, ikut dia redah jer. Main bola tengah panas dengan budak-budak jate (lelaki). Cik jenis brutal, mujur tak panjat pokok jer," tulisnya.
Dalam pada itu, Vida berkata, anaknya itu memang tidak berminat untuk berhias dan menganggap ia perkara biasa bagi seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun.
"Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, Mama tetap sayang Cik B... My only girl. Cik B ni bijak orangnya dan minat muzik dan suntingan video malah bisnes pun dia pandai.
"Malah dia sudah ada ejen dan stokis sendiri. Man budak 12 tahun buat begitu?," tulisnya lagi.
Luahan Vida itu turut mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya yang menyifatkan penghinaan sesetengah orang terhadap anaknya sebagai tidak patut dilakukan.
Antara mesej yang ditinggalkan adalah seperti;"@yusfaelviraKot biarlah kulit hitam pun, kulit hitam ada macam-macam suplimen boleh cerahkan kulit, hati hitam tida ubat.
@ienaslavenderIte Cik B tu suci hatinya macam anak-anak gadis lain..tiada cacat cela saya lihat semuanya comey lako.
@seaanemoneeee Problem is bila u meletakkan nilai cantik pada tahap keputihan kulit. Any colour is beautiful.

lotionmilo Publish time 8-6-2017 09:31 AM

Cik B takyah ambik suplimen lah
Sekarang ni kan femes doktor larang ambik any suplements
So tindakan cik b adalah bijak:lol:

Glass_shoes Publish time 8-6-2017 09:31 AM


kiambang Publish time 8-6-2017 09:35 AM

Cik B masih kecil lagi.. biarlah dia menikmati zaman kanak 2. Normal budak budak sekolahhitam . Abis belajar putih la ...

qistiena Publish time 8-6-2017 09:37 AM

biarlah anak dye...yg korang sebok2 nape...

starcity Publish time 8-6-2017 09:42 AM

Ada ke yg kata anak dia cantik?

chinta89 Publish time 8-6-2017 09:43 AM

org sebok2 anak dia hitam sb dia tu pungpang2 jual produk putih, bukan niat nk menghina pun. gtu pandangan aku..

SweetShera Publish time 8-6-2017 09:47 AM

Ala DV u tak payah try nk explain dekat species yg mcm tu. U explain mcm mana pun dierang
tetap reject. Akan selamanya mcm tu

sayang_mulut Publish time 8-6-2017 09:48 AM

cik B ni ada sinar jadi pengkid teragung

BebeQ Publish time 8-6-2017 09:48 AM

Gambar baru yang dikatakan hitam tu ada tak?

Sorry, tak follow beliau.

Glass_shoes Publish time 8-6-2017 09:53 AM

BebeQ replied at 8-6-2017 09:48 AM
Gambar baru yang dikatakan hitam tu ada tak?

Sorry, tak follow beliau.

BebeQ Publish time 8-6-2017 09:55 AM

Glass_shoes replied at 8-6-2017 09:53 AM


oOo..patut la ada peminat berbunyi. :$


wookiehoney Publish time 8-6-2017 09:56 AM

biarlah budak2 hitam
aku dulu hitam gak.sampai abes menengah gelap. berkawad.main basketball.gila tak hitam.

sebab org mengukur cantik pada kulit yg putih la maka org cam vida ni boleh kaya raya jual produk bg puteh :lol:

AshkieLa Publish time 8-6-2017 09:56 AM

Edited by AshkieLa at 8-6-2017 09:59 AM

biasalah masa sekolah.. redah je. Baru thrill dan best utk di kenang..
sok2 dah besar pandai laa dia jaga and cerah balik...
netizen yg komen gitu mungkin sbb maknyer pengasas product putihkan kulit..
tagline pun qu puteh2 baru laa puteh.. skali anaknya tak reflect ape yg maknya promot sana sini..
kalau tak, mungkin xde laa nak babitkan anaknya tu.
tok vida tak boleh nak sentap sgt la.. anda dan pengasas2 product2 lain yg dok buat benchmark asal putih = cantik.. asal cerah = lawa. Iklan2 pun dok ketengahkan model2 yg dah sedia cerah.
cer buat product tak kira ape tona kulit janji untuk nampak sihat...
luruskan persepsi pempuan2 Msia ni kepada kalau tanned, sawo, gelap... masih tetap lawa kalau kulit tu sihat. {:1_141:}

shiedafaizal Publish time 8-6-2017 09:56 AM

biasa la budak2...nanti dah besaq pandai la pikir nk putih ke apa huhuhuh

tomaz Publish time 8-6-2017 09:59 AM

chinta89 replied at 8-6-2017 09:43 AM
org sebok2 anak dia hitam sb dia tu pungpang2 jual produk putih, bukan niat nk menghina pun. gtu pan ...

Agreed.. Bkn org nk kecam cik b pon.. Dia budak lg.. Pndai la DV groom cik b nnt.. Duit byk woo xde hal

kukukatablog Publish time 8-6-2017 10:03 AM

Glass_shoes replied at 8-6-2017 09:53 AM


dua dua cam muka Vida

matchstick Publish time 8-6-2017 10:03 AM

bagos lah tok vida sayang anak dia sbb tu x bagi minum qu puteh..umur 12 tahun kalu dh start minum mende2 gitu kot belum masuk umur 20 dah mcm2 penyakit bertandang terutamanya buah pinggang.

matchstick Publish time 8-6-2017 10:07 AM

x kisah lah mcm mana pun rupa anak dia yg penting she's proud of them. tang ni aku puji DV.

talapia Publish time 8-6-2017 10:08 AM

orang kecam ni... bukannye nak kutuk budak tu... biasala budak2 main panas.. gelapla kulit. tapi ni more sebab mak dia jual Qu Puteh... kemain kata bole putihkan kulit bagai... apsal ko x bagi anak ko minum? gitula kot pemikirannya..kalau kata benda tu memang selamat dan berkesan... test dulu kat famili n diri sendiri. camtula..

mujur gak dato vida ni mmg cerah.. so xde isula jual Qu Puteh... tapi berani ke dia nak jual ubat kuruskan badan? hahaha... cubala kalau nak org kutuk body dia... jual ubat kurus tapi dia sendiri xkurus.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Datuk Vida terkilan anak dikutuk hitam


ADVERTISEMENT