puanM Publish time 4-6-2017 04:31 PM

akhirnya saya jadi janda, bebas dari belenggu lelaki ketagih forum

10 tahun lebih, lebih dari 10 tahun, suami sehari suntuk berforum. di dalam forum ini. bod isu semasa. saya tahu sebab dalam masa 10 tahun suami berkampung di cari forum, saya dah berpuluh kali cek history pc. penuh dgn history bod isu semasa.
usia perkahwinan kami lebih 15 tahun, awal2 sungguh bahgia, suami penuh kasih sayang. tapi, sejak dia kenal forum, bermula kisah dunia forumnya. hidupmati, dari awal pagi hingga ke malam, saya tak terbayangkan ada manusia yang boleh duduk berejam2 didepan komputer bertahun2. social kami dalam rumah seperti orang asing duduk menyewa bilik. suami di meja makan ruang tamu, sementara saya di dapur mengemas, basuh baju, memasak, mop lantai, gosok baju. semua kerja rumah saya buat sendiri sedangkan sepanjang saya aktif buat kerja rumah, si suami hanya duduk berforum sambil tersenguh2 sendiri tak berganjak dari kerusi.

dalam 10 tahun tu, sudah berpuluh kali suami tukar tukar kerja, tak ada satu yang tetap. seingat saya 4 ke 5 kali diberhentikan sebab salahguna komputer syarikat untuk berforum. income??? berbulan2 saya tanggung rumahtangga hasil jaga 4 orang anak2 jiran. dapat 2ribu sebulan. dari hasil itu saya jimat cukupkan apa yang terdaya. suami bial mengganggur, pada dia itu alasan terkuat untuk lepas tangan dari beri nafkah rumahtangga. tapi dari post2 suami di forum bod isu yang pernah sempat saya baca, dia la orang yang paling bagus dalam dunia. hukum hakam agama islam, semua di tahu, uztad2, para alim ulamak, jais, jakim semua tak betul. hanya pandai balut kepala atas kepala bawah terlepas. lebih kurang itu yang diulang macam kaset rosak. tiap kali bila saya minta duit ( jarang saya mintak kalau tak terdesak, sebab kalau mintak mesti kena hamun ) dia kata dalam islam tak ada ayat khusus yang mewajibkan suami sediakan nafkah untuk isteri bila suami sendiri tak cukup duit. lepas tu seperti orang ialang waras, dia jerit takbir.

tapi, kehidupan kami, ekonomi kami, rumahtangga kami retak menanti pecah. muka saya pernah pecah, hidung saya pernah retak dibelasah bekas suami.

takbirrrrrrrrrr.

selepas sebulan lebih bercerai, terasa tenang menjalani kehidupan masa depan bersama anak2.










siputsedut Publish time 4-6-2017 04:39 PM

Wife sapa kah puan ini:funk: apapon...tahniah kerana berjaya membebaskan diri dari belenggu neraka dunia...moga puan ketemu bahagia dan ketenangan akan datang...

puanM Publish time 4-6-2017 04:47 PM

siputsedut replied at 4-6-2017 04:39 PM
Wife sapa kah puan ini apapon...tahniah kerana berjaya membebaskan diri dari belenggu neraka d ...

aaminn, tq. saya akan cuba kuatkan jiwa dan tabahkan hati.


Andyscenes Publish time 4-6-2017 04:49 PM

Puan bgtau pada kami lelaki mana yg dayus tu puan?? Bgtau je, jgn takut. Aku forum forum gak. Haishh panasnya hati baca

gunduk Publish time 4-6-2017 04:58 PM

Mcm biasa tgk ayat balut kepala atas kepala bawah terlepas nih...

hmmm...sape ye..

betol la tanggapan selama ni, banyak fake dan faker dlm forum.

aku.semut.merah Publish time 4-6-2017 05:34 PM

Aku skrg nak tau siapa la bekas suami tt ni. Bertabahlah tt. Selamat berbuka. Aku tengah berbuka ni :L

abangadek Publish time 4-6-2017 05:40 PM

suami apa cenggitu.. puiihhh:vmad3:

CiliPadiSedap Publish time 4-6-2017 05:44 PM

suspek :

1) rashiman
2) rashiman
3) AnakGuaMalaca
4) Peyno
5) Lava

AbukRokok Publish time 4-6-2017 05:56 PM

tahniah kak
lepas ni jangan pilih lobai lg pilihlah yg sederhana

Themilo Publish time 4-6-2017 05:59 PM

CiliPadiSedap replied at 4-6-2017 09:44 AM
suspek :

1) rashiman


Aiyo.. wujud lagi kah Peyno? Ingatkan dah lama mampos..;P

aqissa Publish time 4-6-2017 06:39 PM

aku.semut.merah replied at 4-6-2017 05:34 PM
Aku skrg nak tau siapa la bekas suami tt ni. Bertabahlah tt. Selamat berbuka. Aku tengah berbuka ni...

Amboiii cik semut... siap gtau lagi tgh bbuka awal...:lol:

aku.semut.merah Publish time 4-6-2017 06:52 PM

aqissa replied at 4-6-2017 06:39 PM
Amboiii cik semut... siap gtau lagi tgh bbuka awal...

Sorry;P;P;P

Korang x lama lagi tu.

Selamat berbuka:P

CiliPadiSedap Publish time 4-6-2017 07:03 PM

Themilo replied at 4-6-2017 05:59 PM
Aiyo.. wujud lagi kah Peyno? Ingatkan dah lama mampos..

dia dah tukar department bahagian perodua myvi:lol: dulu masa kt proton boleh main forum ni kt perodua sibuk bekerja xsempat masuk cari forum;P

shernazz Publish time 4-6-2017 07:36 PM

wah wah wah
btol ka ni puan?
iols x caya lah..forumner dalam ni semua perfect tau...
kepala bana pun berbalut
kaya...kete besor...karier bagus;P

sebu1 Publish time 4-6-2017 08:00 PM

puanM replied at 4-6-2017 04:31 PM
10 tahun lebih, lebih dari 10 tahun, suami sehari suntuk berforum. di dalam forum ini. bod isu sema ...

Puan M. ..

Sile dedahkan siapa suami kamu tu. Hari tu kamu ade tegur dia khen :o . Acu kamu pm aku kalau X berani dedahkan :funk:

sebu1 Publish time 4-6-2017 08:04 PM

CiliPadiSedap replied at 4-6-2017 07:03 PM
dia dah tukar department bahagian perodua myvi dulu masa kt proton boleh main forum ni kt per ...

Pandaile kamu fitnah peyno. Bulan puase ni wei :o

sebu1 Publish time 4-6-2017 08:06 PM

puanM replied at 4-6-2017 04:31 PM
10 tahun lebih, lebih dari 10 tahun, suami sehari suntuk berforum. di dalam forum ini. bod isu sema ...

Tolong bgtau sape bekas suami kamu. Aku takut nanti dia cube mengorat forumer perempuan bgtau dia kaye baik semua.Dedahkan je :huffy:

CiliPadiSedap Publish time 4-6-2017 08:10 PM

sebu1 replied at 4-6-2017 08:04 PM
Pandaile kamu fitnah peyno. Bulan puase ni wei

:lol: bulan puasalah syaitan kena ikat.. sebu1 = peYno;P

sebu1 Publish time 4-6-2017 08:13 PM

CiliPadiSedap replied at 4-6-2017 08:10 PM
bulan puasalah syaitan kena ikat.. sebu1 = peYno

Fitnah lagi :huffy: tibe2 aku tukar jantina :lol::funk:

CiliPadiSedap Publish time 4-6-2017 08:51 PM

sebu1 replied at 4-6-2017 08:13 PM
Fitnah lagi : tibe2 aku tukar jantina

:lol: teka je lah, peYno last dengar kt perodua department.. mungkin dh naik pangkat jadi driver uber myvi high beam;P proton kebanggan dia dah di jajah..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: akhirnya saya jadi janda, bebas dari belenggu lelaki ketagih forum


ADVERTISEMENT