EJALTI Publish time 2-6-2017 11:17 AM

Apa Kata Abang Sado Selepas Tular Gosip Dengan Nur Sajat

Edited by EJALTI at 2-6-2017 03:18 AM

Apa Kata Abang Sado Selepas Tular Gosip Dengan Nur Sajat

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/02/abang-sado-nursajat/

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 9:43 AM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/06/01/18/46/yinsjt1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

PETALING JAYA: Insiden yang menimpa jejaka berbadan sasa ini Ahad lalu benar-benar menjadi satu dugaan baginya apatah lagi ia berlaku di bulan Ramadan.
Dia menerima kecaman hebat ekoran gambar usahawan kosmestik, Nur Sajat Kamarul Zaman bersama seorang lelaki berbadan sasa dengan wajah ditutup yang dikongsikan Nur Sajat di akaun instagram pada Ahad lalu.
Tempiasnya bermula apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa ‘mencuri’ gambar-gambar pemuda ini di akaun Instagramnya dan menyiarkannya di media sosial dengan mengaitkan dirinya adalah lelaki 'bertopeng' di dalam gambar Nur Sajat.
Tidak cukup sekadar itu, jejaka yang pernah menyertai pertandingan badan cantik ini juga didakwa netizen sebagai kekasih baharu Nur Sajat, malah ada juga yang mendakwa dia meminati kaum sejenis.
Mohd Tishrin Mohd Adnan, 25, berkata, dia kesal dengan tindakan segelintir netizen yang mengecam dan memfitnah dirinya.
Dia yang lebih dikenali sebagai Yin berkata, paling terkesan adalah keluarganya termasuk rakan-rakan rapat yang terkejut dengan kisah tular berkenaan.
“Saya kesal di atas segala kritikan memberikan kesan kepada ibu bapa saya. Bagaimanapun, saya telah perjelaskan kepada keluarga terutama ibu bapa saya bahawa semua fitnah dan tohmahan itu tidak benar.
“Saya mengenali Nur Sajat sebagai rakan dua tahun lalu, dan pertemuan kami baru-baru ini lebih kepada membincangkan mengenai rancangan perniagaan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, sambil menambah bahawa kekecohan yang berlaku membuat beliau tidak keluar rumah seharian.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/02/abang-sado-nursajat/~/media/0721a0bf082b406a92e8eb22c7e1d336.ashx?la=enGambar Nur Sajat (kanan) bersama seorang lelaki berbadan sasa dengan wajah ditutup.

Pemuda berasal dari Kota Bharu ini berkata, dia kini menjual produk kesihatan makanan dan minuman tambahan untuk kecergasan di samping menjalankan latihan senaman dan panduan diet secara dalam talian.
“Saya merancang untuk membuka kedai menjual produk makanan dan minuman tambahan di Kuala Lumpur tidak lama lagi,” katanya.
Anak keempat daripada lima beradik ini berkata, perniagaannya sedikit terjejas pada hari kisahnya tular di media sosial tetapi kini kembali pulih malah bertambah baik.
“Alhamdulillah, dah ramai yang beli produk dan ada yang ‘repeat order’. Pembeli bukan sahaja bertambah, tetapi pengikut saya di Instagram juga meningkat dari 14,000 kepada 17,000 pengikut hanya dalam masa beberapa hari.
“Saya berharap bisnes yang diusahakan ini terus berjaya dan mendapat sokongan semua,” kata Yin sambil menambah bahawa purata jualan produknya sebelum ini antara 180 dan 200 botol, dan pernah mencecah 350 botol sebulan.
Mengenai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya, Yin berkata, dia telah memaafkan mereka yang terbabit dan berharap perkara itu tidak berulang lagi.
“Bagaimanapun, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang terus memfitnah tanpa bukti,” katanya sambil menambah mahu terus melangkah ke hadapan.
Terdahulu, Nur Sajat membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya, dan lelaki yang ditutup wajah di dalam gambar tersebut bukan kekasihnya.

terpaku Publish time 2-6-2017 11:24 AM

tak jumpa pintu keluar lemari le tuuuu ;P

Acik_Whitney Publish time 2-6-2017 11:30 AM

Sheols pun tak selera dgn sajat. Lain la kalau sajat pun sado dan ada ko.te:$

barto Publish time 2-6-2017 11:36 AM

Amboi tiba2 cerita psl bisnes sendiri ye :lol:

enchikfitz Publish time 2-6-2017 11:37 AM

eleh....ke saje cover line? Kot2 ada gambar atas katil mcm F**z N**k opssss

ronapink Publish time 2-6-2017 11:43 AM

strategi perniagaan..

menjadi la tu

ShrekFiona20 Publish time 2-6-2017 11:47 AM

Hmmmmm... sendu laaaa..

manehnya Publish time 2-6-2017 11:47 AM

ermm sian kt mak bapak nyer si Yin nih.. jenuh hadap la org kampung dok ngata kan..

takayama Publish time 2-6-2017 11:49 AM

bukan main lg alasan dia utk bisnes gitu
yealah kami percaya {:politeo

jin_lampu Publish time 2-6-2017 11:54 AM

Acik_Whitney replied at 2-6-2017 11:30 AM
Sheols pun tak selera dgn sajat. Lain la kalau sajat pun sado dan ada ko.te

dulu sajat ada kote tapi dah bagi beruang makan..


Acik_Whitney Publish time 2-6-2017 11:56 AM

#letscantik #janganmengata #letsbengkung #perempuanfuhh:lol:

Bujat Publish time 2-6-2017 11:57 AM

Biar lah jadi teka teki kata nya.... {:mlwa2:}

tagas Publish time 2-6-2017 11:57 AM

Pui !!

da puas hakak sajat spedo ko

gini jawapan ko

Aduradura Publish time 2-6-2017 11:59 AM

Coach yin...kesian you..tapi tak sangka plak..

Ape ape je la...

vanillaninja Publish time 2-6-2017 12:02 PM

Kenapa nak takut dengan kecaman netizen pulak, boleh je kalau nak bercinta dengan Sajat kan, bukan 'kaum sejenis' pun :lol:

manehnya Publish time 2-6-2017 12:03 PM

pelik gak ngan bam jatt ni, dia yg letak pic tu sakan bukan main ngan caption jiwang2

pastu marah plak kata " saya orang berniaga,saya tak suka gossip2 murahan macam ini...di tambahkan lagi dengan viral2 merepek yang tak ada kepastian nya... kita orang bussniess,bercampur dengan ramai orang...tak bermakna kita bercampur tu,senang awak nak judge kami ini ada hubungan...betul2 otak kg.com ...tak ada akal sebelum nak sebarkan cerita.." - NS IG

lotionmilo Publish time 2-6-2017 12:04 PM

Fitnah dia apa?

manehnya Publish time 2-6-2017 12:04 PM

vanillaninja replied at 2-6-2017 12:02 PM
Kenapa nak takut dengan kecaman netizen pulak, boleh je kalau nak bercinta dengan Sajat kan, bukan ' ...

kaum sejenis?

tapi dia ngaku dia pempuan, klau cinta ngan pempuan nti kena kata les

:lol:

vanillaninja Publish time 2-6-2017 12:13 PM

manehnya replied at 2-6-2017 04:04 AM
kaum sejenis?

tapi dia ngaku dia pempuan, klau cinta ngan pempuan nti kena kata les

Uols, I menggunakan element of sarcasm di situ. Tak sampai ke maksud I? Ampun la :lol:

cmf_premierleag Publish time 2-6-2017 12:16 PM

mengada lak pondan nih
letak caption taraf jiwang, pastu tetiba kata sbg stratergi pemasaran pelbagai
Terdahulu, Nur Sajat membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya, dan lelaki yang ditutup wajah di dalam gambar tersebut bukan kekasihnya.

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Apa Kata Abang Sado Selepas Tular Gosip Dengan Nur Sajat


ADVERTISEMENT