amirmir Publish time 29-5-2017 07:03 PM

7 Tips Menjaga Tuala Sulam

http://servissulam.com/blog/wp-content/uploads/2017/05/tuala.jpg7 Tips Menjaga Tuala Sulam
Tuala mandi bersulam merupakan keperluan rutin yang mewah dan digunakan setiap hari. Setelah anda memiliki tuala sulam yang berkualiti dan warna yang cantik. Kini anda perlu tahu bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat tuala sulam itu. Semoga panduan ini dapat membantu dalam penjagaan tuala sulam kesukaan anda.
Tip 1 – Basuh tuala anda sebelum anda gunakan kali pertama
Cuci tuala sulam anda dengan ½ cawan cuka putih. Cuka ini akan membantu mengekalkan warna dan membuatkan warna tuala lebih berdaya tahan.
Tip 2 – Hanya basuh tuala sulam anda bersama tuala saja
Jangan campurkan dengan pakaian lain. Perbezaan ketebalan benang tuala dan pakaian biasa akan merosakkan permukaan tuala yang lembut. Jangan jemur tuala sulam anda terlalu lama kerana ia juga akan merosakkan kelembutan tuala
Tip 3 – Gunakan cuka ketika membasuh tuala sulamIa dapat mengembalikan keupayaan serapan tuala dan melembutkan tuala.
Tip 4 – Hilangkan bau yang kurang enak menggunakan baking sodaTambah ½ cawan dengan serbuk pencuci untuk menghilangkan bau busuk tuala. Contohnya bau busuk ketika tuala berada di dalam beg terlalu lama.
Tip 5 – Elakkan pelembut fabrik.Pelembut fabrik akan kurang efektif setelah beberapa kali cucian dan sebenarnya akan merosakkan tuala sulam anda. Kadar serapan tuala juga akan menurun.
Tip 6 – Jangan kumpulkan terlampau banyak tuala semasa membasuhMuatan yang terlalu banyak di dalam mesin basuh akan menyebabkan tuala sulam anda tidak dibasuh dengan sempurna. Benang tuala akan mula rosak dan terkeluar jika mesin basuh terlampau penuh. Pengering mesin basuh juga tidak mempunyai kitaran udara yang cukup untuk mengeringkan tuala anda.
7 – Tukar tuala anda dengan kerapWalaupun anda telah gunakan setiap langkah untuk mencegah tuala dari rosak. Tapi jika tuala sentiasa digunakan dan pada jangka masa yang lama. Jangan guna tuala anda lebih dari 2 tahun, Tuala akan mula kasar dan tidak dapat serap air dengan baik.
Pages: [1]
View full version: 7 Tips Menjaga Tuala Sulam


ADVERTISEMENT