Penglipurtales Publish time 28-5-2017 03:52 PM

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur



Ini kisah nyata, ramai yang menjadi mangsa kepada benda ni cerita pendek je tak panjang

Kisah pertama
Dalam KMKL ada lokap polis, dekat basement bawah area belakang KMKL. Guard-guard situ selalu kena, setia pukul 1pagi atau 2pagi dan keatas, akan ada budak kecil umur dalam lingkungan 4-5 tahun atau perempuan berbaju hitam berambut panjang mengurai akan datang ke kaunter Guard tnya jalan balik atau jalan keluar dari mahkamah.

Setiap orang yang kena ganggu akan rasa seperti dipukau(blurr) , orang yang kena tu hanya akan menunjukkan jalan keluar tanpa bertanya apa-apa sehingga benda tu benar benar tembus dinding mahkamah atau menghilangkan diri, barulah terdetik dari perasaan sanubari orang yang diganggu tu berasa seram dan hilaian yg kendengaran.

Kisah Kedua
Tingkat 4 aras kiri, staff akan terkena apabila pulang lewat, orang yg diganggu aku brhadapan dengan makhluk berpakaian serba putih, pandang dengan pandangan yang tajam dari hujung blok.

Makhluk tersebut akan mengekori mangsa sehingga mangsa berjaya masuk lift turun ke tingkat bawah, semakin laju mangsa itu berjalan atau berlari, semakin laju makhluk itu mengekori.

Kadang kadang, makhluk yg menyerupai lawyer akan menjelma, ramai guard yg kena. Satu hari tu mereka tengah buat rondaan, mereka nampak ada lawyer walau pun da pukul 9, semakin mereka mendekati semakin pelik keadaan lawyer tersebut dimana hanya kepala hingga ke perut sahaja kelihatan.

Kisah Ketiga
Masih ditingkat 4 tetapi diaras kanan, ada satu bangku berdekatan dengan bahagian dagang 7, ramai orang terserempak atau tegur makhluk yang duduk dibangku itu dengan menegur "Hoiii Tak Balik Lagi Ke??" benda itu akan pandang, terbang dan menghilang. Kebiasaan yang terkena tu akan berlari untuk turun kebawah..

Banyak lagi kisah kisah di KMKL, cuma better sesiapa yang ada pengalaman di KMKL boleh share dalam ni.

CiliPadiSedap Publish time 28-5-2017 05:45 PM

ada kereta kuning auditanpa pemandu sering keliaran.. siapa terjumpa akan dengar suara mengilai ngilai..

harrypoter Publish time 29-5-2017 09:07 AM

malam2 cuba gi lalu kawasana situ, takyah masukpun, lalu je....seremmm :loveliness:

ramaramu Publish time 29-5-2017 09:43 AM

3 bulan praktikal kat sini.. mujur tak penah jumpa or rasa apa2..

idakamaruddin Publish time 29-5-2017 11:22 AM

@Andyscenes rasanye byk cite pasal KMKL ni

oak.balustrade Publish time 29-5-2017 12:15 PM

Good writing, TT. Ingatkan penjara aje banyak kisah2 seram, mahkamah pun ada rupanya...Tak sabar nak baca pengalaman orang lain pulak..

zamzuri12 Publish time 29-5-2017 12:18 PM

Aras 3 kanan...tempat yang lebih angker..ramai yang bercerita..pernah ada kena kacau dalam toilet staff..dulu..ada satu mahkamah..tulisan di whiteboard seolah-olah jatuh ke bawah whiteboard..ini cideritakan oleh member dalam mahkamah tu..itu belum bilik stor fail tingkat B2...boleh dikatakan banyak jugak benda berlaku dekat sini..

myakayina Publish time 29-5-2017 12:25 PM

mahkamah pun angker ya..

zamzuri12 Publish time 29-5-2017 12:37 PM

myakayina replied at 29-5-2017 12:25 PM
mahkamah pun angker ya..

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ni antara yang terbesar dalam dunia..kedua kot kalau tak silap..memang la angker kalau dah bangunan besar macam tu..silap jalan boleh sesat tau..

myakayina Publish time 29-5-2017 12:46 PM

zamzuri12 replied at 29-5-2017 12:37 PM
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ni antara yang terbesar dalam dunia..kedua kot kalau tak silap..mem ...

tak pernah jejakkan kaki lagi ke sini.. lalu kat depan pernah la tapi tak tau pula ada misteri kat sini..

zamzuri12 Publish time 29-5-2017 02:11 PM

myakayina replied at 29-5-2017 12:46 PM
tak pernah jejakkan kaki lagi ke sini.. lalu kat depan pernah la tapi tak tau pula ada misteri kat ...

Tempat besar lain bole ada keangkeran sendiri..ini kan tempat yang dulunya hutan belantara...besar pulak tu sah sah ada penumpangnya...

MYviHaZz Publish time 29-5-2017 04:17 PM

wahh ada benang baru..parking dulu tt..

zamzuri12 Publish time 30-5-2017 10:11 AM

Ada satu cerita..dari member..tak seram sangat tapi agak mendebarkan katanya..

Benda ni jadi masa malam sebelum hari sukan mahkamah kuala lumpur,jadi sebagai ajk..terpaksa la dia stayback dengan ajk lain untuk siapkan barang-barang untuk upacara perasmian majlia sukan tu.

Tengah syok buat kerja di aras 5 sayap kanan..ada la kerja pertukangan sikit dalam bilik tu..tiba-tiba ada pulak yang bertukang luar bilik,bila dah dengar tu semua berhenti buat kerja sekejap,tapi bunyi bertukang dekat luar tak berhenti buat kerja dia,diaorang ni dah cuak sebab bunyi bertukang tu makin kuat bunyinya,kerja tak boleh tinggal nak tak nak terpaksa siapkan jugak,dalam takut tu buat kerja laju jer la..makin laju buat kerja makin kuat bunyi 'kerja' diaorang,siap jer kerja-kerja ajk ni laju je packing barang balik dalam pukul 3 pagi kalau tak silap..

Itu salah satu cerita yang ingat..

arm_band Publish time 30-5-2017 01:17 PM

ooo patut laa pukul 5 je semua chow on time.... and bila carian file, file ada kat stor file B2, semua nya krik krik.....

schha Publish time 30-5-2017 01:32 PM

alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..boleh pulak bukak pasal KMKL ni..baru semalam aku lalu wing kanan and rasa semacam je masa lalu tangga nak ke parking tu..siyes shit memang scary la tangga tu..tertoleh2 aku di bawah tangga takut2 ada yg tengah menyangkung ke.. :mad:

schha Publish time 30-5-2017 01:36 PM

zamzuri12 replied at 29-5-2017 04:18 AM
Aras 3 kanan...tempat yang lebih angker..ramai yang bercerita..pernah ada kena kacau dalam toilet st ...

Toilet paling hujung tu ke?last week aku g session court then tak tahan nak mengucil terus g toilet paling hujung..sesuatu sangat toilet tu..lampu toilet pun malap je..

zamzuri12 Publish time 30-5-2017 01:43 PM

schha replied at 30-5-2017 01:36 PM
Toilet paling hujung tu ke?last week aku g session court then tak tahan nak mengucil terus g toile ...

Toilet untuk staff...bukan yang public punya...public kira meriah lagi orang ramai..kalau yang staff punya..orang tak ramai..

tombolpintu Publish time 30-5-2017 01:43 PM

schha replied at 30-5-2017 01:36 PM
Toilet paling hujung tu ke?last week aku g session court then tak tahan nak mengucil terus g toile ...

aku suka gi toilet hujung2 ni...nyaman je :lol:

neez_cookies Publish time 2-6-2017 05:45 AM

Patut la rasa seram sunyi je..aku pernah datang opis pakcik aku. Masuk pulak toilet staff hujung tu..:L

nisako Publish time 2-6-2017 11:12 AM

hui seram juga kat mahkamah ni......... x sangka ...........
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur


ADVERTISEMENT