binisupir Publish time 23-5-2017 06:52 PM

EDISI SIAPA NI : HAEL? *Siapa tu?*

Hael lega 'Jampi' dapat sambutan


KUALA LUMPUR: Penyanyi Hael Husaini mengakui awalnya bimbang andai single sulung berjudul 'Jampi' kurang mendapat sambutan kerana mengetengahkan genre berlainan daripada selera semasa.Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 29, bagaimanapun kini mampu menghela nafas lega apabila lagu terbabit menjadi siulan ramai.


"Saya tidak menyangka sambutan diberikan terhadap lagu ini begitu baik sehingga menduduki carta pertama di beberapa stesen radio tempatan. Mulanya saya gusar kerana genre Jampi berlainan dengan selera terkini peminat. "Alhamdulillah, single pertama saya dapat sambutan memberangsangkan dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mempromosikan Jampi.


"Mungkin rezeki lebih berpihak kepada saya dalam bidang nyanyian, manakala Azhar pula tidak henti-henti mendapat tawaran sebagai pelakon buat ketika ini selepas kami berdua membuat keputusan membubarkan Azhael," katanya kepada BH Online. Hael dan Azhar mula mencipta nama sebagai duo ketika menyertai pertandingan Akademi Fantasi 2013. Pada musim ke-10 rancangan realiti terbabit, mereka muncul sebagai naib juara. Selain itu, Hael kini turut berjinak-jinak dalam cabang seni sebagai komposer.


Beliau pernah mencipta lagu untuk beberapa penyanyi lain seperti Dayang Nurfaizah, Amira Othman, Nabila AF, Indah Ruhaila dan Dafi. "Insya-Allah, banyak lagi perancangan saya untuk masa mendatang, tetapi enggan tergesa-gesa mencari material bagi memastikan hasilnya berkualiti. "Ketika sibuk mencipta lagu untuk artis lain, saya juga sedang dalam proses untuk menghasilkan single seterusnya. Cuma, biarlah ketika ini ruang diberikan dulu kepada Jampi dan kemudian barulah saya tampil dengan lagu kedua," kata Hael.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/285588

** Famous ke nok?? sorry iol tak pernah dengar nama dia

cahaya_almas Publish time 23-5-2017 08:24 PM

Dulu ber2 kan....skrg solo kan..

febreze Publish time 23-5-2017 08:59 PM

gay gay gay

mialunar Publish time 23-5-2017 09:17 PM

Who r yuss?:P

skinsandstars Publish time 23-5-2017 09:27 PM

Smoga sukses bro. Tapi i still tak tau macmaana nak pronounce nama dia. Ha-el? Hel? Ha-L acah KL?

otai_g Publish time 23-5-2017 09:50 PM

x knl. Mana dtg ni?

greantea Publish time 30-5-2017 05:44 PM

oo dia ke nyanyi lg ni. cam kelakar jek lagu ni
Pages: [1]
View full version: EDISI SIAPA NI : HAEL? *Siapa tu?*


ADVERTISEMENT