withlove Publish time 19-5-2017 03:11 PM

Nafkah Tertunggak



As'salam pada semua forummer,

Saya selama ni hanya silent reader saja di forum ni, selalu baca kisah2 rumah tangga di sini utk panduan dan tauladan..

Saya tak nak panjang cerita, saya skrg dlm proses penceraian dgn suami, sebelum ni suami telah failkan saman nusyuz terhadap saya, (dah duduk berasingan dalam 7 bulan, dan saya yg diminta utk keluar rumah, bukan saya yg meninggalkan rumah) dan saya telah failkan tuntutan fasakh terhadap beliau..selepas kes nusyuz tu ditangguh, bulan depan kes kami akan disebut sekali lah, nusyuz dan fasakh,kami telah berumahtangga berbelas tahun dan ada 2 org anak (umur 10 dan 4 tahun) skrg dalam jagaan suami sbb saya dah beri hak hadanah pada beliau memandangkan sekolah anak2 berdekatan dgn tempat tinggal kami dan saya telah diberi hak lawatan dan bermalam ikut persetujuan bersama serta seperti perintah mahkamah. Skrg saya stay di rumah family saya.

Sementara tengah tunggu tarikh sebutan kes saya ni, saya dpt call dari lawyer suami mengatakan yg suami nak settle cara baik pulak, setuju utk cerai jika saya bersetuju dgn tuntutan beliau. Dalam tuntutan fasakh saya tu saya ada mengatakan yg suami tidak pernah beri nafkah dari mula kahwin sehingga selepas beliau kantoi ada hubungan dgn perempuan lain (setelah dikira 6 tahun tidak beri nafkah) selepas pada itu baru dia ada beri nafkah pada saya. Skrg saya nak tuntut nafkah tertunggak tersebut, tapi dalam tuntutan suami tu pulak jika nak cerai, dia nak saya gugurkan tuntutan nafkah tertunggak, iddah, mutaah, harta sepencarian dan hutang semasa berkahwin dgn dia.

Kalau saya nak tuntut rasanya saya boleh menang ke sbb kalau bab nafkah ni mmg dah tanggungjawab suami kan. Skrg saya masih fikir lagi samada nak setuju dgn tuntutan beliau atau saya teruskan dgn tuntutan saya jgk.. saya tau tujuan dia mmg tak nak bayar nafkah tu semua, hadanah anak mmg dia dah dapat atas persetujuan saya..

mohon bagi pandangan pada sapa2 yg sudi bantu saya.. terima kasih diucapkan..


harrypoter Publish time 19-5-2017 03:18 PM

waah kalau akak setuju dgn syarat dia mesti dia buat kenduri kesyukuran, sebab takyah bayar 1 sen pun.... pastu dpt bini baru lagi, akak tak dapat apa2pun... :o

-maaf, sekadar pendapat org bujang :bye:

withlove Publish time 19-5-2017 03:32 PM

harrypoter replied at 19-5-2017 03:18 PM
waah kalau akak setuju dgn syarat dia mesti dia buat kenduri kesyukuran, sebab takyah bayar 1 sen pu ...

dik, harta sepencarian tu mmg takde pun, kami lepas kahwin terus tinggal sama dgn family suami.. rumah sendiri pun takde.. kereta pun nama suami tapi akak pun dah ada kereta sendiri..

harrypoter Publish time 19-5-2017 03:37 PM

withlove replied at 19-5-2017 03:32 PM
dik, harta sepencarian tu mmg takde pun, kami lepas kahwin terus tinggal sama dgn family suami.. r ...

aiseyman..belas2 taun kawin umahpun takde.. :L
kalau mcm tu izinkan saya bagi idea, akak setuju aje la dgn syarat yg dia beri, asalkan dia lepaskan akak dgn baik dan cepat, err maksud sy tak perlula turun naik mahkamah....kecuali kalau akak memang perlukan $$ .. ye tak

harrypoter Publish time 19-5-2017 03:41 PM

apa2pun saya ucapkan semoga akak sukses
ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambil tauladan mana yang baik... jadikan sempadan mana yang buruk
{:1_551:}

withlove Publish time 19-5-2017 03:49 PM

harrypoter replied at 19-5-2017 03:41 PM
apa2pun saya ucapkan semoga akak sukses
ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
...

in sya Allah, terima kasih dik..

jerukkedondong Publish time 19-5-2017 04:41 PM

withlove replied at 19-5-2017 03:11 PM
As'salam pada semua forummer,

Saya selama ni hanya silent reader saja di forum ni, selalu ba ...

Dik..akak bkn nk bg pendapat atau pandangan...
Cuma nak pesan...adik kena kuat hadapii saat saat getir ni ye..
Allah kan ada...u re not alone
Sentiasa minta pertolongan dan bantuan dari.DIA...
Semoga semua urusan adik dipermudahkan..
Aamiin..

withlove Publish time 19-5-2017 04:52 PM

jerukkedondong replied at 19-5-2017 04:41 PM
Dik..akak bkn nk bg pendapat atau pandangan...
Cuma nak pesan...adik kena kuat hadapii saat saat...

terima kasih kak, memang saya kena kuat hadapi ujian ni..klu tak, dah lama saya rebah..

toyokimura Publish time 19-5-2017 04:53 PM

Salam kak..

Sy pernah masuk ms prosiding mahkamah antara mak dgn ayh dulu. Antara alasan yg mak kemukakan adalah ayah tak beri nafkah (mak yg mintak cerai sebab ada laki lain, nafkah hanya alasan). Hakim ada tanya rumah, kereta, pakaian siapa yg bayar dan belikan. kalau kes parents saya ayah mmg bayar setiap bulan kereta dan rumah yg mak guna berserta resit jd tuntutan mak berkenaan nafkah ayah tak bagi ditolak..

Untuk kes akak, rumah mmg tak ada so tak sure pulak hakim akan ukur dari segi apa. Mungkin boleh tanya pejabat agama.Semoga urusan akak di permudahkan..

withlove Publish time 19-5-2017 05:09 PM

toyokimura replied at 19-5-2017 04:53 PM
Salam kak..

Sy pernah masuk ms prosiding mahkamah antara mak dgn ayh dulu. Antara alasan yg mak k ...

W'salam dik, terima kasih sbb sudi share info. Akak cuma nak tuntut nafkah yg dia tak bagi sejak mula kahwin, dia bekerja masa tu , akak pun kerja. Perbelanjaan rumah masa tu k.ipar yg bagi bulan2, tak pasti suami ada hulur jgk ke tidak tapi mmg dia tak pernah bagi nafkah belanja utk akak pun. Suami pernah tak kerja dan masa tu akak yg tanggung belanja dia dan anak tapi takpelah masa tu dia tengah susah kan. Akak bantu apa yg perlu. Cuma rasa terluka dgn perbuatan dia yg curang..masa menganggur pun bagi alasan nak ke CC utk cari kerja rupanya pegi berchatting dgn perempuan..cari balik kekasih lama.. akak ada bukti. Kerja yg sekarang pun akak bantu dia dapatkan dan alhamdulillah dia kekal bekerja kat situ.

Cuma skrg ni akak tak pasti klu akak fight adakah akak boleh menang atau tak ataupun dia nak akak buat tuntutan apa yg akak nak pulak..tak pastilah dia boleh accept ke tidak.. lagi pun lawyer dia suruh akak fikir dulu.

withlove Publish time 19-5-2017 05:11 PM

toyokimura replied at 19-5-2017 04:53 PM
Salam kak..

Sy pernah masuk ms prosiding mahkamah antara mak dgn ayh dulu. Antara alasan yg mak k ...

so apa jadi dgn kes mak ayah adik tu? cerai jgk ke akhirnya?

MyNameIsIris Publish time 19-5-2017 05:24 PM

hi akak :$
saya doakan semoga segala yang terbaik untuk akak. insyaAllah, Allah sentiasa ada bersama akak dan 1 hari kemenangan akan berpihak pada akak. insyaAllah....

akak kuat.... saya yakin!

withlove Publish time 19-5-2017 05:27 PM

MyNameIsIris replied at 19-5-2017 05:24 PM
hi akak
saya doakan semoga segala yang terbaik untuk akak. insyaAllah, Allah sentiasa ada bersam ...

terima kasih banyak2, in sya Allah.. :)

toyokimura Publish time 19-5-2017 05:44 PM

withlove replied at 19-5-2017 05:09 PM
W'salam dik, terima kasih sbb sudi share info. Akak cuma nak tuntut nafkah yg dia tak bagi sejak m ...

rasanya kalo utk tuntutan akak hakim akan tanya rumah, kereta n pakaian je sbb yang ini dalam islam wajib. kalau duit belanja maksud akak saya tak sure. untuk anak mungkin boleh tuntut sebab anak tanggungjawab suami. duit yuran etc kalau ada simpan resit tu besar kemungkinan dapat fight.

toyokimura Publish time 19-5-2017 05:46 PM

withlove replied at 19-5-2017 05:11 PM
so apa jadi dgn kes mak ayah adik tu? cerai jgk ke akhirnya?

yup..cerai dah hampir 2 tahun. sebab alasan yang mak cakap tak valid so mahkamah suruh bincang cara baik. so caranya sama cm akak ayah buat perjanjian. sebab mak beriya nak dengan laki tu mak setuju cerai.

spankee_fili Publish time 19-5-2017 06:14 PM

kak, rasanya berbaloi ke akak nak fight?
banyak ke boleh dapat?
kalau tak banyak, elok akak setuju je & move on..
angkat kaki cepat2 dari laki tu..
mana tau lepas ni jumpa yang lagi baik kan..
kang kalau tengah naik turun mahkamah, dia tahu akak nak kahwen pulak (mana tau ada jodoh), laki dia takmau lepas akak..
laki punya dengki pun boleh tahan kak, bukan orang pompuan je yang dengki2 ni..

onexox97 Publish time 19-5-2017 06:46 PM

setuju ja dgn gugurkan nusyuz tu

napa dia failkan akak nusyuz

lepas dh kena cerai akak boleh wat tuntutan balik xda hal pun

onexox97 Publish time 19-5-2017 06:46 PM

setuju ja dgn gugurkan nusyuz tu

napa dia failkan akak nusyuz

lepas dh kena cerai akak boleh wat tuntutan balik xda hal pun

nisako Publish time 21-5-2017 08:02 AM

bertabah la awak..........

pichee Publish time 21-5-2017 04:41 PM

Edited by pichee at 21-5-2017 04:44 PM

Pandai laki tu...die setuju cerai cara baik.Then die xyah byr sesen pn....

Akak klu rse nk fight utk diri akak...akak lawan la.Kita ni isteri tp bkn sng2 je blh buli mcm ni..

Igt setakat cerai je mcm tu...eh helo islam bkn rendah kn wanita mcm ni...klu dh tentu2 lelaki yg salah. Die mmg pndi la nk pusing mcm tu.

Typical lelaki melayu kak. Lawyer pn jht..hadanah die dh dpt..xkn mutaah, hak sepencarian n nafkah diri lgsg akak xnk tuntut. Eh kita ni isteri die tau..bkn nye kain buruk yg time nk guna ada bila xnk buang.

Sy hrp akak tuntut fasakh n tuntutan2 lain. Memandangkan hadanah akam bg kt suami..nw akak fight utk diri akak.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Nafkah Tertunggak


ADVERTISEMENT