Ramai tak tahu, Di bawah Seksyen 60 (A) (9) Akta Kerja 1955, “waktu-waktu kerja”
https://dululainsekaranglain.com/wp-content/uploads/2012/04/waktu-kerja.jpg
“jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri““the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements“
Ini bermakna pada waktu-waktu kerja, pekerja adalah di bawah kawalan majikan dan tidak boleh berbuat sesuka hati atau tiada di tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan ini termasuklah tidak boleh lewat atau pulang awal dari kerja https://s.w.org/images/core/emoji/2.2.1/svg/1f609.svgBilakah Waktu-Waktu Kerja Ini?Waktu-waktu kerja ini adalah mengikut waktu yang ditetapkan oleh majikan. Jika majikan mahukan pejabat beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, maka waktu-waktu kerja bagi pekerja adalah dari pukul 9 pagi hinggalah ke pukul 5 petang.
Adakah Had Atau Syarat-Syarat Bagi Waktu Kerja Mengikut Undang-Undang Buruh?
Dalam artikel yang lepas, ada dinyatakan yang di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, pekerja TIDAK BOLEH DIARAHKAN bekerja:-
[*]Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.
[*]Lebih dari 8 jam sehari
[*]Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari.
[*]Lebih 48 jam seminggu
Itu adalah PRINSIP AMnya! Tetapi bagaimana jika:-
(A) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Selama 8 Jam Berturut-Turut TANPA rehat yang tidak kurang daripada 30 minit?
Prinsip amnya adalah TIDAK BOLEH! Akan tetapi jika pekerja itu:-
[*]terlibat dalam kerja yang mesti dijalankan berterusan; dan
[*]memerlukan perhatiannya secara terus menerus;
maka, ia dibenarkan oleh Akta DENGAN SYARAT pekerja mempunyai tempoh masa tidak kurang dari 45 minit dalam aggregat untuk makan.Contoh:Abu bekerja di pusat rawatan air milik DLSL Sdn Bhd sebagai operator mesin. Kerjanya memerlukan dia bekerja secara beterusan dengan memberikan perhatian secara terus menerus bagi memastikan air yang disalurkan kepada orang awam nanti tidak tercemar atau tidak memenuhi piawaian.Dia bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Untuk mamastikan kerjanya tidak terganggu dia berhenti makan sedikit-sedikit selama 7 minit setiap jam.Jumlah masa makannya adalah 7 minit x 8 = 56 minit.Dalaam keadaan seperti di atas, ia adalah DIBENARKAN.[Seksyen 60 (A) (1) (iii) Akta Kerja 1955].
(B) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 8 Jam Sehari?Sekali lagi prinsip am mengatakan tidak boleh. AKAN TETAPI, pekerja boleh diarahkan bekerja melebihi “waktu-waktu kerjanya” atau melebihi 8 jam jika perlu DENGAN SYARAT pekerja di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.Namun, pekerja adalah TIDAK BOLEH diarahkan bekerja melebihi 12 jam sehari kecuali dalam situasi-situasi yang dibenarkan di bawah Seksyen 60 (A) (2) (a) – Rujuk juga Seksyen 60 (A) (7) Akta Kerja 1955.Situasi-situasi yang dibolehkan pekerja bekerja melebihi 12 jam sehari:-
[*]kemalangan, sebenar atau diancam, dalam atau berkaitan dengan tempat kerjanya;
[*]kerja, perlaksanaannya adalah perlu kepada kehidupan masyarakat;
[*]kerja yang perlu bagi pertahanan atau keselamatan Malaysia;
[*]kerja segera yang harus dilakukan ke atas jentera atau loji;
[*]suatu gangguan kerja yang tidak mungkin dapat ditelah; atau
[*]kerja yang harus dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan yang perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967
(C) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi Tempoh Masa (Spread Over Period) 10 Jam SehariMaksud ‘spread over period‘ akan diterangkan dengan lanjut dalam artikel yang akan datang. Untuk soalan di atas, keadaanya adalah sama dengan (B) iaitu prinsip am adalah tidak boleh, namun jika di minta juga, maka pekerja perlu di bayar pada kadar satu setengah kali ganda kadar upahnya mengikut jam.Di bawah Seksyen 60 (A) (3) (b), kiraan kerja lebih masa bagi ‘spread over period‘ adalah selepas tamatnya tempoh masa kerja mengikut ‘spread over period‘ itu.
(D) Majikan Meminta Pekerja Bekerja Melebihi 48 Jam SemingguPertama sekali, perlu di beri perhatian yang dalam artikel ini saya menggunakan perkataan “melebihi waktu-waktu kerja” atau melebihi 8 jam bila menyentuh soal kerja lebih masa (OT).Ini kerana waktu-waktu kerja mungkin ada yang LEBIH dan ada yang KURANG dari 8 jam sehari. Jika waktu-waktu kerja ini di lampaui, maka bayaran upah hendaklah pada kadar yang ditetapkan untuk kerja lebih masa dan bukan pada kadar normal lagi.Di bawah Seksyen 60 A (1) (iii) Akta Kerja 1955, majikan dan pekerja menerusi persetujuan/kontrak kerja boleh memilih agar pekerja berkerja lebih 8 jam sehari tetapi tidak melebihi 9 jam BAGI satu atau lebih hari dalam seminggu.Lihat Jadual di bawah:https://dululainsekaranglain.com/wp-content/uploads/2012/04/WAKTU-WAKTU-KERJA.png
Majikan boleh meminta pekerja berkerja lebih dari 48 jam seminggu dengan syarat apabila waktu-waktu kerja dilangkaui, maka bayaran pada kadar kerja lebih masa mesti diberikan.
penah kerja part time,
masuk kerja pukul 8, tak bagi rehat untuk lunch, suruh kerja sampai 6 petang. gile ko
tapi aku berkeras gak nak 30 minit untuk solat Zohor & Asar
3rd day, aku lari bila suruh kerja alongside liquor
no arak lahh. directly or indirectly TT kena terangkan juga, siapa yang tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 ni. Bukan semua pekerja berada di dlm lingkungan Akta kerja ini... Imagine a location where excitement and expectation converge, providing a diverse range of games ricky casino login that appeal to every individual's desire. This dynamic establishment offers a wide range of entertainment options, from the exhilarating spinning of slot machines to the intellectually stimulating card games, ensuring an abundance of enjoyable experiences and potential financial gains. okkkkk Australia, a country known for its scenic beauty, laid-back lifestyle, and love for sports, has also developed a deep-rooted interest in gambling. Among the various forms of entertainment that Australians enjoy, online casinos and pokies (slot machines) have become incredibly popular. One of the most significant contributors to the Australian online casino scene is crown-pokies com, offered by Crown Resorts, one of Australia's largest and most well-known casino operators.
Pages:
[1]