CARI-MAMS Publish time 18-5-2017 02:45 PM

Berendam Persis Di Spa, Tambahkan 4 Bahan Alami Ini Dalam Tab Mandi



Pastinya selepas seharian bekerja, anda mahu merehatkan tubuh sepuas-puasnya di rumah. Salah satu paling berkesan termasuklah mandian air hangat dalam tab mandi.


Namun, tahukah anda dengan menambahkan bahan semula jadi tertentu, ia menyuntik sensasi yang bukan sahaja menenangkan, malah mencantikkan kulit serta rambut anda.


Memetik laman Boldsky, empat bahan yang anda boleh masukkan ke dalam tab mandi untuk beri manfaat kepada tubuh adalah seperti berikut:


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/18/144403hbl073hbryx1uqqb.jpg



1. Jus anggur


Tambahkan 5- 8 sudu jus anggur ke dalam tab mandi anda. Ia dapat membantu melembutkan dan meremajakan kulit.




2. Madu


Madu mempunyai sifat antivirus dan anti bakteria yang membantu kulit anda bersih, lembut dan gebu. Tambahkan 10 hingga 12 sudu madu ke dalam air mandian anda.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/18/144403imphpmotmf4a7el0.jpgFoto: Carian internet



3. Susu


Susu sinonim dengan perawatan kulit yang efisien. Anda cuma perlu tambahkan 1 cawan susu ke dalam air mandian hangat dan rasakan efeknya selama 15 hingga 20 minit.




4. Teh hijau


Rendamkan bukan sahaja badan anda, sebaliknya rambut dalam air rendaman teh hijau. Ia membuatkan rambut menjadi lebih kuat dan cepat panjang. Kulit juga terasa lebih segar dan juga lembut.


Selain teh hijau, anda juga boleh menggunakan teh lain seperti teh pudina dan teh lemon. - CARI

nisako Publish time 18-5-2017 03:04 PM

tab mandi x ade........................

MissMamamia75 Publish time 18-5-2017 03:11 PM

Xdok tub mandi..baldi xmuat..tongkecik sgt..ada alternatif lain:P

minahsenget Publish time 18-5-2017 03:40 PM

MissMamamia75 replied at 18-5-2017 03:11 PM
Xdok tub mandi..baldi xmuat..tongkecik sgt..ada alternatif lain

tempayan uolls...tapi tak leh baring2 lah yer,berdiri sajork:D

doublethread Publish time 18-5-2017 03:54 PM

Rumah pprt takde bathtub nak oii :'(

dubuk Publish time 18-5-2017 03:59 PM

baik minum semua benda tu.. membazir

Artemesiaa Publish time 18-5-2017 04:05 PM

Kalau ke spa suka rendaman susu sebab lepas tu kulit jadi lembut dan licin.

degurlz Publish time 18-5-2017 04:34 PM

boleh cuba

cik-jaja Publish time 18-5-2017 05:57 PM

kita xd tempat nk berendam.......

febreze Publish time 18-5-2017 08:49 PM

rendam ngan air daun sireh + daun pandan..vajay jay jd wangi hak hak

retnoel Publish time 18-5-2017 11:26 PM

dubuk replied at 18-5-2017 03:59 PM
baik minum semua benda tu.. membazir

Akak setuju dekkk..rugi je mandi..dah la semua sedap gitu.. :lol:

-electrifying- Publish time 19-5-2017 10:26 AM

selesa bdn, terasa segar

Aquarius9283 Publish time 19-5-2017 07:18 PM

Susu.n.madu

Ooosehun Publish time 22-5-2017 01:51 PM

kemain iolsss baca..rmh pprt je nokss..nk berendam dlm besen ker..

kiambang Publish time 22-5-2017 02:54 PM

Tak mampu beli tab mandi..

anastasia7 Publish time 23-5-2017 04:28 PM

rendam kaki je mampu ni, dlm besen.hoho

hidet Publish time 24-5-2017 12:03 AM

retnoel replied at 18-5-2017 11:26 PM
Akak setuju dekkk..rugi je mandi..dah la semua sedap gitu..

Asyik perut je untung.. Kulit nak jugak merasa :P

skinsandstars Publish time 24-5-2017 12:04 PM

bathtub pun takdak, macamana nak buat. huuhuhuhu.

ell2026 Publish time 24-5-2017 02:45 PM

MissMamamia75 replied at 18-5-2017 03:11 PM
Xdok tub mandi..baldi xmuat..tongkecik sgt..ada alternatif lain

kolam mandi budak2...diap bole berendam kat halaman lagi hehehe

fefeeling Publish time 3-6-2017 02:37 PM

Puasa2 boleh dak pegi spa
Pages: [1] 2
View full version: Berendam Persis Di Spa, Tambahkan 4 Bahan Alami Ini Dalam Tab Mandi


ADVERTISEMENT