JeepersCreepers Publish time 17-5-2017 01:18 PM

Puteri Jepun Gadai Status Demi Cinta

Puteri Jepun Gadai Status Demi Cinta

TOKYO: Seorang puteri Jepun sanggup menggadaikan status diraja semata-mata mahu menzahirkan rasa cintanya terhadap seorang pekerja industri pelancongan pantai.
Puteri Mako, cucu perempuan Maharaja Jepun, dilapor akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya, Kei Komura yang mempunyai bakat meluncur air, bermain violin dan memasak.
Lelaki bertuah itu yang memenangi hati Mako, merupakan pelajar Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo, lokas pengajian sama yang dihadiri oleh puteri berusia 25 tahun itu.
Sebaik sahaja Mako menjawab 'saya sudi' pada hari perkahwinannya pada Rabu, beliau akan hilang status sebagai Puteri Jepun walaupun merupakan cucu Maharaja Akihito, sekali gus menjadi rakyat biasa.
Menurut portal Mail Online, pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo kira-kira lima tahun lalu pada sebuah parti untuk berbincang tentang menyambung pengajian di luar negara.
Sejak itu, mereka berdua sering dilihat bersama, sekali gus menguatkan khabar angin bahawa pasangan tersebut sedang dilamun cinta.
Komuro bekerja sebagai 'Putera Laut' untuk mempromosikan kawasan pelancongan di pantai Shonan dekat wilayah Kanagawa.
Difahamkan, hubungan mereka berdua direstui oleh ibu bapa Mako memandangkan perkahwinan tersebut tidak menjejaskan pemerintahan kerabat diraja kerana wanita tidak boleh menaiki takhta.
Berbanding dengan kerabat raja di Britain dan negara Eropah yang lain, keluarga diraja sering mengelak daripada menjadi perhatian umum walaupun ketika mengembara di luar negara atau muncul pada majlis keramaian.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/17/cinta-puteri-mako/#QQQAauVjU0RWfOPb.99

JeepersCreepers Publish time 17-5-2017 01:18 PM

Sekali skala layan kesah royalti asing pulak :lol:

gerbera.memopad Publish time 17-5-2017 01:29 PM

Lelaki tu comel. Princess Mako pun kawaii :$

JeepersCreepers Publish time 17-5-2017 01:30 PM

gerbera.memopad replied at 17-5-2017 01:29 PM
Lelaki tu comel. Princess Mako pun kawaii

Sangattt:)

rosewhite Publish time 17-5-2017 01:35 PM

Anak perempuan maharaja jepun hilang gelaran kan sebab nak kawin dgn rakyat biasa

JeepersCreepers Publish time 17-5-2017 01:38 PM

rosewhite replied at 17-5-2017 01:35 PM
Anak perempuan maharaja jepun hilang gelaran kan sebab nak kawin dgn rakyat biasa

Aah..gitulah:$

nisako Publish time 17-5-2017 01:44 PM

ooo kalau kawin org biasa habis le eh....

Rainrein Publish time 17-5-2017 01:55 PM

Hilang gelaran je kan. Duit still berkepuk. Apa nak heran

chinta89 Publish time 17-5-2017 02:09 PM

semoga berbahagia

mamamia13 Publish time 17-5-2017 02:17 PM

muka klasik jepun. kawai!

swimswim Publish time 17-5-2017 02:47 PM

Still ada hubungan darah lagi..

farahfatihah Publish time 17-5-2017 02:53 PM

y laki tu macam ada iras lee min ho :loveliness:

butet1112 Publish time 17-5-2017 02:59 PM

kalau tak silap makcik puteri tu, adik apaknya pon jadi rakyat biasa kan sbb kawin dgn org biasa.. tapi terpikir jugak, kalau nak kawin sekufu kena kawin kerabat jugak la kan.. ke kena kawin dgn royal negara lain :o

Allthatnana Publish time 17-5-2017 03:01 PM

Wah wah 2 comey lotey

JeepersCreepers Publish time 17-5-2017 03:05 PM

butet1112 replied at 17-5-2017 02:59 PM
kalau tak silap makcik puteri tu, adik apaknya pon jadi rakyat biasa kan sbb kawin dgn org biasa.. t ...

Tak arif la pulak;P klu kawin kerabat dr negara lain tu cane utk negeri Jepun..tp Queen Elizabeth bole je kawin dgn Prince Philip dr negara lain. Sheolls tetap jadi Queen jugak :)

manehnya Publish time 17-5-2017 03:13 PM

ini ke princess makohttp://3.bp.blogspot.com/-UV4tBZpZTK8/VmmcL6B0aOI/AAAAAAAAXiA/BJKgqdUmMEY/s1600/Puteri%2BJepun%2B-mako2.jpg


hilang gelaran x pa
jgn hilang keluarga

Ayda89 Publish time 17-5-2017 03:31 PM

Cinta itu membutakan segalanya kekdahnya :$

butet1112 Publish time 17-5-2017 03:47 PM

JeepersCreepers replied at 17-5-2017 03:05 PM
Tak arif la pulak   klu kawin kerabat dr negara lain tu cane utk negeri Jepun..tp Queen Elizabet ...

khenn tt hehe i just curious je, kalau dgn prince negara lain maybe lagi kukuh kot politik dua negara :loveliness:
royal japanesenih sopan santunnnn je i tengok, mesti dah berprotokol dari kecik kan

groundfloor Publish time 17-5-2017 04:16 PM

Kat Malaysia ok je kahwin rakyat biasa...dulu2 je mcm ada beza. Anak gahara dan bukan anak gahara.

groundfloor Publish time 17-5-2017 04:16 PM

Jepun ni kira terlalu menitik beratkan susur galur keluarga gitu.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Puteri Jepun Gadai Status Demi Cinta


ADVERTISEMENT