melnanzz Publish time 7-5-2017 06:07 PM

Apa Kesudahan Kisah Cinta Fattah dan Neelofa [Vol. 4]

Edited by melnanzz at 9-5-2017 04:12 PM

Bila aku baca balik kisah cinta Fattah dan Neelofa, dah jadi sebijik macam novel dah. Semua elemen ada kat sini: jodoh pertemuan, jatuh cinta, gossip, hasad dengki, orang ketiga, curang, best friend back stabbing, bergaduh, salah faham, merajuk, berpisah, pujuk, rujuk semula, cemburu, plot twist, dan macam-macam lagi. Kesudahan kisah cinta ini pun masih tergantung. Betul-betul putus ke atau ada U-turn?
Melalui forum ni, banyak benda yang kita dapat tahu. Satu-persatu cerita keluar. Betul ke cerita ni? Sebelah sini versi lain, sebelah sana lain pulak. Cerita atas cerita. Orang putih panggil Chinese Whispers. Cerdik pandai panggil Heresay. Adakah ini semua nyata, atau sekadar drama di dalam drama? Jom kita imbas kembali apa yang berlaku:
ACT I: JATUH CINTA
Fattah dan Neelofa actually dah berjumpa quite a few times before. Fattah pernah dijemput ke program Meletop sebanyak tiga kali. Maybe spark dah ada masa tu, maybe just flirting, atau sekadar admire each other sahaja. Tapi yang tentunya, mereka berdua ditemukan di penggambaran Suri Hari Mr Pilot. Bak kata orang, jodoh pertemuan, sebab hero dan heroine asalnya bukan Fattah dan Lofa. Kedua-dua hero dan heroine asal terpaksa tarik diri disebabkan conflicting schedule. Fattah dan Lofa adalah pengganti sebenarnya. Takdir yang menemukan mereka berdua, seperti lirik lagu Ippo Hafiz.
“Our Very First Selfie Together”
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/062032gijjjfz90tjp2z89.jpg
This is where it all started. Pada penghujung bulan Ogos. Fattah upload selfie pertama yang dia ambil bersama Lofa di hari pertama penggambaran SHMP. Bermula dari mata, turun ke hati, seperti dalam lagu JAZ. “On the first week of SHMP, we were together” kata Lofa sendiri.
Chemistry antara Fattah dan Lofa tak boleh disembunyi. Semua orang nampak kemesraan mereka berdua. Aksi disebalik tabir, program-program promosi, Meet & Greet, sampailah gambar-gambar mereka berdua keluar dating bersama tersebar di socmed. Wujudlah frasa baru yang dicipta iaitu “LOFATTAH”, hasil dari nama Lofa dan Fattah yang digabungkan. Dan disebalik nama ini, beribu-ribu peminat menjadi followers mereka berdua. Lofattah bukan hanya satu nama, ianya menjadi satu fenomena.
“Wanita Terakhir”
Cerita WT ni bagi aku memang kisah cinta teragung lah. Lagu ni memang idea dari Fattah sendiri untuk dia hadiahkan pada Lofa. Lagu ni mula2 Aizat tulis tajuknya lain. Fattah request pada Aizat boleh tak tulis satu lagu berkenaan dengan perasaan hati dia pada Lofa sebagai hadiah dia pada Lofa. Masa dia tengah bercuti di London asyik teringat Lofa je. Facetime hari2 masa Lofa kat Mekah. Fattah memang nak hadiahkan Lofa sesuatu, tapi Lofa semua dah ada. Jam mahal, jewelery, handbag, kasut, baju latest semua Lofa ada. Masa kat London, Fattah siap pergi kedai Rolex lagi nak cari hadiah untuk Lofa. Tapi Fattah tak mampu nak belikan semua tu. Apa yang Fattah mampu hanyalah hadiahkan Lofa sebuah lagu, which he did when he release the song and then nyanyi on live television. Tu lah hadiah dia pada Lofa sebab punyalah dia sayang kat Lofa.
Tapi cinta mereka hanya bertahan lima bulan sahaja. Sebab pada penghujung bulan Januari, Lofa dan Fattah bergaduh dan berpisah.
ACT II: KONFLIK & PERGADUHAN
Apa dah jadi ni? Ok kita dengar cerita dari versi karatz Fattah dulu. Don’t worry, lepas ni kita dengar versi karatz Lofa pulak. Dengar both sides baru adil kan.
“Orang Ketiga”
Sebenarnya dalam diam-diam, Lofa sedang juga mengenali hati budi seorang kerabat. Menurut cerita, Lofa dan kerabat ni dah know each other dah lama dah – sebelum SHMP lagi, actually. Tapi kerabat ni tak de lah ambil pot sangat pasal Lofa, sehinggalah pada bulan Disember, kerabat ni dan Lofa dah mula merapatkan diri. Lofa sekarang ada dua jejaka dalam hidupnya – Fattah dan sang kerabat ni. Maka berlaku lah banyak drama pada bulan Disember. Salah satunya gossip kononnya Fattah curang bersama Tania Hudson. Kesian Tania, tak pasal2 dikambing hitamkan. Tania bukan bodoh ok. Next day, Tania terus keluar PC kata gossip tu tidak benar.
Perjumpaan Lofa bersama dengan kerabat ni terus berlaku dalam dua bulan berikutnya. Perincian setiap perjumpaan aku tak payah cerita lah, sebab lari sikit dari tajuk benang ni kan. Nak tahu, pergi lah ke bod kenamaan dan benang berpagar tu.
“Kena Reject”
Fattah dah dapat rasa yang dia tidak lagi diterima oleh keluarga Lofa. Hint yang pertama ialah bila Fattah sendiri upload caption berikut di igs nya sendiri:

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/062022gdtvlsqlyzdb7s20.jpg
Perhubungan Lofa dan kerabat ni sampai lama mana nak sorok. Lama-lama orang tahu juga. Lama-lama sampai ke pengetahuan Fattah juga. Menurut cerita, yang bongkar kan kecurangan Lofa ni pada Fattah ialah rakan baik Fattah sendiri. Bila Fattah dapat tahu yang Lofa curang, hatinya hancur sehancur hancurnya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/143640dymtbbc08u4rgb4y.jpg
Menurut cerita, sehari sebelum M&G Lofattah tu, Fattah finally break down. Dia koyakkan semua gambar2 Lofa, dan dia tak mahu sign any souveniers. Tapi kawan2 dia pujuk dia, dan cakap kat dia peminat dah prepare macam2 untuk M&G. Sebab dia terkenangkan peminat, dia sign jugak sambil menitik air mata. Ada peminat cakap, diaorg masih nampak lagi bekas air mata Fattah kat souveniers tu. Fattah memang kurung dalam bilik dan tak mahu keluar. Ibu Fattah pun tahu anak sulong nya sangat sedih dan menitik air mata sekali. Sebab itu lah Ibu Fattah tak restu Lofa sampai sekarang.
Keesokkan harinya, Fattah langsung tak mahu datang M&G tu. Ibu Fattah sendiri kata jangan pergi. Sekali lagi kawan2 pujuk suruh datang. Do it for the fans. Akhirnya Fattah bersetuju. Fattah beritahu pada Ibu dia pergi hanya untuk peminat sahaja. Fattah terpaksa hadap Lofa hari tu. Bayangkan kena duduk sebelah orang yang baru saja hancurkan hati dia.
Lepas event M&G tu, Lofa terus lagi berjumpa dengan kerabat tadi. Fine dining bagai. Sehinggakan pada hari jadi Lofa sendiri, dia dan kerabat tersebut pergi bercuti bersama di kepulauan Koh Lipe sambil menaiki yacht diraja. Percutian yang kita sudah maklum, sangat kontroversial.
Fattah tahu dia dah tewas. Mana mungkin rakyat biasa bersaing dengan anak raja. Fattah disisih oleh keluarga Lofa. Datin Tini (mama Lofa) tak merestui Fattah sebagai calon menantu, bakal abang ipar Shaarnaz dan kakak sendiri Nabila mencela Fattah di Twitter. Adik sendiri Ameera (Little Miss Khan) menyendakan Fattah di Instagram.
Fattah tahu he is no longer welcomed in the House of Khan. Pada penghujung bulan Februari, Fattah pasrah dan bawa diri.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/062023t0ze4eefj73g780z.jpg
ACT III: SALAH FAHAM & PERCUBAAN UNTUK BERBAIK SEMULA
Ok tu tadi versi karatz Fattah. Sekarang kita dengar versi karatz Lofa pulak. Ya lah, Lofa buat semua benda ni mesti bersebab kan? Adakah Lofa ni sejahat yang kita sangka?
“Restu Mama”
Menurut cerita dari karatz Lofa pula, percintaan antara Lofa dan Fattah ni tak dapat restu dari Datin Tini sejak dari mula lagi. Lofa pernah sebut dalam interview radio yang semua jejaka yang Lofa inginkan kena reject oleh Datin Tini. Lofa juga beritahu pada interview yang sama, kalau mama nya beri restu pada seorang calon, maka Lofa terus sahaja terima.
Sejak dari mula perhubungan mereka, Datin Tini sebenarnya tak merestui Fattah sebagai calon menantu. Oleh sebab itu, Lofa tak berani nak serahkan sepenuh hati dan jiwanya kepada Fattah sebab dia tak mahu hatinya terluka kalau cinta mereka tak direstui. Lofa berhati-hati menjaga dirinya agar tidak jatuh cinta pada Fattah.
Bagaimana pula dengan sang kerabat? Yang ni of course lah Datin Tini bagi restu. Mama mana yang tak nak tengok anak sendiri kahwin dengan anak raja? Lofa turutkan kehendak Datin Tini walaupun hatinya sudah berbunga untuk Fattah.
Setiap kali Lofa keluar bersama sang kerabat, Lofa mesti bawa orang ketiga sebagai teman. Lofa tak pernah keluar berdua dengan sang kerabat seperti dia dan Fattah. Semua pertemuan adalah atas urusan charity, business ataupun perjumpaan sosial sahaja – bukan sepasang kekasih keluar berdating.
“Fattah ni bila dia marah pada Lofa, he will give her the silent treatment. And this is killing her”
Bila Fattah tahu apa yang Lofa buat, Fattah shut her off completely. Fattah tak angkat call, tak jawab message. Lofa dapat cold shoulder dari Fattah. Lofa sendiri cakap, sampai 10 hari Fattah dan Lofa tak bercakap. Fattah close the door to Lofa completely dan Lofa tak de peluang langsung nak explain apa yang berlaku.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/062033h1sr0eeycq0210c2.jpg
Menurut cerita dari pihak Lofa, rakan baik Fattah yang sebenarnya buat fitnah. Dia dah burukkan Lofa pada mata Fattah. Fattah sebenarnya kena backstabbing oleh rakan baiknya sendiri. Lofa tak dapat nak terangkan situasi sebenar pada Fattah. Due to his anger and frustrations, Fattah did not want to listen to her. He did not want to believe her.
Pada hari M&G, Fattah cuba ignore Lofa completely. Air muka Fattah jelas. Lofa hanya mampu melihat Fattah yang duduk disebelahnya sambil menitis air mata.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/062030dwr7yznqwkg2w1g7.jpg
Sejak dari hari itu, Lofa tak putus menangis. Tapi Lofa menangis sendirian. Fattah sudah tidak mahu mendampinginya lagi. Luka dalam hatinya dia sorang saja yang tahu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/062028vyt4y4ni2eitz32t.jpg
“No Spark”
Lofa terus berjumpa dengan sang kerabat atas kehendak Datin Tini. Tapi mereka tak ada spark. Tak ada chemistry. Cinta tak berputik pada hati masing-masing. Sang kerabat seorang yang gentleman. Dia hanya jalankan peranannya as a social obligation. Lofa sudah tak boleh tipu diri dan hati sendiri lagi. Lofa terpaksa juga terima hakikat yang dia sebenarnya telah jatuh cinta pada Fattah Amin.
“Akhirnya Cinta Akan Menang”
Datin Tini tahu yang Lofa adalah sebuah permata di dalam keluarganya. Dengar cerita, hati Datin Tini dah semakin lembut. Suaminya dah lama merestui Fattah. Kenapa tidak Datin Tini? Dengar cerita, Datin Tini sudah pelan-pelan menerima Fattah. Bak kata Lofa sendiri, “Akhirnya cinta akan menang”
Lofa finally got the green light she has been looking for all this while.
But unfortunately for Lofa, it is alrady too late.
Fattah dah heart broken. Fattah dah bawa diri dan move on. Shooting untuk drama terbesar Astro, Hero Seorang Cinderella bersama Fazura akan bermula. Fattah nak concentrate pada career dia. Dia tak mahu fikir pasal Lofa lagi.
Lofa cuba untuk menangi balik cinta hatinya. Nak ubat balik hati Fattah yang terluka tu. Masa wujudlah Suri Hati Mr Pilot Raya. Semasa shooting, Lofa bersemuka semula dengan Fattah. Pada dua hari pertama, Fattah masih mencuka. Tapi masuk hari ketiga, Lofa finally dapat heart-to-heart talk dengan Fattah. Hasil dari heart-to-heart talk ni, Fattah akhirnya maafkan Lofa. Fattah dan Lofa berjumpa sekali lagi di majlis anugerah AME. Fattah dan Lofa berbaik semula. Tapi bagi Fattah, dia dengan Lofa hanya tinggal sebagai kawan sahaja. Tak lebih dari itu.
ACT IV: CEMBURU & PERPISAHAN
“Nura Medina”
Shooting HSC dah bermula. Sepatutnya Lofa lah yang memegang watak Nura Medina, heroine utama HSC. Tapi lepas apa yang telah terjadi, Lofa tarik diri. Kemudian Lofa cuba untuk berubah fikiran, tapi Fattah sudah tak mahu bergandingan dengan Lofa. Lofa terima keputusan Fattah. Tapi Lofa cuba untuk pastikan yang Nura Medina ni dapat pada salah seorang dari kawan yang dia kenali dan percayai. Sebab Lofa tahu hati Fattah masih fragile, dah dia tak mahu heroine baru ambil kesempatan. Lofa nak control heroine HSC, and make sure everything is safe.
Astro umumkan Fazura dipilih untuk watak Nura Media. Fazura adalah seteru Lofa nombor satu. Plan Lofa tak jadi, dan Lofa went into panic mode.
Keserasian antara Fazura dan Fattah di set pada mulanya agak ackward. Tapi Fazura seorang yang professional. Fazura memberitahu Fattah yang mereka perlu spend time “dating” bersama untuk dapatkan chemistry. Sedikit demi sedikit, chemistry antara Fattah dan Fazura semakin menjadi. Lofa dibelengui perasaan cemburu.
Fattah dan Fazura sebenarnya hanya berlakon sahaja. Mereka hanya memainkan watak masing-masing sebagai sepasang kekasih. Tetapi Lofa tak dapat nak sembunyikan perasaan cemburunya. Hidup ni seperti roda. What goes around comes around. Lofa sekarang rasa apa yang Fattah pernah rasa satu ketika dulu.
Menurut cerita, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Lofa dan peminat-peminatnya untuk menggagalkan HSC. Recruit Abu jadi trojan horse, hantar spy ke Perhentian, hacking, cybertroopers, trolling, dan macam macam lagi. Satu persatu cerita keluar. Ni semua dari apa yang kita dapat korek pelan-pelan.
“Episod Sudah Berakhir”
Fattah dapat tahu apa yang Lofa buat. Fattah ada ramai kawan-kawan yang menasihatinya, yang protect dia. Fattah dengar cerita dari setiap sorang. Fattah had enough. Fattah buat keputusan to end all this. End everything.
Fattah menukar format pada malam Gala Wanita Terakhir. Lagu yang sepatutnya menjadi hadiah untuk Lofa, kini ditujukan buat ibunya yang diberikan secara simbolik oleh ayahnya.
Ini diikuti dengan Fattah mengeluarkan statement di Twitter dan Instagram. Statement yang kita semua telah lihat dan baca. Caption yang famous dari Fattah berbunyi:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/143618h8knjkbis1irjpk7.jpg
Dengan statement tersebut, tamatlah sudah kisah cinta Fattah dan Neelofa. Kisah cinta yang tidak kesampaian. Sepasang kekasih yang ditemukan,tapi tidak berjodohan.
Betul ke dah habis? Adakah ACT IV ini satu closure? Betul ke tak ada ACT V?
Fattah dan Neelofa masing-masing dah move on. Fattah denganpenggambaran HSC nya. Neelofa meneruskan shooting NH untuk promosi Hari Raya.
Betul ke dah habis kisah cinta ni? Well, aku tinggalkan korang dengan satu caption dari Instagram Neelofa sendiri:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/06/062026m7vjm5jx3z7jvt3t.jpg


melnanzz Publish time 7-5-2017 06:07 PM

Edited by melnanzz at 8-5-2017 05:17 PM

Nota Kaki

Sebenarnya banyak lagi info yang aku terima yang aku tak masukkan dalam posting kat atas tu. Sebab apa? Sebab aku rasa macam terlampau banyak sangat “nasi tambah”, bak kata Lofa. Versi dari karatz Fattah tu pun macam aku rasa terlebih “nasi tambah” jugak, tapi aku hanya post kalau aku dengar cerita yang sama dari dua sumber yang berbeza.

Kalau korang ikut benang berpagar atau bod kenamaan, korang akan perasan versi karatz Lofa bercanggah sedikit dengan apa yang depa dah reveal kat benang berpagar/bod kenamaan tu. Bila ada dua cerita yang bercanggah, maka sudah tentu satu pihak cerita betul, satu pihak lagi buat cerita. Yang mana satu betul, Allah je lah yang tahu. Coming from me, korang semua mungkin terkejut, but shall we give them the benefit of the doubt?

koda Publish time 7-5-2017 06:08 PM

Check in...

koda Publish time 7-5-2017 06:20 PM

Mel, kisah lobatak ni bleh dinovelkan. Ada part happy, sedih and happy ending to sang hero.

#RIPLOFATTAH

induk Publish time 7-5-2017 06:27 PM

Ingatkan dh xnk bukak benang baru

cmf_elegant Publish time 7-5-2017 06:28 PM

check in jugak..hahahah.. benang berpagar jgn laju sgt yer ...cc kaka maya @kakiseboksebok

JeepersCreepers Publish time 7-5-2017 06:28 PM

koda replied at 7-5-2017 06:20 PM
Mel, kisah lobatak ni bleh dinovelkan. Ada part happy, sedih and happy ending to sang hero.

#RIP ...

Chuolls dah bole tulis novel n diadaptasikan jd drama...confirm meletop top top;P

jesbon Publish time 7-5-2017 06:31 PM

lol.. geli pulak rasa.. macam cite kartun ;P

myariesa Publish time 7-5-2017 06:32 PM

Uih tragis kisah diorg ni..

mice_cheese Publish time 7-5-2017 06:33 PM

Hajah akhirnya kena cari haji..

#riplofattah

appendix Publish time 7-5-2017 06:34 PM

gila la mel super detail ahakss

Loginlogoff Publish time 7-5-2017 06:36 PM

hahahhahaahaha!


AKU MAMPU GELAK JE WEI DENGAR CITE DARI KARAT LOPAK.

NONSENSE SGT CITE NYA! ANGAN2 JE LEBIH KARAT LOPAK!!
KOSSERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
PLEASE STOP ALL THESE NONSENSE LA TT..lps ni dh boleh tutup buku.


lofa is being lofa laa....
family paki is being family paki...

so conclude lah sendirik.



mellure Publish time 7-5-2017 06:37 PM

Sorry la tt. Iols rasa too much expose pasal kisah hajah & patah ni.
Rasanya isu sama je diulang ulang & di twist mengikut selera masing2.
Bila boleh tutup buku sebetul betulnya ni. Ha5.
Hopefully this is last volume. Weols pun should move on jugak dr kisah depa ni...
:mad::mad::P:lol::lol:

illa Publish time 7-5-2017 06:37 PM

#riplofattah;P

Ziemir Publish time 7-5-2017 06:38 PM

Boleh buat novel dah:lol:

cubajaya Publish time 7-5-2017 06:40 PM

Mel:L::L:L rasa nak nangis pun ada masa baca tajuk...sbb mcm ada harapan nak bertaut pulak :L:L:L
No no nahebiarlah dah berakhir RIP terus:L:L:L

Loginlogoff Publish time 7-5-2017 06:41 PM

mellure replied at 7-5-2017 06:37 PM
Sorry la tt. Iols rasa too much expose pasal kisah hajah & patah ni.
Rasanya isu sama je diulang ul ...

so true weh.

tutup jelah tt lps ni.
menyampah dh..
pusing pusing pun bnde sama jgk hencap.


yg pasti aku nak gelak besar part cite dr KARAT LOPAKKKK!
DELUSIONAL MUCH YACH.


lopatah dh EPISOD BERAKHIR

illa Publish time 7-5-2017 06:44 PM

tak rasa terhegeh2 ke pihak lelaki dah bg EPISOD BERAKHIR, yg pompuan masih lg nk berlofattah bgai:lol::lol::lol:

Loginlogoff Publish time 7-5-2017 06:45 PM

mohon MOD katup benang niii...


menyampah!

sambung je kn benang lama tu wei or benang2 lain.
muak!


makin ko bukak bng ni makin ramai lopatah tak move on.

Imasha Publish time 7-5-2017 06:48 PM

Rse cam bc cerpen.. dulu2 dlm mingguan malaysia selalu ada cerpen..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Apa Kesudahan Kisah Cinta Fattah dan Neelofa [Vol. 4]


ADVERTISEMENT