CARI-MAMS Publish time 15-5-2017 11:30 AM

Tomyam Putih Pun Sedap, Campak-campak Pun Jadi!



Bagi penggemar tomyam, tak sah rasanya jika tak menikmati tomyam putih yang rasanya tak kurang hebat dengan tomyam merah.


Sudah pastinya penyediaannya agak berbeza dengan tomyam merah kerana ia tidak menggunakan pes tomyam.


Jom cuba resepi ini, mungkin nampak bahannya agak banyak namun sebenarnya penyediaannya ringkas sahaja.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/15/112554x33dotmra34e7te7.jpgFoto: Cikza.com


Bahan-bahan:


Air secukupnya
1 bj Bawang besar, dipotong baji
5 bj Cili Padi, diketuk
1 inci Halia, diketuk
1 inci Lengkuas, dipotong nipis, diketuk
2 btg Serai, diketuk
2 ulas Bawang putih, diketuk
Beberapa helai Daun limau purut
1 bj limau nipis, diambil jus
Ayam dicincang saiz yang sesuai
1 sb sos ikan
1/2 batang Lobak merah
50 gm Cendawan tiram
1 bj Tomato
100 gm Bunga Kobis
1 btg Saleri
1/2 sb Susu Pekat manis
Garam secukup rasa
opsyenal: hirisan sotong segar





Cara-caranya:


1. Di dalam periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ayam. (dan sotong).


2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.


3. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup rasa.


4. Masukkan susu pekat manis.


5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan bolehlah padam kan api.


6. Siap untuk di hidang. - CARI


Kredit resipi: FB Resepi Nasi Goreng

minahsenget Publish time 15-5-2017 11:44 AM

huntonglah,campak2 pun sedap dimakan,.klu i campak2 je,mmg last campak dlm dustbin ler

ItisDD Publish time 15-5-2017 12:15 PM

Slalu msak tomyam yg warna merah...

Nnti nak cubalah resepi putih ni

myakayina Publish time 15-5-2017 12:21 PM

sedapnya..:drool3:

intriQue Publish time 15-5-2017 12:36 PM

Susu pekat manis? :o

nisako Publish time 15-5-2017 12:51 PM

hmmmm dapnyeeeeeee

nisako Publish time 15-5-2017 12:51 PM

boleh cuba le....

Ipo Publish time 15-5-2017 12:52 PM

My favorite. Prefer tomyam putih dari tomyam merah. Apa lagi tomyam Pok Tek

prettyuglybabe Publish time 15-5-2017 12:57 PM

bila tengok bahan, aisey.. takde susu pekat manis pulak..
hmm.. stick kat tomyam merah je la..

carlalily Publish time 15-5-2017 02:15 PM

pernah tengok kat ig orang rebus tomato tu dulu, sampai lembik and air tomato tu yang buat lagi kick rasa dia

cheergirlz Publish time 15-5-2017 02:25 PM

pnh wat b4 this..x jd..huhuhu..nak try resepi nie plak...

me12345 Publish time 15-5-2017 02:29 PM

Tq. ..mmg cari resepi ni.

Minyakyuyi Publish time 15-5-2017 08:21 PM

Jarang makan tomyam putih...prefer merah lg

lnakass Publish time 15-5-2017 08:45 PM

Sedapnya. Resepi pun mudah. Boleh cuba ni :loveliness:

Leo_Gurlz Publish time 15-5-2017 11:32 PM

Dua2 versi tomyam best. Dahlahhh nak buat senang main campak jee

shahreen Publish time 16-5-2017 04:52 PM

sos ikan brand apa yg biasa digunakan ye

Grengo Publish time 17-5-2017 02:25 AM

resepi dah best. minus susu pekat sebab tak suka manis.

ainashiqa Publish time 17-5-2017 02:18 PM

mmg kena letak susu pekat ke?i kurang sket susu pekat ni

tengah_bosan Publish time 18-5-2017 01:19 PM

haah. kalau version tomyam putih mmg kena masuk susu pekat.
Tapi xde lah banyakkk mana pon.
Setengah sudu je. sekadar memberi lemak manis pada kuah tomyam

zafira Publish time 18-5-2017 03:24 PM

minahsenget replied at 15-5-2017 11:44 AM
huntonglah,campak2 pun sedap dimakan,.klu i campak2 je,mmg last campak dlm dustbin ler

hahaha.... samalah kita.... huhu..
Pages: [1] 2
View full version: Tomyam Putih Pun Sedap, Campak-campak Pun Jadi!


ADVERTISEMENT