Metinpehlivan Publish time 13-5-2017 01:42 AM

Nora akhirnya saman Fasha

Nora Danish telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha hari ini.

Tindakan itu diambil ekoran kenyataan tidak tepat yang ditulis oleh Fasha di Instagram miliknya semalam.

"Kerosakan sudah dibuat dan saya menerima impak teruk terhadap perniagaan dan maruah keluarga saya.

"Jadi saya telah mengupah peguam dan tindakan undang-undang telah diambil atas tuduhan fitnah yang dibuat terhadap saya," katanya.

Nora juga menjelaskan kejadian yang berlaku bukan berunsur sabotaj dan dia tiada masalah untuk berjumpa dengan pihak Fasha.

"Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan dia (Fasha).

"Malah saya juga sangat bersedia untuk naik turun mahkamah jika perkara ini berlarutan," kata Nora ketika sidang media tergempar di Publika sebentar tadi.

Nora turut mengambil tindakan saman terhadap seorang blogger yang didakwa bertindak melampau dengan mengemaskini status berbaur fitnah dan berat sebelah.

"Kenyataan itu bersifat melulu dan memberikan reputasi tidak elok kepada saya, keluarga dan perniagaan saya.

"Mungkin akan ada sidang media seterusnya selepas ini tetapi saya tidak akan memberikan kenyataan lanjut lagi kerana ia membabitkan urusan undang-undang," kata pemilik jenama Owl by ND itu.

Perbalahan di media sosial antara Fasha dan Nora tercetus sejak semalam apabila Fasha mula mengemaskini status berserta foto di Instagramnya.

Dakwa Fasha ada artis yang jenamanya turut terbabit dalam pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 akan menarik diri sekiranya dia hadir ke acara terbabit pada Rabu lalu.

Suami Nora, Nedim bagaimanapun bertindak mempertahankan isterinya dalam kemaskini sekeping foto berserta status.

Teks oleh: Amri Hassan

Peliktapibusuk Publish time 13-5-2017 01:43 AM

Boleh ke saman sb fasha xsebut nama:lol:

lazim Publish time 13-5-2017 01:47 AM

tp klu xsebut nm pon klu hint terlalu mnjurus blh kne jgk kn:lol:
rasanya ni nk bgi fs reti diam je kot. ape igt nowa tkut:lol:

jalfa Publish time 13-5-2017 01:52 AM

Tak sebut nama pon boleh yach....nd kena buktikan yg tuduhan tu merujuk kepada dia....:lol:

aechae Publish time 13-5-2017 01:54 AM

Gaduh bgai nk rak...ingatlah sket anak2 korg tu adik bradik ....

meea_dameea Publish time 13-5-2017 01:57 AM

Fasha xsebut nama pon, tp ndsmpai buat pc deny kn. Sape mkn cili die rsa pedas

wondacat Publish time 13-5-2017 01:59 AM

semalam ade benang pasal no to katup :o

nenekdiva Publish time 13-5-2017 01:59 AM

kenapa baru sekarang? :L:L:L:o

parasitology Publish time 13-5-2017 01:59 AM

sampai beribu2 komen hentam nora kat ig fasha dan dia biarkan maksudnya dia mengiyakanlah n mmg nak tujukan pd nora...boleh pulak kalau tak sebut nama tak boleh saman...iols speku statement fasha lepas ni "tanya sajat..kalau sajat propa ai juga mangsa keadaan"...gituhh :lol: tp still sheols tak boleh terlepas ye sbb sebarkan fitnah menjatuhkan maruah dan menghasut followers hentam org lain..

myariesa Publish time 13-5-2017 02:00 AM

Berlawan la hampa dua smpai abg jamil mampus:lol:

aisyah16 Publish time 13-5-2017 02:02 AM

agak2 sape mng..nora atau fasha....tringat kes lopak dgn zalna..dok saman2.last2 zalna yg minta maaf   n mngaku klah...

budakpink Publish time 13-5-2017 02:02 AM

Fasha u are nothing. Kalau dulu ngn jejai bole la ad la juga nm.aku x rs nora ni baik sgt tapi skurg2 die x buat bnde bodoh mcm fasha. #Teamnoradanish

jalfa Publish time 13-5-2017 02:05 AM

Kalau ikutkan effect kepada nd memang teruk kena bash kat ig...bukan nd je kena...bonet kena..kakak nd kena jugak...siap ade komen komen yg teruk sampai x sanggup nak baca...kalau nd baca memang menagis di bucu katil:lol::lol:

Dah lama tak da cerita retis saman retis ni.....kalo jadik saman bole order popcorn banyak banyak....:lol:

owhgee Publish time 13-5-2017 02:09 AM

Sajat la nih apa ntah dia putar.

enn12 Publish time 13-5-2017 02:10 AM

parasitology replied at 13-5-2017 01:59 AM
sampai beribu2 komen hentam nora kat ig fasha dan dia biarkan maksudnya dia mengiyakanlah n mmg nak...

Tp betoi la..tgok anti sujak n famly kumpul td time pc...depa sokong la kot nora... :lol:

nenekdiva Publish time 13-5-2017 02:11 AM

jejai jugak yang tido lena...tunggu sebulan dua lagi jejai umum bakal berkahwin dengan kak sajat.;P

huehue Publish time 13-5-2017 02:17 AM

I #teamlalangkenatiupangin masuk teampasah sebab ada video sajat cakap nowa tak nak pasah datang ;P

Rayna90 Publish time 13-5-2017 02:18 AM

Saman sebab apa

kikiharris Publish time 13-5-2017 02:21 AM

dua ketul ni hanya akan berenti gaduh bila salah sorang umur tak panjang.
kena pulak set2 peminat yang taksub tak ingat dunia.
memang ngam sangatlah cukup segala rencah:lol:



munahjolie Publish time 13-5-2017 02:23 AM

Peliktapibusuk replied at 13-5-2017 01:43 AM
Boleh ke saman sb fasha xsebut nama

legal innuendo pun boleh kak kalau nak disabitkan under defamation. So lets see how it goes between them.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Nora akhirnya saman Fasha


ADVERTISEMENT