TuntungReturn Publish time 11-5-2017 08:56 PM

Toyota Lancar Model Baru Sabtu Ini?

Edited by spiderman80 at 11-5-2017 10:46 PM

BERITA gembira bagi yang sedang ternanti-nanti kehadiran Toyota CH-R! Buat pertama kalinya model SUV berkenaan bakal membuat penampilan di Malaysia, Sabtu ini.Berdasarkan sumber kami terima, model yang bakal dipertontonkan kepada rakyat Malaysia ialah Toyota CH-R versi 1.2L Turbo.Bagaimanapun pasaran Malaysia mungkin tidak akan melancarkan versi berkenaan sebaliknya memperkenalkan enjin bersesaran 1.8L Hybrid.Toyota CH-R Masuk Malaysia Sabtu Ini?

BERITA gembira bagi yang sedang ternanti-nanti kehadiran Toyota CH-R! Buat pertama kalinya model SUV berkenaan bakal membuat penampilan di Malaysia, Sabtu ini.Berdasarkan sumber kami terima, model yang bakal dipertontonkan kepada rakyat Malaysia ialah Toyota CH-R versi 1.2L Turbo.Bagaimanapun pasaran Malaysia mungkin tidak akan melancarkan versi berkenaan sebaliknya memperkenalkan enjin bersesaran 1.8L Hybrid.BILA NAK DILANCARKANBuat permulaan, UMW Toyota Motor dikhabarkan bakal membawa masuk Toyota CH-R versi diimport sepenuhnya (CBU) sebelum memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Toyota di Bukit Raja, Shah Alam.Begitu juga dari aspek spesifikasi, kami dikhabarkan pihak UMW Toyota masih belum mempunyai kata putus varian apa yang bakal dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.ANGGARAN HARGATambah sumber itu lagi, Toyota CH-R versi CBU dijangka akan lebih mahal berbanding CKD. Anggaran harga bagi versi CBU adalah sekitar RM160,000. Manakala versi CKD pula akan dijual pada harga lebih kompetitif. Kemungkinan sekitar RM125,000.NJIN TURBOSedia maklum, Toyota CH-R yang sudah dilancarkan diperkenal dalam dua pilihan enjin iaitu 1.2L Turbo dan 1.8L Hybrid.Berikut ialah spesifikasi enjin Toyota CH-R bagi pasaran UK;
[*]1.2 Petrol Turbo (115 HP) Multidrive S - kod enjin 8NR-FTS, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api D-4, 185Nm@1,500-4,000rpm, transmisi CVT, 179kmj, 0-100kmj 11.4 saat.
[*]1.8 Petrol Hibrid (122 HP) Automatik - kod enjin 2ZR-FXE, 16 injap DOHC dengan VVT-i, suntikan bahan api EFI, 142Nm@3600rpm, motor depan elektrik jenis sinkroni magnet tetap, jenis bateri logam nikel hidrida, transmisi Automatik Hibrid, 169kmj, 0-100kmj 11 saat.
Jika anda mahu menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang terawal melihat kehadiran Toyota CH-R, jom ramai-ramai ke Pusat Konvensyen Setia Alam, Sabtu ini.https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Toyota-CH-R-Malaysia-2017_PanduLaju-2.jpg
https://pandulaju.com.my/toyota-ch-r-masuk-malaysia-sabtu-ini/
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Toyota-CH-R-Malaysia-2017_PanduLaju-1.jpg

KakiSelpi Publish time 11-5-2017 08:58 PM

kalah lar HR-V....

CiliPadiSedap Publish time 11-5-2017 09:23 PM

harap ada version besar sedikit ala RX lexus.. kereta dah cantik tp kecik sempit..

kalau ada besar sikit, akak xbeli pun just download image:lol:

marla69 Publish time 11-5-2017 09:39 PM

Wow cantik nya, kalu byk duit nak juga satu

aHoi83 Publish time 11-5-2017 10:04 PM

Sexy sgt :$

swimswim Publish time 11-5-2017 10:14 PM

cantik jugak. ranggi

saviour_09 Publish time 12-5-2017 02:39 PM

naiiisss! {:thumbo

vanillaninja Publish time 12-5-2017 02:45 PM

Jauh lagi cantik dari HR-V.

Fienomenology Publish time 19-5-2017 10:44 AM

maybe hujung tahun baru launch.dpt info dari dealer toyota.
Pages: [1]
View full version: Toyota Lancar Model Baru Sabtu Ini?


ADVERTISEMENT