isabel Publish time 9-5-2017 01:58 PM

KONSERT KOREA PERCUMA I-SEOUL-U DI MALAYSIA

Edited by isabel at 9-5-2017 01:42 PM

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/album/201705/09/133157i3z6euub0nsutdsd.jpg

Kuala Lumpur,9 Mei 2017 - peminat Korea di Malaysia, sila bersedia kerena bebarapa artis Korea kesayangan anda akan bakal mengunjungi Malaysia untuk concert \"I-SEOUL-U\" yang akan diadakan di Pusat Konvensyen KLCC pada 23 Mei 2017, dengan barisan artis Yesung dari band popular seluruh dunia iaitu SuperJunior yang baru saja melancarkan album solo keduanya \'Spring Falling\', diikuti oleh band wanita yang semakin hangat sekarang ini iaitu Red Velvet akan kembali lagi ke Malaysia selepas kunjunga mereka pada akhir bulan lepas sempena pelancaran mini album \"ROOKIE\" dan terakhir band NCT 127, sub-unit kumpulan idol Korea NCT (Neo Culture Technology). Manakala penyanyi rap Malaysia iaitu Altimet dan band De\'Fam akan berkongsi pentas bersama dengan artist Korea.
Kementerian Perlancongan Korea yang berpusat di Kuala Lumpur adalah penaja utama untuk konsert yang akan bakal berjalan sepanjang dua jam sempena mempromosikan bandar Seoul sebagai destinasi pelancongan utama. Dimasa yang sama bertempat di Pavillion Kuala Lumpur akan diadakan promosi pelbagai perkara berkenaan dengan Korea seperti halal makanan Korea, \'ski-jump\' dalam pengalaman realiti maya, persembahan tarian K-pop dan banyak lagi.
Dan khabar gembira untuk peminat adalah konsert ini adalah percuma, namum walaubagaimana pun untuk mendapatkan tiket percuma ini, peminat perlu menebus tiket untuk I · SEOUL · U Konsert yang akan bermula pada 11 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan tiket, sila layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 92228811.

Manakala ASTRO sebagai rakan media rasmi untuk konsert I-SEOUL-U ini, pelanggan Astro boleh menebus pas ke konsert melalui www.astrocircle.astro.com.my.
Artikel oleh : isabelKenyataan akhbar disediakan oleh : ASTRO


Source: KONSERT KOREA PERCUMA I-SEOUL-UDIMALAYSIA
Pages: [1]
View full version: KONSERT KOREA PERCUMA I-SEOUL-U DI MALAYSIA


ADVERTISEMENT