CARI_Kolumnis Publish time 4-5-2017 06:01 PM

Duhai Isteri, Adakah Anda Sering Abaikan Kehendak, Teguran Si Suami?



Assalamualaikum netizen,


Masih ingat tentang artikel sebelum ini tentang tip pertama mengelakkan suami anda mencari sumber lain? Ramai yang bersetuju dan ramai juga yang menentang. Hasil pemerhatian saya, ada yang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai tips pertama (1) Pengurusan Syak Wasangka.


Sehubungan itu, sebelum saya menyambung tips kedua bagi mengelakkan suami mencari sumber luar, sedikit perkongsian mengenai pengalaman seorang warga emas yang sudi berkongsi kisah hidupnya dalam berumahtangga.


Baca juga: Asyik Prasangka Saja, Bagaimana Suami Tak Cari Perempuan Lain?


Perkongsian ini berlangsung semasa sesi ceramah saya di Labuan. Saya memanggil beliau sebagai aunty. 50 tahun lamanya kisah percintaan aunty dan suami beliau. Namun, berlaku satu peristiwa yang begitu memberi impak besar buat diri beliau.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/04/175728qdge6ly9gpsyleh6.jpg



Pada suatu hari, suami beliau menyatakan untuk mencari pekerjaan di Semenanjung. Jadi, Aunty dan anak-anak beliau bersama-sama menghantar suami beliau di lapangan terbang Labuan untuk berlepas ke Semenanjung.

Lambaian dan kata cinta antara mereka rupanya adalah yang terakhir kerana selama 8 tahun kemudian, tiada satu khabar berita yang diterima beliau daripada suami. Hilang tanpa diduga. Sepanjang 8 tahun kehilangan suaminya, Aunty tabah meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak.

Sehinggalah 8 tahun kemudian, Aunty menerima panggilan telefon. Seakan telah lama merindui suara ini, jelas sekali ianya milik suami beliau. Katanya;

“Tolong jemput saya di airport, saya sakit”.

Aunty bersama anak-anak bergegas ke lapangan terbang dan memimpin suaminya yang telah hilang selama 8 tahun itu dengan penuh rasa kasih dan sayang sebagai seorang isteri.
Saya agak terkejut mendengarnya ketika itu lantas bertanya;

“Aunty tak tanya mana suami Aunty menghilang dan apa yang berlaku?”

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/04/175728i9afydardiyq7r6a.jpg



Jawapan Aunty ini benar-benar memberi tamparan hebat buat diri saya dan barangkali buat semua wanita yang bernama isteri. Kata Aunty;

“Saya masih isteri dia yang sah, dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga dia sehingga sihat dan saya tidak mahu membebankan dia dengan soalan-soalan yang boleh memberi kesan kepada kesihatannya. Alhamdulillah, suami kembali sihat namun, 3 bulan kemudiannya, suami mengadap Illahi. Saya puas dapat berbakti kepada suami sebelum beliau pergi meninggalkan saya dan keluarga.”

Lantas terpacul ikhlas daripada mulut saya ;
“Inilah isteri syurga..”


Kita semua boleh mengambil ikhtibar daripada kisah Aunty ini, tiada yang salah untuk si isteri menguruskan syak wasangka mereka kerana keindahan nikmatnya akan hadir hasil daripada kesabaran dan kepercayaan yang didambakan seorang isteri terhadap suaminya. InsyaAllah.


Baiklah, jom kita teruskan dengan tips yang kedua;

(2) MEMAHAMI KEHENDAK PASANGAN


Bukanlah untuk menyatakan bahawa anda perlu menuruti segala kehendak pasangan anda. Gunakan akal fikiran untuk menilai segala bentuk kemahuan si dia. Maksud saya di sini adalah berkaitan dengan teguran pasangan anda.


Contohnya mengenai cara anda berpakaian. Barangkali anda seorang yang gemar berpakaian yang agak terbuka namun ia tidak disukai kekasih atau suami anda. Telah pun beberapa kali pasangan anda menegur cara anda berpakaian. Usah menafikan tegurannya kerana jika setelah berpuluh kali dan bermacam cara anda ditegur namun tiada hasilnya, ada kemungkinan kasih dan sayang yang didamba selama ini akan pudar sedikit demi sedikit dan perasaan kecewa mulai tumbuh mekar.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/04/175728t6bzil3club3uzbi.jpgFoto: Carian internet


Kesan & Akibat :
Layanannya pasti berubah.


Sekiranya pasangan anda itu bertemu dengan wanita lain yang memahami kehendaknya saat itulah anda akan menyesal.


Wahai golongan isteri, teguran suami dan kehendak suami terhadap anda terutama apabila ia melibatkan tuntutan syarak, wajib dipenuhi. Perlu diingat suami bertanggungjawab untuk menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dari segala macam perbuatan dosa, maksiat ataupun syirik.

Seharusnya kita ….
Fahami dan ikutilah kehendak suami selagi mana ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Sebaliknya, jauhi kehendak yang suami yang jelas sekali mendapat kemurkaan Allah S.W.T. Jika anda terlalu pemurah menuruti segala macam bentuk kehendaknya, lain pula akibatnya. Gunakan akal fikiran untuk membezakan baik buruk sesuatu keadaan itu.


Ikuti sambungan tips mengelakkan suami mencari lain pada segmen akan datang.

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----

ellejo Publish time 4-5-2017 08:35 PM

aku tak boleh
laki aku takde tiga hari pun aku tanya kemana

dia ada tanggungjawab ke atas aku dan dia dah berjanji mengambil alih tugas itu dr bapaku.

mana boleh break the vow :lol:

notsospecial007 Publish time 4-5-2017 08:54 PM

I xcukup kuat utk jadi seperti aunty tuu..

krustykrab Publish time 4-5-2017 09:35 PM

ellejo replied at 4-5-2017 08:35 PM
aku tak boleh
laki aku takde tiga hari pun aku tanya kemana



Betul tu...kalau aku mesti jgk nk tau mana dia pi selama 8 taun tu...ni citer kak hasanah ni boleh lah acah2 mithali.. :$

lesprincesse Publish time 4-5-2017 09:39 PM

Ni lah article yg ai takleh nak hadam.
Teranglagi bersuluh suami tu tak jalan tanggung jawab. No news. Means what, tak bagi nafkah, tak jaga kebajikan isteri dan anak?
And still u expect to be treated like a king?
Please grow up.

Allthatnana Publish time 4-5-2017 09:45 PM

8 thn hilang..alahai sedihnya kne buat mcm tu..:rf:

zztop63 Publish time 4-5-2017 09:57 PM

ellejo replied at 4-5-2017 08:35 PM
aku tak boleh
laki aku takde tiga hari pun aku tanya kemana



tak pe la..u ada anak..bole temankan u bila suami tak de..:)

Deidra Publish time 4-5-2017 10:18 PM

Alangkan tak beri nafkah selama 4 bulan berturut for whatever reason sekalipun dah beri hak pada isteri utk failkan fasakh,inikan pula 8 tahun! Pls lah

becir Publish time 4-5-2017 10:24 PM

Dafuq did I just read.

moonbug Publish time 4-5-2017 10:26 PM

Artikel tak realistic :lol:

WhiskeyScotch Publish time 4-5-2017 11:20 PM

Patutlah yang kongsi kisah ni pun kolumnis lelaki. :lol:

nia999 Publish time 5-5-2017 12:42 AM

Wow 8 thn bkn 8 bln., x semua org boleh setabah tu..

shernazz Publish time 5-5-2017 03:04 AM

aku agak abang airol neh baru bangun tido la
ni mimpi dia ni

cikkittydiva Publish time 5-5-2017 08:16 AM

dah sakit baru nak cari keluarga....

cikkittydiva Publish time 5-5-2017 08:20 AM

syak wasangka ke apa ni jadiknya bila ko dah buat pasangan ko hilang kepercayaan kat ko.. kalau ko x sorok apa2 pasangan tu xdenyelah nk pasang prasangka ke syak wasangka ke... gitu.. kalo dah menipu sape nak caya lagi... konsepnye gitu... huhuhu....

intriQue Publish time 5-5-2017 09:09 AM

Ni kisah fiksyen ke?

spankee_fili Publish time 5-5-2017 09:13 AM

apa yang bagusnya biar suami tu hilang 8 tahun tanpa jalankan tanggungjawab?
lepas mati laki tu kena menjawab kenapa dia abaikan tanggungjawab..
selfish la aunty ni, sebab nak jaga syurga sendiri, dia biar je laki dia buat salah tanpa usaha untuk tegur..
kenapa? teguran dari isteri ni takde value added kah?

ada dengar ceramah ustaz mana tah "kalau sayang suami, tegur kalau dia buat salah..jangan sebab sayang, biar dia abaikan tanggungjawab"

dalam kes ni..patut aunty tu usaha untuk cari laki dia..tu baru betul sayang laki..

armin Publish time 5-5-2017 03:33 PM

Bukan kalau lebih 3 bulan tak bagi nafkah boleh jatuh takliq ke? Sbb masa akad kan ada lafaz takliq kalau tak tunai nafkah kt isteri kira jatuh cerai. Bodoh punya auntie 8 tahun tunggu.. lakinya lg bangang buat bini mcm kayu. Dah sakit baru nk cari balik

yussya Publish time 5-5-2017 04:22 PM

ingtkan dlm cerita biar aku jd penunggu tu je..si iffat bangang tu leh tggu laki dia 4 tahun..rupanya ada lg bengong tggu sampai 8 tahun..susah nak diterima logik akal..and mcm kata forumer lain lepas 3 bulanditinggalkan tanpa sebarang nafkah dah jatuh taklik..nak percaya ke tak ni..

Miawlover Publish time 6-5-2017 01:12 AM

Tak boleh nak hadam..terang2 si isteri tu dah dianiayai oleh suami. :L
Pages: [1] 2
View full version: Duhai Isteri, Adakah Anda Sering Abaikan Kehendak, Teguran Si Suami?


ADVERTISEMENT