toyokimura Publish time 28-4-2017 03:50 PM

Curang atau tak?keliru..

Salam semua..saya tahu thread pasal suami curang dah banyak tapi tak ada tempat nak mengadu dan tanya..

Saya dan suami PJJ. Bukan tak mahu duduk sekali bersama tetapi suami bekerja mengikut projek, selalu berpindah randah. Jadi untuk mengikut suami ke sana kemari agak payah sedangkan saya sudah mempunyai kerja di KL yang tetap dan komitmen. Sejak sebulan saya ada perasan yang suami asyik berwhatssapp dan menyembunyikan hp.

Saya ada curi-curi melihat hp suami dan ternyata dia ada bermesej dengan kawan sekerja yang masih bujang. Isi kandungan mesej pun saya hanya dapat lihat setelah membuat whatssapp web di dalam hp saya (kredit to forum cari) kerana suami akan mendelete semua mesej tersebut. Mesej berkenaan tiada bersayang-sayang tapi suami mengambil berat mengalahkan saya sebagai isteri. Mesej dari pagi sampai ke malam.

Suami ada mengajak keluar tetapi perempuan tersebut menolak.dari mesej ternyata mereka ada sarapan bersama..suami juga ada mesej seakan jeles melihat perempuan berkenaan dengan lelaki lain. Sakit sangat hati kita bermatian di sini menjaga anak tetapi dia akan mesej walaupun keika balik ke rumah pada hujung minggu. Pernah bertanya pada suami mesej bersama siapa tetapi dia cakap kerja dengan nada yang marah.

Nafkah tiada masalah. Pernah bertanya juga berkenaan skandal.Dia ada cakap buat apa ada skandal dan kahwin lain kerana banyak tanggungjawab dan menyusahkan.. Jadi agak buntu sebenarnya.mungkinkah dia bosan di sana? Saya ada number perempuan berkenaan. Adakah patut saya bertanya kepada dia?

Thanks


harrypoter Publish time 28-4-2017 03:56 PM

tinggalkan aje lelaki begitu kak, saya sedia menjadi pengganti :loveliness:

munahtingtong Publish time 28-4-2017 04:05 PM

haist byk betul case2 curang ni la
saya rasa ni baru nak bermula, bibit percintaan
sbb biasanya di awal perhubungan kalau suka, maka timbul lah cemburu

as usual, kalau Tanya jadi defensive

kalau nak tangkap suami nya, are you prepared for the next move?
wat do you want? to stay or to separate?

walau apa pun Nampak masih di alam permulaan
jadi masih bole diselamat kan

Penglipurtales Publish time 28-4-2017 04:06 PM

Akak kena jaga diri akak bg nampak lawa. Selalu make up, bia laki lain pandang, bia suami jeles. Suami akak boleh buat kenapa tidak akak. Dia igt dia siapa. Jaga badan bg nampak mantap kak. Jgn sedih2, selalu selfie n update diri kat facebook dgn anak2. Bia dia tau langit tu tggi rendah. Advise dari seorg lelaki

toyokimura Publish time 28-4-2017 04:38 PM

Nak stay semestinya. saya datang dari keluarga yang bercerai. Masa parent bercerai saya dah berkahwin dengan suami. masa tu sangat down. jadi tak sangka jadi kat diri sendiri.

Apa next move yang boleh saya buat?

positivee Publish time 28-4-2017 04:55 PM

Stop it before melarat! I've been in that situation before, dgn laki saya saya confront, dengan perempuan gatai melayan tu pun saya sekolahkan. Jgn biar lama-lama. Settlekan segera. Yg perempuan tu dah bertunang or ada boyfriend ke? Siasat betul2. Bukti simpan untuk kita defend ourself later.

Saya xfaham kenapa wujudnya perempuan2 garik sebegini yang suka melayan, walaupun dah tau status lelaki tu. Tak kesian n takut ke kalau jadi benda sama kat depa? Contact perempuan tu kalau boleh jumpa n discuss. Jangan bambu dia dulu thru phone kalau tak nnt dia takut nk jumpa kita (lesson learnt from my case).

prettyuglybabe Publish time 28-4-2017 04:55 PM

nak tanya pompuan tu ke nak serang?
dah terang lagi bersuluh laki awak dah ada cinta baru..
lagi mau stay? sebab mak ayah bercerai awak nak stay juga walau makan hati?
good luck je la.. selamat makan hati..

princessjay Publish time 28-4-2017 05:10 PM

hm siannye.. ape lg lh yg dicari dalam perkahwinan... mengapa sukar untuk setia

tt, sila fikir masak-masak and confront your husband,talk heart to heart, cube discuss secara rasional & prepare yourself for whatever consequences..

myakayina Publish time 28-4-2017 05:23 PM

hmm..rasanya masih baru dan belum terlambat TT nak tanya kat husband.. sbb klu dah lama nti masalah jgk la.. tapi kena bersedialah dgn kemungkinan yg berlaku lepas tu.. harapnya masih boleh diselamatkan lah.. buat masa ni monitor je dulu wassap beliau..

toyokimura Publish time 28-4-2017 05:35 PM

positivee replied at 28-4-2017 04:55 PM
Stop it before melarat! I've been in that situation before, dgn laki saya saya confront, dengan pere ...

Lps confront dgn perempuan tu ap jadi? Suami tahu x?nak confront jauh btl girl tu. Mmg menetap di area tempat kerja suami. Ada kemungkinan tak dia beritahu suami kalau saya confront?nak cakap apa? Sory serabut fikir. Sbb problem ni saya sakit seminggu ni.

toyokimura Publish time 28-4-2017 05:35 PM

myakayina replied at 28-4-2017 05:23 PM
hmm..rasanya masih baru dan belum terlambat TT nak tanya kat husband.. sbb klu dah lama nti masalah...

Mmg tengah monitor. Harap tak kantoi saya monitor:L

toyokimura Publish time 28-4-2017 05:39 PM

princessjay replied at 28-4-2017 05:10 PM
hm siannye.. ape lg lh yg dicari dalam perkahwinan... mengapa sukar untuk setia

tt, sila fikir ma ...

Sakit hati sbb kita berhempas pulas dgn ank2kt sini tp dia mesej girl lain. Tiap ms tanya girl tu dh mkn belum,jg diri tapi isteri yg jauh ni lgsg tak di tanya

fuzzyfuzzy Publish time 28-4-2017 05:41 PM

selalunya kalau kita ckp tanpa bukti, nnti laki akan jd defensive pstu mula la ckp kata
kita ni isteri yg suka syak wasangka..

so sebaiknya ko screenshot perbualan wassap dia tu, ko tunjuk dekat dia..biar dia tau yg dia dh kantoi..
kurang2 dia tak kan jadi defensive n tak bole deny sbb ada bukti..
so ko bg kata putus dekat dia..
pilih ko atau skandal tu???
kalo dia syg ko, dan dia pilih ko...soh dia stop all those nonsense things..
dan kalo dia pilih skandal tu...ko kena terima n bersedia la dgn segala kemungkinan..

dan sampai bila ko nak diam n makan hati sorg2???
come on la...hidup ni terlalu singkat utk di bazirkan dengan benda2 mcm ni..
dia buat perangai, bg dia kata dua...jgn nak jd lembut sgt bole??
pendek kata...jgn asalkan berlaki...
laki perangai mcm hawau pon tadah je...sbb apa??
sbb asalkan berlaki!!

mbhcsf Publish time 28-4-2017 05:48 PM

Edited by mbhcsf at 28-4-2017 08:09 PM

Assalamualaikum,

Tabbayyun dulu Puan....

siasatdulu

a) apa hubungan suami - that woman - adakah satu hubungan pejabat colleague tapi - setakat mana batas yg dilanggari

b) nak berkomunikasi boleh cuma - jaga emosi, jaga mind andbe objectivedan jujur at the sam etime

boleh aje cumany apada saya komunikasi - kalau kita approach elok elok walaupun si dia m tu menganggu rumah tangga - dia tak akan adahal untuk takut dan menceritakan semua hopefully dan u boleh gunakan ini untuk berkomunikasi dengan suami

- sebab suami ni as ahli forum lain dah kata - warga Adam ni atau secara general lah yepasangan yg curang ni emosi ke ape ke - depa takut akan satu sifat yg dinamakan : kebenaran dan kejujuran - they scared so much - apatah lagi kalau prinsip tu dilanggari
so depa akan defensive - so

the key is to let them know that you dont mean harm just talk things thru.

show that you a lady yg kuat tabah sabardan bolehsebenarnya dia terus terang bukan dihina intelligent dengan tak menyatakan kebenaran- semua lady tak leh terimaitu dan itulah punca hancur lebur musnah kepercayaan , nak bina balik cukup cukup amatpayah , so kita taknak tahap ini - cuma perbuatan sahaja yg akan membuktikannya...so yes kalau begitu justbe calm - doa bebanyakkat Allah agar you dikurniakan hikmah, kesabaran dan kekuatan, ilham untuk menyelesaikan masalah
buat solat extra sikit ...


i salute you Puan


see? selalaunya wanita yg kebanyakan mendepani sakit emosi dalam curang emosi ni...

fuzzyfuzzy Publish time 28-4-2017 05:48 PM

neway utk soalan ko dia curang atau tak tu..
dah sampai berwassap caring telebih dgn betina lain n siap jeles betina tu dgn jantan lain..
yes tu maknanya laki ko curang la...
cuma betina tu la kot kurang layan..
kalo betina tu layan...ntah2 dah berzina agaknya sbb korang pon kan PJJ...

nak tunggu sampai diorang kena tangkap basah org pompuan tu pregnant ke baru ko nak classified sebagai curang???

n please jgn call pompuan tu...
nnti kalo dia cakap laki ko yg terhegeh2 kang...lagi malu..
org yg patut ko confront ialah laki ko tu...
dia yg miang sgt n dia yg gigih sgt kan..
so ko serang je laki ko!!
serang with bukti screenshot...

mbhcsf Publish time 28-4-2017 05:53 PM

princessjay replied at 28-4-2017 05:10 PM
hm siannye.. ape lg lh yg dicari dalam perkahwinan... mengapa sukar untuk setia

tt, sila fikir ma ...

i pun anggap begitu - sebab tujuan kita untuk solve the issue secara rasional , effective dan matang. kalau boleh selamatkan marriage tu peluangkedua, after this - TT boleh bebas nak decide.

sebab pada i , si hubby and that lady- it takes two to salsa.

penmerah Publish time 28-4-2017 06:21 PM

Sebab kau kata nafkah Dan tanggungjawab Laki tak abaikan, makanya aku nk sarankan agar kau berusaha selamatkan rumah tangga dulu
First, sila ubah penampilan kau menjadik lebih cantik, menarik, seksi di Mata Laki
Then, masa dia balik, sila beri layanan 1st class, masak... Bermanja begesel 24 jam.... Jgn tunggal dia sorang2
Walau dia bizi berphone or tolak... Jgn putus asa utk tetap Bergers. Sila bawak anak sekali semasa bergesel

Ckp terus- terangvdgn tok hubby yg kau ADA rasa something not rite, Dan minta tok hubby jgn sesiakan hidup kau Dan anak. Lastly, jgn penat solat hajat Dan berdoa pd yg Esa utk Bantu urusan Rumah tangga kau. Good luck dik

afja Publish time 28-4-2017 11:17 PM

Noted. Byk input leh cedok nih.
Kita mana lah tahu dgn masa hadapan :lol::lol:

mommymonster82 Publish time 29-4-2017 12:05 AM

Org kata bersiap lawa2 pasang badan supaya lelaki tak pandang yg lain..

Dari pengalaman orang sekeliling semua itu bukan jaminan... bini skit punya cun melecun lawa..dia tetapla cari yg lain.. ada sorg kenalan tu siap skandal lakinya tu gemuk n nampak tua sgt.. tak bergaya pulak tu... kenalan ni kecik2 comel macam sheila majid..


Me bagtahu siap2 supaya xkecewa kemudian hari.. Elokla bercantik2 untuk suami..dapat pahala..tapi jangan harapkan dia tak curang... takut kecewa..

mommymonster82 Publish time 29-4-2017 12:07 AM

Hati suami u dah terbekenan dengan yang lain..

Kalau u nak terus terang tanya suami pon boleh.. jangan cakap dgn perempuan tu.. cakap dgn suami... apa2 pon cakap dengan suami.. suami tu yg something wrong...
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Curang atau tak?keliru..


ADVERTISEMENT