CARI-MAL Publish time 28-4-2017 03:36 PM

Terbabit Seludup Dadah, Bekas Ahli Kumpulan Idola KPop Ditahan

Jika sebelum ini artis tanah air, Benjy ditahan di Sumatera Utara kerana menyeludup dadah, baru-baru ini artis dari Korea juga ditahan kerana terbabit menyeludup dadah masuk ke negara itu.


Gara-gara itu, kontrak Steelo dari kumpulan Underdog dengan syarikat 2Able Company dibatalkan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201704/28/153352tz99pg55n3zp5gap.jpgFoto: AllKpop




Sementara itu, portal AllKpop melaporkan, dalam temu bual bersama Sports Donga, wakil 2Able Company berkata "disebabkan tindakan Steelo itu, kami terpaksa membatalkan kontrak awal dengan kumpulan berkenaan.

"Kesemua bekas anggota Underdog sudahpun membawa haluan masing-masing, jadi kami tidak tahu perkembangan mereka buat masa ini.

"Apa yang kami tahu, sebelum ini Steelo pernah dimasukkan ke hospital selama sebulan kerana tidak sihat dan kami tak pernah mendengar khabar daripadanya sehingga kini," katanya.


Pasukan penyiasat Seoul menyerbu beberapa kelab, bar serta beberapa perniagaan di daerah Gangnam selepas menerima laporan berhubung penyeludupan narkotik melalui kiriman surat antarabangsa dan bagasi yang dihantar ke Korea.


19 daripada 101 berjaya diberkas pada 26 April lalu. Selain Steelo, seorang pemain besbol profesional yang terkenal turut ditangkap dalam serbuan itu.


Jurucakap polis melaporkan bintang Kpop terbabit mendakwa dia diminta seseorang untuk melakukannya. Tapi nak buat macam mana, nasi dah menjadi bubur. Kita tengok sajalah apa nasibnya. - CARI

cheergirlz Publish time 28-4-2017 03:39 PM

duit byk x ckup lg ker smpai nk sludup dadah bagai...ermmm..ape nk jd..

RatuDunia94 Publish time 28-4-2017 05:11 PM

Whoayuss??


bellxx Publish time 5-5-2017 09:39 PM

omggggx kenal langsungbh

merahrose Publish time 7-5-2017 02:06 PM

who are you...
Pages: [1]
View full version: Terbabit Seludup Dadah, Bekas Ahli Kumpulan Idola KPop Ditahan


ADVERTISEMENT