CARI-MAMS Publish time 19-4-2017 05:11 PM

Sup 'Antibiotik' Untuk Anak Yang Sering Demam, Selesema


"Kawan nurse yang kasi resipi ini. Alhamdulillah, sejak amalkan sup ini, anak yang selalu kena demam, batuk dan selesema dah kurang."


Itulah yang ditulis oleh seorang ibu ini melalui laman Facebook. Justeru ramai yang mula tertarik untuk mencuba resipi khas untuk anak-anak ini.


Katanya, ia resipi 'antibiotik' kerana mampu membantu meningkatkan kesihatan dan sistem pertahanan anak-anak. Biasakan, ketika anak-anak tak sihat, kita memberikan mereka sup atau bubur.


Tak salah rasanya mencuba resipi ini, jika ia bertujuan untuk kebaikan anak-anak. Bahan yang digunakan juga semuanya berkhasiat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201704/19/171304p9y3fsfe3fsvsy79.jpg





Bahan-bahan:


5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih | dihiris halus
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang lobak merah | dipotong bulat
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201704/19/171032unjtnbsm9x9pfwwm.jpgFoto: Rasa


Cara memasak:


1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan semua rempah.
Apabila sudah naik bau, masukkan semua bahan lain dan biarkan mendidih.


*Untuk sumber karbohidrat, anda boleh masukkan mihun atau makaroni.


*Ikan bilis boleh digantikan dengan ayam.


*Sebaiknya, tumis bahan dengan minyak zaitun.


*Masukkan sedikit daun sup untuk sup lebih harum. - CARI




Sumber: Facebook Hanif/ Majalah Rasa

intan_smsb Publish time 19-4-2017 05:17 PM

wah boleh cuba ni, mcm anak2 iols da makin besar da jarang demam
alhamdullilah

seramado Publish time 19-4-2017 07:45 PM

Blh lh try nnt

Levespa Publish time 19-4-2017 08:32 PM

good sharing.. biasa chinese pakar bab sup2 ni

prettyuglybabe Publish time 19-4-2017 09:37 PM

carrot tu boleh tukar dgn benda lain tak? :mad:

BebeQ Publish time 20-4-2017 09:33 AM

ni sama je resipi buat sup cuma dia tak letak halia. rasanya letak halia lagi bagus.

BebeQ Publish time 20-4-2017 09:34 AM

prettyuglybabe replied at 19-4-2017 09:37 PM
carrot tu boleh tukar dgn benda lain tak?

tukar je la u, benda berkhasiat juga. tukar kentang tapi pastikan bukan kentang made in china la.

Madel Publish time 20-4-2017 12:22 PM

Resepi sup mak aku lgi senang..kalau hari hujan kompom ibu aku masak..lgi senang dari resepi ni..

Ayam
Lada sulah (tumbuk kasar2)
Kentang potong 4
Bawang besar poland potong 2..semua2 sekali tu rebus je smpai kentang/ayam empuk..letak garam.siap..kalau nak lgi pedas letak lada sulah lebih sikit..lepas minum sup ni keleubung 1 badan dlm selimut smpai berpeluh:lol::lol:..demam pun tak jadi nak singgah;P

cheergirlz Publish time 20-4-2017 11:31 PM

ok..bole cuba nie..

aunisofia Publish time 21-4-2017 11:24 AM

thnx sharing....balik umah nak cuba utk anak2

MyNameIsIris Publish time 5-5-2017 01:09 PM

buat sup tulang atau kaki ayam pun bagus untuk imun. kena rebus dalam slow cooker lama sikit..

lexania Publish time 5-5-2017 07:15 PM

Nice info. Taklah bosan kan budak2 waktu demam mkn resipi yg sama. :)

kernasayang Publish time 7-5-2017 05:47 PM

Good info. Boleh try nanti

fizarahman Publish time 11-5-2017 09:45 PM

Resepi ni untuk range umur berape ye?

lililen Publish time 20-5-2017 12:01 PM

Good info. Boleh cuba nnt

Mbak_oya Publish time 21-5-2017 06:59 PM

Good info.
Pages: [1]
View full version: Sup 'Antibiotik' Untuk Anak Yang Sering Demam, Selesema


ADVERTISEMENT