melnanzz Publish time 14-4-2017 04:19 AM

M4TI [Citra Exclusive: Hisyam Hamid, Mawar Rashid]

Edited by melnanzz at 14-4-2017 04:21 AM

M4TI (Mati) sebuah telemovie dalam slot Citra Exclusive terbitan Cube Film dan arahan pengarah Hadith Omar. Menampilkan gandingan Hisyam Hamid dan Mawar Rashid sebagai pelakon utama.
https://i0.wp.com/2.bp.blogspot.com/-r0zsOV2vXEA/WNxi0jR2RBI/AAAAAAAAFz8/M2sODRWGvvI29gHopOz19ejnRaiIyPRvACLcB/s640/telemovie%2Bmati.JPG?resize=640%2C365&ssl=1Asyik melakonkan watak stereotaip terutama hero romantik membuatkan Hisyam Hamid, 31, tidak berfikir panjang menerima tawaran membintangi telefilem M4TI yang menampilkan sisi lakonan berbeza.

Hisyam yang mencipta nama melalui drama rantaian, Ariana Rose, teruja bercerita mengenai watak Rahim yang digambarkan sebagai pembuat batu nesan yang menuntut bela atas kematian isteri.
“Sudah lama saya ingin melakonkan watak berat. Apabila ditawarkan watak Rahim, isteri yang juga pengurus saya, Melrose terus bersetuju. “Tidak mahu terikat dengan genre sama, saya mencabar diri membawa pelbagai watak,” katanya.
https://i1.wp.com/2.bp.blogspot.com/-datcTJJnqaE/WNxjCLE5FFI/AAAAAAAAF0A/8zMm8d8C2E0JfsrdkqK7SR96vkG5hlPjQCLcB/s640/hisyam%2Bhamid.JPG?resize=597%2C392&ssl=1
Sinopsis Telemovie Mati (M4TI)Berkongsi kisah dipaparkan dalam Mati, Hisyam memberitahu, Rahim adalah suami kepada Mawar yang dirogol sehingga mati. “Rahim kemudian mencari pembunuh isteri untuk membalas dendam. Namun, pada masa saya, Rahim ada sisi hitam,” katanya yang bakal berganding dengan bintang baharu, Mawar Rashid dalam telefilem berkenaan.
Hisyam menambah, dalam kisah mendebarkan itu, watak Rahim digambarkan sebagai pembuat batu nesan yang mempunyai pancaindera keenam dan boleh mendapat petanda kematian orang lain dalam mimpi.
“Saya baru selesai menjalani penggambaran Mati. Biarpun Mawar jauh lebih muda, namun keserasian melakonkan watak suami isteri tidak susah.“Alhamdulillah, saya tidak mengalami gangguan mistik sepanjang penggambaran walaupun sering berada di lokasi pada sebelah malam. Ini pengalaman baharu untuk saya,” katanya.
Saksikan nanti telemovie M4TI (Mati) yang akan disiarkan di saluran Astro Citra dan Mustika HD pada Sabtu 14 April 2017.
Ntk3eW0Jigc
lDWhlyOIb88
ALyWay0pQKU
cvw2x9n1siI

melnanzz Publish time 14-4-2017 04:19 AM

Edited by melnanzz at 24-4-2017 10:33 PM

Full movie
i1d-s2BU6Ig

Leeanne88 Publish time 16-4-2017 10:16 PM

Best tak mel? I lupa record. Yang lagi sorang tu adik dato fazley ke? Bf si mawar tu?

ItisDD Publish time 17-4-2017 11:12 AM

Pada i ok citenya...

Nmpk sisi lain hisham hamid. X lah asik bwk watak cintan cintun jer..

Betul tu adik dato fazley..

Leeanne88 Publish time 17-4-2017 10:54 PM

ItisDD replied at 17-4-2017 11:12 AM
Pada i ok citenya...

Nmpk sisi lain hisham hamid. X lah asik bwk watak cintan cintun jer..


Kena tunggu ulangan la nanti. Clash banyak sangat program best hari sabtu ;P

melnanzz Publish time 24-4-2017 10:33 PM

Full movie sekarang available di post #2

selipar_hijau Publish time 10-8-2020 09:49 PM

Apa ending nya?
Pages: [1]
View full version: M4TI [Citra Exclusive: Hisyam Hamid, Mawar Rashid]


ADVERTISEMENT