leon_mclaren78 Publish time 28-6-2018 09:56 PM

Gaisss.... list screening Sanju mulai esok...

Weols plan nk layan Setia City Mall, Klang pd Sabtu ni. Sape2 nk join jom la..

leon_mclaren78 Publish time 30-6-2018 05:09 PM

Ai dh layan Sanju 2 kali... mlm tadi & hari ni.

Ini review ai..

Film ini mmg x klise sbb it's a 1st ever biopic ttg bintang filem yg masih hidup & masih lg aktif berlakon filem. So mmg jln ceritanya unexpected. Ai pun x pernah mengkaji sejarah hidup Sanjay sblm ni, so ai x dpt teka sgt apa yg terjadi next. Rajkumar Hirani mmg pengarah favourite ai... heols sinonim dgn film flashback method dan pioneer kpd era film Hindi yg sarat dgn nilai2 norma kemasyarakatan which lebih realistik. Beliau bijak mengolah cerita tanpa menyentuh kisah rumahtangga / skandal Sanjay yg terdahulu (mungkin utk menjaga sensitiviti pihak2 tertentu) dan sememangnya jln cerita tidak terjejas langsung. Film ini lebih kepada kisah hubungan ayah-anak & persahabatan sejati. Ada pengkritik yg berpendapat Sanjay Dutt cuba membela diri melalui film ini. Namun jika pengalaman2 yg dilalui Sanjay ini benar2 blaku dlm hidupnya sebelum ini, ia sememangnya sgt tragis & bukan calang2 org mampu melaluinya.

Dari minit awal hinggal terakhir, penonton dihidangkan dgn kepelbagaian emosi, dari ketawa hingga keluar airmata sehinggalah airmata menitis sekali lg kerana babak2 pilu yg meruntun jiwa. Gentle reminder, sila bawa tisu bersama2 jika chuols bercadang layan film Sanju ni. Ada 1 babak yg mengingatkan kita dgn babak filem P. Ramlee ~ Seniman Bujang Lapok -- which diadapt mungkin secara tak sengaja. Jika masih ingat lg babak screen test 3 Bujang Lapok, part screen test Aziz Satar meminta perempuan ketika mahu melafazkan dialog berbunga2. Di dlm film Sanju, babak tersebut ada dilakonkan sewaktu Sunil Dutt sedang mengarah film utk Sanjay Dutt.

Komen ttg pelakon2 x perlu dipertikaikan. Setengah jam pertama menonton filem ini bagai tak terasa Ranbir Kapoor yg sedang berlakon watak Sanjay Dutt... seolah2 Sanjay Dutt telah menyerap masuk & blanded dlm diri Ranbir. Siyes terasa Sanjay Dutt yg sedang berlakon, bukan Ranbir. Ranbir mmg excellent bila membawa role penagih dadah yg sedang menahan gian & juga semasa tgh stone. Role Vicky Kaushal sgt2 penting & superb. Utk other co-stars, film ni telah membariskan pelakon2 gred A, so u got you u expected.

Kelemahan filem ini, ada satu je... semasa Sanju mengemis di USA.. suasana tak mcm tahun 80an... siap ada drive thru KFC jelas kelihatan. Zmn2 tu KFC sepatutnya dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken. Then terdapat model2 kereta yg agak moden spt zmn skrg.

Menerusi film ni juga jelas menunjukkan betapa Sanju seorang yg sungguh fragile & sgt takutkan Sunil Dutt. Scene yg meruntun perasaan ialah ketika Sanju berjuang melawan ketagihan dadah & juga ketika kematian Sunil Dutt. Overall film ini obviously menghentam paparazzi yg selalu buat laporan berita palsu sehingga menjejaskan persahabatannya dgn Kamlesh (lakonan Vicky Kaushal) dan disbbkan berita2 palsu ini juga Sanju sering dipandang serong oleh masyarakat.

Utk versi tayangan di Malaysia, scene Sanju dihukum sebat tanpa pakaian di penjara telah dipotong oleh LPF. Subtitle Melayu & English utk film ni ok la...acceptable esp utk Melayu. Filem ni takde scene romen2 ye... kira bersih la. Tang lagu... of coz yg best Kar Har Maidaan Fateh.... lagu pembakar semangat.

Overall ai bagi 4.5 stars utk Sanju. Ai sanggup ulang tgk lg 2-3 kali kalo ada peluang.

leon_mclaren78 Publish time 30-6-2018 05:44 PM

Report card hari pertama tayangan:


saaya Publish time 30-6-2018 08:08 PM

Ini review Ai untuk Sanju:

Another magical performance given by Ranbir after Rockstar. He blew me away. Gitu ringkasannya bila bercerita tentang lakonan Ranbir dalam Sanju. Sekali lagi Ai tekankan beliau adalah product nepotism yang memang wajar dibanggakan. Seluruh keluarga Kapoor patut berbangga dengan wujudnya seorang Ranbir Kapoor dalam family mereka untuk meneruskan legasi kehebatan keluarga Kapoor dalam dunia perfileman Bollywood. Ai memang peminat Ranbir maka akan nampak disini statement Ai seakan bias. Tp tegas Ai katakan disini Ai bukan memuji semata kerana Ai minat tp memang lumrahnya standard lakonan Ranbir memang A++. Beliau membawa watak Sanju dengan berkesan sekali. Brilliant! Memang wajar dianugerah pelakon terbaik untuk anugerah2 akan datang.

Jalan cerita Sanju pulak pada Ai tak ada part yang Ai rasa membosankan. Setiap part ada cerita dan makna. Kudoss to Rajkumar Hirani and team. Sedari awal Ai rasa Rajkumar even Sanju sendiri dah tekankan yang filem ni adalah filem berkisarkan kehidupan Sanju dan lebih kepada perhubungan dia dengan ayah dia. So langsung tidak ditekankan disini hubungan Sanju dengan isteri pertama, kedua dan juga anak perempuan dia bersama isteri pertama tu. Ai rasa kalau masuk cerita isteri pertama dia mesti lagi tragis. So tak ada kisah cinta dalam taman bunga nan mekar ye kakak2 makcik2 abang2 pakcik2 sekalian... Berbalik kpd kisah dengan ayah dia, mula2 Ai rasa geram bila ada part Sanju marah bgtahu ayah dia kenapa masa umur dia 6 tahun dia kena hukum hantar pergi asrama sbb kesalahan merokok tak silap Ai. Rasanya lah Ai dah lupa pulak. Dia cakap ayah dia faham tak perasaan dia yang terpisah dengan emak sendiri. Dia tak tahu apa2 masa tu. Menangis wey masa tu. Sumpah sedih. Sedih dalam geram. Hahahaa... Lagi sedih bila emak dia passed away beberapa hari sebelum dia debut. Cuba letakkan tempat kita disitu. Sakit weyyyy... Tapi bila ayah dia cuba tebus balik kesilapan dia terhadap Sanju dengan menyokong Sanju dalam apa jua yang berlaku buat Ai rasa macam huaaaaaa terharu dengan pengorbanan seorang ayah (Eh ini dah kira spoiler ke? Huhuuu). Tapi memang terkesan lah. Bila Ai stalked IG Sanju memang ayah dia memainkan peranan penting dalam hidup dia. Ada satu post dia kata lebih kurang macam dia harap ayah dia dapat tengok dia sebagai free man. Ada isteri dan anak2 yang membahagiakan hidup dia. Sumpah tertusuk dihati sanubari. Stalked IG je dah sedih sampai tertusuk bagai kan. Hahahaaaaaa...

Ada jugak komen2 busuk Ai baca yang Sanju nak buat biopik ni sebab nak bersihkan nama dia yang orang panggil terrorist dulu. Pada Ai, apa salahnya kalau betul pun itu niat dia. Orang tak tahu, tiba masanya orang tahu sekarang ni apa yang berlaku. Kalau kita nak ambik dan pandang benda ni positif maka akan jadi positif lah, tp kalau kita asyik nak ambik dan pandang negatif maka akan kekal negatif. Tak ada sesiapa yang dapat mengubah presepsi kita tu melainkan diri kita sendiri. So hidup ni jangan nak busuk hati sangat. Gitu. Huhuuuu...

Selain Ranbir, pelakon yang menyerlah adalah Vicky Kaushal. Nama beliau menjadi sebutan sekarang ni selepas kejayaan Raazi. Beliau bakal menjadi rebutan jugak ni. Lakonan outstanding gitu. Lakonan Paresh Rawal as Sunil Dutt pun memang padu. Dan ofcoz lakonan Dia Mirza dan Manisha Koirala yang membawa impak besar dalam hidup Sanju... Dan yang lain2 jugak.

Sila tengok Sanju ye kawan2. Tak rugi okay. Melainkan ada peminat filem2 cinta bollywood disini. Mmg tak sesuai utk uols. Heheheee

So disini Ai kasi 4/5 bintang...

leon_mclaren78 Publish time 7-7-2018 08:36 PM

Report card Sanju selepas 8 hari tayangan... dh melepasi 300 cr for worldwide collection. :flex3:


leon_mclaren78 Publish time 22-11-2018 08:57 PM

Bagi yg x berkesempatan menonton filem "Sanju" sebelum ni, jom layan filem ni sekarang kat Astro channel 251 BollyOneHD (9:00 pm).

https://www.facebook.com/BollyLah/videos/795031340836432/
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8]
View full version: Rajkumar Hirani's next Blockbuster : SANJU (Biopic Sanjay Dutt) : 29.06.2018


ADVERTISEMENT