CARI-MAL Publish time 12-4-2017 04:10 PM

Pulihkan Semangat Dari Kutukan Status Janda, Datuk Vida Bawa Diri

Mungkin dirundung perasaan sedih dan kecewa selepas kembali memegang status janda untuk kali ketiga, Datuk Vida memutuskan untuk membawa diri dengan bercuti selama 10 hari di luar negara bersama dua anaknya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201704/12/160757kifx30xgz7a04zkz.jpg




Memetik mStar Online, Datuk Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman berbuat begitu kerana mahu menenangkan fikiran yang kacau sambil mencari kekuatan baru selepas tewas di alam perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama lebih kurang tiga tahun itu.

"Saya berada di luar negara bersama Cik B (Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin) dan Kacak (Muhammad Eric Zacquan) untuk tenangkan fikiran," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201704/12/160758xlukk37huoou63wq.jpgFoto: IG Datuk Vida





Bagaimanapun, Datuk Vida enggan mengulas lanjut mengenai lokasi percutiannya.

"Biarlah rahsia," katanya.


Terdahulu, Mahkamah Syariah Ipoh mengesahkan Datuk Vida dan bekas suami Fairuz Ahmad Zainuddin bercerai talak satu pada 7 April lalu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201704/12/160758g3ywb9ttbhz02eww.jpgFoto: mStar Online




Menerusi sumber rapat Datuk Vida, dia kini dipercayai berada di China atas urusan perniagaan dan pada masa sama bercuti bersama keluarganya.

"Datuk Vida sekarang ada di China. Dia pergi ke sana untuk urusan perniagaan dan bercuti sekali dengan Kacak dan Cik B. Selepas ini kami mungkin akan bercuti bersama ke Jepun atau Iceland.

"Dia sudah beri kasih sayang dan kemewahan tapi tak sangka ianya berakhir begitu," katanya.


Wah, sampai ke tanah besar Datuk Vida bawa diri. Apapun, semoga Datuk Vida kuat semangat dan kembali ceria seperti sebelum ini. - CARI

harrypoter Publish time 12-4-2017 04:33 PM

cantik pula dia buat muka serius mcmtu

myakayina Publish time 12-4-2017 04:33 PM

sian tok vida.. bertabahlah.. happy2kan diri dgn anak2 je..

chinta89 Publish time 12-4-2017 04:36 PM

dipercayai berada di China atas urusan perniagaan

poduk2 dia dtg dari sanakah??

sb kat mesia xde nmpk kilang dia kan...

mirandanicky1 Publish time 12-4-2017 04:54 PM

Jgn putus asa sila cuba lg ya dsv

Themilo Publish time 12-4-2017 04:58 PM

anak-anaknya tak sekolah ke? bila dah terlampau kaya, sekolah pun dia tak heran lagi sisthur..

myakayina Publish time 12-4-2017 05:02 PM

Themilo replied at 12-4-2017 04:58 PM
anak-anaknya tak sekolah ke? bila dah terlampau kaya, sekolah pun dia tak heran lagi sisthur..

kan sis..tak pun panggil teacher mengajar di rumah.. atau private school.. nak cuti lantak pi lah dah bayar fees mahal2 pun kan..:lol:

Awindlike Publish time 12-4-2017 05:16 PM

Takziah. Stay strong.

matchstick Publish time 12-4-2017 05:38 PM

gi china tenangkan fikiran ke gi cari produk2 baru utk repackage, buh nama brand dia n jual mahal2 pastu claim hasil r&d selama doploh tahun

Eskayhsd Publish time 12-4-2017 06:06 PM

semoga dieprmudahkan segala urusan dan diberi ketenangan hati..

kukulangau Publish time 12-4-2017 06:14 PM

Sure ke lepas ni tak dapat yang lebihkurang sama?

VuJiE Publish time 12-4-2017 07:02 PM

semoga tenang

guesswho09 Publish time 12-4-2017 07:48 PM

Themilo replied at 12-4-2017 04:58 PM
anak-anaknya tak sekolah ke? bila dah terlampau kaya, sekolah pun dia tak heran lagi sisthur..

international school kot
most of international schl tgh cuti
mcm anak i skrg ni
spring break

DeeHanania Publish time 12-4-2017 07:57 PM

Ok laa tu,cuti bersama gan anak2...

ronapink Publish time 12-4-2017 11:00 PM

frust orang kaya ada ubat dia..

kita frust dok menonggeng dlm bilik je la

sayawifenikmie Publish time 12-4-2017 11:12 PM


dah dah la mengeletis datuk vida .. meniaga lah macam orang2 lain meniaga ...marketing strategy yg lain ..... yg tak mengeletis


kahwin .. jaga air muka suami ...


kesian jugak .... duit tak mampu membeli kebahagian dan ketenangan hati.

Leo_Gurlz Publish time 12-4-2017 11:16 PM

Tabahlah dsv. daah kaya harta banyak layan anak2 jee senang hati.

MissVixen Publish time 13-4-2017 12:55 AM

Aiyoo. Produk china ke. Benda2 makan dan sapu muka ni, takut la. China ni hebat bab ciplak janji untung. Susu bayi pon diorang sanggup angkut beli pakai luggage dari hong kong ke tanah besar sebab ragu dengan ketulenan susu sendiri. Dah la pampers pon recycle busuk2. :mad::L

haryatie Publish time 13-4-2017 07:59 AM

bertabah laaa..
tp ada duit berkepuk..untung laaa
boleh bercuti pegi mana nak pegi
kumpul semangat baru dn tenangkan fikiran..
kalau miskin mcm aku puas nak memujuk hati sendiri
serabutnak pikir mcam mana nak survive segalanya nak tanggung sendiri dgn duit yg seciput
makan bulan, tahun..baru redha dn pasrah..

hybridity Publish time 13-4-2017 08:37 AM

semoga mendapat kedamaian
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Pulihkan Semangat Dari Kutukan Status Janda, Datuk Vida Bawa Diri


ADVERTISEMENT