dauswq Publish time 12-4-2017 01:28 PM

VOTE the current 'hot' & 'spicy' actor

Siapakah selebriti korea paling ‘hot’ & ‘spicy’?by      daus    ·                            Published April 12, 2017            · Updated April 12, 2017                                                   http://i.imgur.com/4xIwU4Q.jpg
Berdasarkan sesi undian yang dilakukan pihak Kmania semasa Expo di Mid valley pada Januari lepas, Lee Dong Wook (tvN Goblin) telah memungut undian paling banyak sekali disusuli dengan Gong Yoo (tvN Goblin) dan Lee Min Ho (SBS Legend of Blue Sea). Kali ini, kita beralih pada undian musim bunga, siapakah pula akan merampas takhta tersebut daripada Lee Dong Wook? Sila ke bawah sekali untuk mengundi. Undian ditutup pada 16/4/2017.

Park Hyun Sik
[*]Park Hyun Sik pernah tersenarai undian sebelum ini melalui drama KBS Hwarang
[*]Popularitinya mula mencanak naik disebabkan kimianya yang agak menjadi dengan Park Bo Young di dalamdrama jtbc Strong Woman Dong Bong Soon
[*]Kelebihan dimiliki pelakon ini ialah dengan pandangan matanya saja, dia mampu menikam kalbu wanita di luar sana di samping mempunyai halkum yang agak seksi.

Yoo Ah In
[*]Pelakon berbakat ini paling dihormati berbanding yang lain-lain. Dia satu-satunya aktor yang memenangi Best Actor di Blue Dragon Film Awards dan Paeksang Art Awards masing-masing menerusi filem The Throne dan drama SBS Six Fying Dragon. Juga tercalon sebagai Best Actor dalam 2nd CARI Kdrama Awards.
[*]Masih mengekalkan imej keanak-anakan, Yoo Ah In menyerlahkan lakonan yang penuh berkarisma tanpa teragak-agak seperti dilakukannya dalam tvN Chicago Typewriter di mana kelakuannya yang berlagak dan serkap jarang membuatkan kita sangat benci.

Ha Suk Jin
[*]Pelakon kacak ini agak perlahan-lahan menimba populariti, dan mula dikenali tahun lepas menerusi drama tvN Drinking Solo dan MBC 1% of Anything.
[*]Selalu membawakan watak yang buat orang benci, Ha Suk jin masih menyimpan ‘charm’ yang boleh memikat hati sesiapa saja.
[*]Dia memiliki tubuh yang agak tegap sesuai dengan imej pekerja kolar putih yang dibawanya di dalam MBC Radiant Office.

Choi Jin Hyuk
[*]Pelakon yang baru saja keluar daripada latihan ketenteraan ini mula menjinakkan diri dalam drama berkonsep suspens ‘thriller’ iaitu OCN Tunnel.
[*]Sesuai dengan persona matang dan keabang-abangan, Choi Jin Hyuk menjadi pilihan wanita di pertengahan umur untuk dijadikan suami.

Yoon Kyun Sang
[*]Pelakon yang tinggi lampai ini mudah menceriakan hari-hari anda dengan kenyitan matanya.
[*]Kelebihan dimilikinya didasarkan pada dirinya yang sedikit naif dan kerap diusik sunbae nya, Eric Moon dalam program realiti tv tvN Three Meals A Day
[*]Juga berwajah ‘eksotik Korea yang tulen’, imej gasar sebagai Hong Dil Gong di dalam MBC Rebel Hong Dil Gong agak sesuai dengan dirinya.

Lee Sang Yoon
[*]Pelakon yang berusia 30-an ini seorang yang tampan dan juga ‘genius’ berbanding selebriti lain. Hal ini kerana dia mempunyai ijazah dalam bidang fizik yang diperolehinya daripada universiti paling terbaik di Korea, iaitu Seoul University.
[*]Asalnya seorang model, Lee Sang Yoon mudah mencairkan hati wanita yang sebaya dengannya melalui senyuman yang memikat hati di dalam SBS Whisper.

http://dl2.glitter-graphics.net/pub/696/696762uhbu9m8j9g.gif

VOTE di sini --> https://kmania.info/2017/04/12/undian-musim-bunga-siapakah-selebriti-korea-paling-hot/

Awindlike Publish time 12-4-2017 02:23 PM

Mana Gong Yoo oppa?

ruhanizza Publish time 13-4-2017 02:03 PM

x de leejun ho pun uols

eddlisa_uyuk Publish time 17-4-2017 03:18 PM

nak dong wook juga:P

ayushuhada04 Publish time 19-4-2017 02:21 PM

eddlisa_uyuk replied at 17-4-2017 03:18 PM
nak dong wook juga

lisa...................wookie tk masuk ek....siannya...

ayushuhada04 Publish time 19-4-2017 02:31 PM

okay dh vote......@dauswq :lol:

dauswq Publish time 19-4-2017 02:34 PM

ayushuhada04 replied at 19-4-2017 02:31 PM
okay dh vote......@dauswq

dah tau vote sapa..
avatar jelaskan org tulah ;P

ayushuhada04 Publish time 19-4-2017 02:35 PM

dauswq replied at 19-4-2017 02:34 PM
dah tau vote sapa..
avatar jelaskan org tulah

harus ler kan.....mmg hero fav no 1....tkder tolok bandingnya...:lol:

dauswq Publish time 19-4-2017 02:35 PM

eddlisa_uyuk replied at 17-4-2017 03:18 PM
nak dong wook juga

wookie dh menang undian fasa pertama wkt winter dulu..leh mengalahkan gong yoo lak tu ;P
undian ni lak utk pelakon tgh airing skrg..
nmpknye park hyun sik tgh mendahului ;P

ayushuhada04 Publish time 19-4-2017 02:37 PM

dauswq replied at 19-4-2017 02:35 PM
wookie dh menang undian fasa pertama wkt winter dulu..leh mengalahkan gong yoo lak tu
undian n ...

aigooo......PHS telah mendahului?? pergghhh
mcm mana pun kak ayu tk minat dia...;P

dauswq Publish time 19-4-2017 02:37 PM

ayushuhada04 replied at 19-4-2017 02:35 PM
harus ler kan.....mmg hero fav no 1....tkder tolok bandingnya...

saya pun vote dak kurus keding ni :lol::lol::lol:
sedih lak nengok undian kecik sgt.. mentang2 org tgk penampilan berbanding karisma lakonan :lol:

klu ah in ni berlakon drama romantik komedi, rase2 mesti rmi peminat

ayushuhada04 Publish time 19-4-2017 03:50 PM

dauswq replied at 19-4-2017 02:37 PM
saya pun vote dak kurus keding ni
sedih lak nengok undian kecik sgt.. mentang2 or ...

YAI ni berkarisma....watak apa pun dia mmg leh bawa..
tp tu ler...sbb cite Strong Woman tu ler PHS jd femes kan
mmg ramai ler org vote dia...

eddlisa_uyuk Publish time 20-4-2017 09:43 AM

ayushuhada04 replied at 19-4-2017 02:21 PM
lisa...................wookie tk masuk ek....siannya...

:'(:'(:'(

tak peee....dia dah menang sebelum nih

eddlisa_uyuk Publish time 20-4-2017 09:44 AM

dauswq replied at 19-4-2017 02:35 PM
wookie dh menang undian fasa pertama wkt winter dulu..leh mengalahkan gong yoo lak tu
undian n ...

ahhhhaa tau tau....saja kacooo nak wookie gak :P

ayushuhada04 Publish time 20-4-2017 09:52 AM

eddlisa_uyuk replied at 20-4-2017 09:43 AM
tak peee....dia dah menang sebelum nih

pergghh best tu kan..kalahkan GY lak tu...;P
Pages: [1]
View full version: VOTE the current 'hot' & 'spicy' actor


ADVERTISEMENT