cyberdad Publish time 4-4-2017 02:18 PM

PUNCA DAN TANDA TANDA EJAKULASI PRAMATANG

Edited by cyberdad at 4-4-2017 05:04 PM

Ramai lelaki hari ini yang sering google atau buat carian untuk ubat kuat atau lebih tepat ubat tahan lama (men delay/prolong gel or spray) untuk atasi masalah zakar mereka yang cepat klimak atau pancut mani awal sewaktu berhubungan intim. Tetapi apa sebenarnya masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang ini?. Apa sebab ianya berlaku dan apa kah simptom atau gejala yang disebut ejakulasi pramatang (premature ejaculation) ini. Dengan mengetahui punca serta gejalanya, baru lah kaedah rawatan atau ubatan yang tepat boleh didapati. Tanpa tahu kedudukan sebenar, pembelian sebarang produk mungkin hanya akan merugikan.
Masalah ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau pancutan awal iaitu kegagalan zakar menahan klimak dalam tempoh masa tertentu atau dengan kata mudah, lelaki klimak sebelum pasangan merasa puas, amat menghantui ramai lelaki. Namun realitinya ramai lelaki hari ini mengalami masalah pancutan pramatang ini. Posting ini akan menyentuh tentang punca punca atau penyebab kepada "premature ejaculation" ini serta ciri ciri atau simptom untuk mengenalinya.
Antara sebab sebab utama kepada masalah ini ialah:. 1. Penderita Mati Pucuk (disfungsi erektil)Lelaki yang mempunyai masalah disfungsi erektil mengalami kesukaran mendapatkan ereksi yang yang cukup ketika hubungan imtim. Kerana menyedari keadaan mereka itu, membuat mereka melakukan seks dengan terburu-buru kerana bimbang ketegangan zakar tidak dapat bertahan (menjadi lembik). Kerana gagal mengawal ejakulasi menyebabkan mereka mengalami orgasme dengan cepat.
2. Amalan MasturbasiAmalan masturbasi (melancap) yang salah menyebabkan ramai lelaki alami masalah ini. Sewaktu masih muda ramai lelaki yang melakukan masturbasi bila kegairahan untuk mendapatkan kenikmatan orgasme dengan cepat.
Melakukan masturbasi dengan terburu-buru menyebabkan tindak balas saraf menjadi terbiasa dan bergerak cepat apabila menerima rangsangan seksual sehingga bila berhubungan intim dengan wanita, tindak balas saraf ikut juga menjadi cepat terhadap rangsangan dan otak mengarahkan tubuh untuk segera klimak. Amalan melancap yang salah ini mengajar dan mendidik tubuh lelaki selama bertahun-tahun untuk memfokus secara salah.
3. Perasaan Ghairah KeterlaluanKeghairahan atau rangsangan seksual yang terlalu kuat menjadikan seorang lelaki tidak mampu mengawal desakan ejakulasi yang sedang berlaku. Hakikatnya ejakulasi pra-matang atau pancutan awal mani/sperma adalah masalah terbesar kaum lelaki. Malah ada artikel yang mencatatkan bahawa kira-kira 90 peratus punca pancutan pramatang ini adalah berkait dengan psikologi berbanding anatomi. Seorang pakar seksologi terkenal menjelaskanbahawa ejakulasi pra-matang akibat dari terlalu ghairah ketika berhubungan intim tidak ubah seperti seseorang lelaki yang belum pernah bercinta atau melihat tubuh gairah wanita buat pertama kali. Mereka yang mengalami ejakulasi terlalu cepat ini disebabkan kegagalan mengawal emosi dan otak sendiri.
4. Masalah Hubungan Dan KomunikasiFaktur perhubungan dan komunikasi antara dua pasangan amat menyumbang kepada masalah ejakulasi pramatang, dan pancutan awal boleh berlaku disebabkan oleh kurang harmoni hubungan pasangan, misalnya seperti ada perasaan sakit hati atau konflik yang belum diselesaikan yang mengganggu kemampuan untuk mencapai keintiman emosi.
Masalah dengan pasangan boleh membuat seorang lelaki mengalami ejakulasi pramatang. Ketika sedang tertekan atau merasa bimbang mengenai keadaan hubungannya dengan pasangannya, maka hampir sepanjang waktu prestasi seksual cenderung berfungsi dengan tergesa-gesa dan situasi ini mengakibatkan masalah pancutan awal.
5. Kurang Pengalaman Dan Pengetahuan SeksualEjakulasi pramatang juga boleh berlaku kerana kurangnya pengalaman. Situasi ini sering dialami oleh lelaki yang masih remaja atau malah pada lelaki dewasa yang masih kurang pengalaman dalam urusan seksual.
Resiko ini berkaitan dengan kurangnya pengetahuan tentang tindakbalas seksual laki-laki dan perempuan. Sebahagian mereka ini mempunyai masalah saikologi (seperti rasa takut, rasa bersalah, atau cemas) yang sangat tinggi ketika melakukan aktiviti seksual.
Jahil tentang proses terjadinya ejakulasi menjadikan ramai lelaki tidak tahu apa yang harus dibuat ketika berhubungan intim. Mereka merasa tertekan dan cemas waktu berhubungan. Mereka sangat bimbang dengan prestasi seksual mereka sendiri sehingga merasa tertekan dan membuat mereka berusaha mencapai orgasme lebih cepat dari waktu sewajarnya.
Terlalu banyak stres dan aktiviti fizikal sebelum seks biasanya turut memberikan sumbangan terhadap masalah ini. Dan lazimnya ini dialami oleh lelaki-lelaki berusia muda. Hampir semua lelaki berusia 50 tahun mengatakan bahawa mereka lebih boleh tahan lama di usia lanjut berbanding waktu muda belia sebelumnya.
6. Kurang SerotoninKaji selidik dan ujian terkini menunjukkan bahawa serotonin iaitu hormon semulajadi yang dihasilkan oleh saraf berperanan aktif dalam proses ejakulasi. Sebuah kajian telah membuktikan bahawa kadar serotonin yang tinggi di otak seseorang akan melambatkan masa untuk ejakulasi, sementara kekurangan serotonin ini akan membuat seorang lelaki menderita ejakulasi pramatang.
Beberapa jenis ubat tekanan darah tinggi dan anti stress (tekanan) biasanya dapat meningkatkan kadar serotonin. Ini antara sebab sebahagian doktor yang memberi ubat tersebut kepada penderita untuk atasi masalah pancutan awal.
7. Sensitiviti MelampauSebahagian lelaki mempunyai tubuh yang sangat sensitif. Pergeseran atau geseran kulit yang terjadi semasa berhubungan menimbulkan sensasi yang luar biasa yang membawa ejakulasi pra-matang.
8. Masalah ProstatBeberapa penyakit seperti masalah prostat juga boleh menyebabkan ejakulasi awal. Gangguan seksual ini juga boleh disebabkan oleh kecederaan fizikal yang mempengaruhi sistem saraf.
9. Faktur GenetikKeseluruhan sistem saraf dan organ-organ seksual di dalam tubuh mempunyai tujuan utama ketika melakukan aktiviti seks iaitu untuk pembiakan atau berkembang biak. Ejakulasi awal menunjukkan fungsi tubuh yang sangat optima menjalankan tujuan pembiakan tersebut. Gen di dalam badan ingin memastikan seseorang lelaki itu melakukannya dengan secekap mungkin, membuatkan dia klimaks terlalu cepat.
10. Kerosakan Sistem SarafIni antara punca yang jarang berlaku. Kerosakan sistem saraf akibat pembedahan atau trauma, berhenti daripada penggunaan dadah yang disebut trifluoperazine atau yang digunakan untuk merawat gelisah dan masalah kesihatan mental seseorang lelaki, ikut menyumbangkan kepada masalah pancutan awal.
11. Penggunaan Ubat TertentuPengambialan sebahagian ubatan tertentu seperti ubat selsema yang mengandungi ephedrine pseudo, juga boleh menyebabkan ejakulasi awal. Dalam kes ini yang terbaik adalah berunding secara terbuka dengan doctor.
Punca ejakulasi pramatang diatas adalah gambaran umum yang diperoleh daripada lelaki-lelaki yang mengadu mengalami masalah ini. Penyebab yang pasti masih belum diketahui dengan jelas, misalnya mengapa seorang lelaki boleh mengalami pancutan yang terlalu cepat sedangkan lelaki lain dalam situasi yang sama tidak mengalami masalah tersebut.
Setelah anda mengetahui faktor-faktor penyebab ejakulasipramatang, maka anda boleh melakukan proses diagnosis diri untuk tindakanrawatan yang berkesan.
Tanda Tanda/ Simptom Masalah Ejakulasi PraMatang. 1. Klimak Sebelum Pasangan PuasJika anda berejakulasi sebelum pasangan anda merasa puas,maka boleh dianggap anda menderita ejakulasi pramatang. Ejakulasi yang selalu terjadi dalam satu minit atau kurang sewaktu kemasukan zakar sedang berlaku. Adanya masalah ketidakmampuan untuk menunda ejakulasi ketika melakukan penetrasi.
2. Ketahanan Kurang Dari 2 MinitProfesional perubatan umumnya sepakat mengatakan bahawa jika ejakulasi berlaku dalam masa kurang dari 2 minit, maka anda mempunyai masalah ejakulasi yang terlalu cepat. Ejakulasi pra-matang berlaku apabila seorang lelaki berejakulasi terlalu cepat ketika berhubungan seks, atau dalam kes yang teruk, ia berlaku sebelum penembusan zakar ke dalam faraj.
Ejakulasi pramatang yang dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terutama dipihak pasangan. Perlu diketahui bahawa meski pun seorang lelaki menderita ejakulasi pra-matang, ia masih tetap dapat merasakan orgasme. Bezanya ialah lelaki terlalu cepat selesai sedangkan pasangannya masih mengharap.
3. Ereksi Yang Amat CepatAnda mungkin mengalami ereksi yang sangat cepat. Mungkin anda menganggap ini sebagai sesuatu yang positif, tetapi jika ditinjau dari skala prestasi ghairah seksual anda, hal tersebut boleh menjadi petanda negatif.
Bayangkan skala prestasi seksual anda 1-10 (dimana angka 1 adalah tahap awal ghairah seks dan 10 adalah tahap ejakulasi). Seorang lelaki yang menderita ejakulasi pra-matang berjalan melalui skala dari 1 hingga 10 jauh lebih cepat berbanding lelaki lain. Inilah sebabnya mengapa penderita ejakulasi awal lazimnya cenderung mendapat ereksi yang jauh lebih cepat dibandingkan dengan kebanyakan lelaki lain.
4. Faktor PemikiranSebelum hubungan seksual berlaku, sudah timbul perasaan dari dalam diri yang memberitahu anda bahawa prestasi seksual anda sedang tidak normal. Ini adalah gejala ejakulasi pra-matang disebabkan pemikiran. Gejala psikologi merupakan ciri-ciri dan symptom ejakulasi pramatang yang paling ketara. Kurang keyakinan yang dirasai mengganggu prestasi.
5. Tiada Rangsangan SeksualSeorang penderita boleh mengalami ejakulasi tanpa rangsangan aktiviti seksual sebenar, ia mungkin seperti sentuhan fizikal biasa seperti rabaan dan ciuman, rangsangan visual, menonton filem porno atau berkhayal erotik.
6. Rangsangan Visual MelampauSebahagian besar pesakit mengalami ejakulasi hanya dengan rangsangan visual sahaja (mental). Ini disebabkan kerana otot PC Muscle tidak cukup kuat untuk menahan desakan ejakulasi sewaktu anda terangsang secara visual/pandangan.Jika anda sedang menonton filem porno/lucah dan mengalami orgasme, maka itu adalah petanda ejakulasi pra-matang.
7. Masturbasi Dengan Kaki TerbukaAnda kesukaran mengawal ejakulasi ketika kaki anda terbuka dan atau berasingan. Apabila seseorang yang menderita ejakulasi pra-matang melakukan masturbasi, dia mungkin akan sukar mengawal ejakulasinya jika kedua kakinya berkedudukan terbuka (jauh terpisah satu sama lain). Namun sebaliknya jika dia melakukan masturbasi dengan kaki menyentuh satu sama lain atau kangkangan tertutup, dia akan lebih mampu mengawal ejakulasinya.
8. Air Kencing Masih Menitis Selepas Buang Air KecilBeberapa pesakit ejakulasi pramatang melaporkan bahawa setelah selesai buang air kecil, mereka mempunyai kecenderungan untuk menitiskan lagi urin tersebut. Para penyelidik percaya bahawa perkara ini berlaku kerana pesakit ejakulasi pra-matang mempunyai otot PC yang sangat lemah yang menyebabkan tumpahan air kencing berlebihan.
Ciri dan simptom diatas dapat memberi gambaran kepada tiap pasangan. Sila lihat juga bahawa kadang-kadang ejakulasi pra-matang ini agak samar samar kerana harapan setiap lelaki terhadap seks berbeza-beza. Anda mungkin merasa bahawa dapat bertahan 10 minit sudah mencukupi tetapi lelaki lain boleh berpandangan berbeza. Selain itu, anda juga perlu mengetahui tahap kepuasan pasangan anda. Jika pasangan anda dapat mengalami orgasme sebelum andaejakulasi atau klimak, meskipun itu hanya dua minit penetrasi, dan anda berdua merasa puas, bermakna anda sebenarnya tidak menderita ejakulasi pra-matang. apa yang penting ialah memastikan anda serta pasangan anda puas dan klimak bersama, tidak peduli berapa lama anda berhubungan intim. Namun jika anda adalah lelaki yang dalam kelompok bermasalah ini, tidak perlu terlalu risau kerana setiap penyakit dan masalah, pasti ada penyelesaiannya. Paling penting anda mahu berikhtiar untuk mengubatinya. Jauhi perasaan malu demi kebahagiaan bersama anda dan pasangan anda demi rumahtangga yang dibina. Klik SINI untuk info info lain tentang masalah seksual lelaki atau wanita.

kamil8891 Publish time 5-4-2017 02:39 AM

{:laugho
...........

cyberdad Publish time 16-4-2017 09:43 AM

Edited by cyberdad at 16-4-2017 09:51 AM

Panduan dan Tip Atasi Ejakulasi Pra-Matang

1. Tekan batang zakar dengan 2 jari ketika anda merasa hampir klimak atau bila sudah merasa air mani akan keluar ketika hubungan intim. Ini dapat mencegah mani dari keluar dan dapat memanjangkan masa hubungan intim.
2. Cuba alihkan fikiran anda ke sesuatu yang lain dan jangan terlalu memfokus kepada kegairahan persetubuhan bila anda merasai sudah hampir klimak. Ini dapat meminimakan kegairahan anda dan seterusnya zakar terus mampu bertahan lama.
3. Pakai kondom yang tebal untuk mengurangkan sensitiviti sentuhan zakar dengan faraj/vagina. Ini paling baik untuk lelaki yang memiliki zakar yang terlalu sensitif kepada sentuhan anggota tubuh dan faraj wanita. Kurang sensitif berarti zakar mampu kekal tegang lebih lama dan lambat pancut mani.
4. Amalkan ubat atau pil yang mengandungi serotonin atau herba bagi meningkatkan serotonin untuk anda yang di bawah tekanan atau depresi. Pengambilan harus dengan nasihat doktor bertauliah kerana kelebihan serotonin juga boleh menjejaskan libido. Kekurangan libido boleh pula akibatkan berkurangnya nafsu atau keinginan terhadap seksual. Amalkan herba Damiana merupakan solusi alternatif terbaik.
5. Mencabut keluar zakar dari faraj sebelum pancutan berlaku. Ini dapat meredakan dan menenangkan zakar untuk seketika waktu serta mengelakkan pancutan cepat terjadi. Kemudian sambung aktiviti persetubuhan dan ulangi cara ini. Bagaimana pun wanita lazimnya tidak menyukai kaedah ini kerana mereka lebih gemarkan zakar yang tegang dan padat sentiasa bergerak keluar masuk di dalam faraj secara terus sehingga mereka klimak.
6. Pembedahan saraf oleh pakar urologi bertauliah bagi atasi bahagian saraf berkaitan zakar yang bermasalah. Bagaimana pun cara ini kurang popular selain ia sangat mahal dan ada resiko tersendiri.
7. Latihan mental untuk sentiasa lebih tenang terutamanya bila berlaku ketegangan hubungan dan komunikasi dengan pasangan. Amalkan solat dikala tertekan, membaca surah al quran, mendengar muzik yang mengasyikkan dan damai atau bercuti seketika ke tempat tempat peranginan yang indah dan harmoni.
8. Lakukan terapi seksual dengan bantuan pasangan. Anda berbaring terlentang dan pasangan akan lakukan onani. Bila pancutan hampir berlaku, pasangan hendaklah menekan batang zakar anda dengan dua jarinya (jari tengah dan ibu jari). Lakukan ini berulang kali sebagai satu latihan untuk ketahanan zakar menegang lebih lama di dalam vagina wanita..

9. Lakukan latihan Pelvic Floor Muscle iaitu melatih otot bawah punggung (ini sering dilakukan wanita untuk menguatkan otot dan cengkaman/kemutan faraj). Otot ini juga dikenali sebagai otot seksual yang mengawal uterus, rectum, zakar, faraj dan organ organ lain yang berkaitan. Caranya ialah dengan menahan kencing seketika waktu semasa membuang air kecil, dan ini dilakukan 2 atau 3 kali sebelum anda kencing sepenuhnya. Sering lakukan ini. Tujuannya ialah untuk melatih agar otot otot berkaitan bertemu dan berfungsi dengan baik dan dapat mengawal situasi bila diperlukan. Kaedah ini adalah hasil penemuan Dr Arnold Kegel dan ia popular disebut sebagai Terapi Kegel.
10. Manfaatkan dan mengamal herba herba terpilih yang terbukti telah dapat membantu mengatasi masalah ejakulasi pra matang ini, umpamanya herba herba Damiana, Catuaba, Maca, Tongkat Ali, Gambir Sarawak dan banyak lagi.


cyberdad Publish time 27-11-2017 11:26 PM

Tip Senaman Teknik China Kuatkan Zakar (video)
Tonton Sini !
Pages: [1]
View full version: PUNCA DAN TANDA TANDA EJAKULASI PRAMATANG


ADVERTISEMENT