budakshinchan Publish time 4-4-2017 01:44 PM

EDISI TAKZIAH : Dato Seri Vida SAH bercerai!

Pengasas produk kecantikan kesayangan ramai Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.

"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Ditanya adakah dia terkesan dengan perpisahan tersebut, Vida berkata, perasaan kecewa masih menghantui dirinya kerana sebagai seorang wanita beliau sudah tentu mahukan hubungan tersebut kekal abadi.

"Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya," katanya.

Mengenai punca perpisahan mereka, Vida memberitahu beliau belum bersedia berkongsi perkara itukerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.

"Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula," katanya.

Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.

"Tidak... sakit ini biar saya yang tanggung," katanya.

Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir ahli perniagaan kelahiran Machang, Kelantan itu memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu.
Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi.

"Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah," katanya.

http://www.mstar.com.my/

kesiannnn.. duit byk x menjamin kebahagiaan yak di impikan berkekalan.. semoga bertemu jodoh yak lebih baek..

hahahahihihi Publish time 4-4-2017 01:49 PM

takziah dato. sedih pulak..sobsobb

EvieWanKenobi Publish time 4-4-2017 01:53 PM

be strong.. pasti ada hikmah di sebaliknya..

iusedtolikeyou Publish time 4-4-2017 01:54 PM

jadi betullah.
tumpang simpati..

katibism Publish time 4-4-2017 01:57 PM

Sape lagi tua ekk..fairuz ke dsv. Mode malas nk google yach. :lol:

netto_ Publish time 4-4-2017 01:57 PM

xpe la dato duit kau pon byk.

bellxx Publish time 4-4-2017 01:58 PM

takziah dato' xpelah tak dak jodoh nak buat lagu manaa

rotiban Publish time 4-4-2017 02:00 PM

katibism replied at 4-4-2017 01:57 PM
Sape lagi tua ekk..fairuz ke dsv. Mode malas nk google yach.

tak yah google. tengok muka pon dah tau sape tua :lol:

moocoww Publish time 4-4-2017 02:01 PM

Takziah tok vida..

chinta89 Publish time 4-4-2017 02:03 PM

xpe lah, fokus pkra2 lain ye dsv.


apa2 pun takziah :(

mieymiey Publish time 4-4-2017 02:04 PM

Taknak menimbulkan fitnah? Laki sheols kah yang bermasalah?

lifeline Publish time 4-4-2017 02:04 PM

alaaa yeke...kesiannya... tgk kt ig n masa diorang ada cite the house ke apa ntah kt asteruk tu mcm ok je...

hmmm aku suka dsv be annoying tp mcm ikhlas hahahhha

makkohijau Publish time 4-4-2017 02:04 PM

{:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}

sssf83 Publish time 4-4-2017 02:06 PM

takziah..
semoga berjumpa la kebahagiaan yg dikehendaki..
semua org berhak utk hidup bahagia..

Themilo Publish time 4-4-2017 02:08 PM

mieymiey replied at 4-4-2017 06:04 AM
Taknak menimbulkan fitnah? Laki sheols kah yang bermasalah?

geng-geng affin bank tahu la ex-sheols ni macam mana dulu-dulu.. :lol::lol:

fynnkakiblock Publish time 4-4-2017 02:10 PM

perkahwinan ketiga what u expect takziah

mieymiey Publish time 4-4-2017 02:12 PM

Themilo replied at 4-4-2017 02:08 PM
geng-geng affin bank tahu la ex-sheols ni macam mana dulu-dulu..

Macam mana tu macam mana maksud chuols? :o

brainbiru Publish time 4-4-2017 02:12 PM

Tgk kt the house mcm loving je ex dia

prettyuglybabe Publish time 4-4-2017 02:16 PM

Themilo replied at 4-4-2017 02:08 PM
geng-geng affin bank tahu la ex-sheols ni macam mana dulu-dulu..

species biawak kah?

mokcikKSKB Publish time 4-4-2017 02:18 PM

budakshinchan replied at 4-4-2017 01:44 PM
Pengasas produk kecantikan kesayangan ramai Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali...

Untung laki tok vida..eyh exlaki merasa jugak kaya sekejapan. Nasib cerai ikut agama..kalau cerai mcm retis holiwud tu nangislah tok vida reta kena bg ke ex laki gaks. ;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: EDISI TAKZIAH : Dato Seri Vida SAH bercerai!


ADVERTISEMENT