azrinaziz Publish time 2-4-2017 06:21 PM

[EDISI QU CERAI] DSV Dalam Proses Penceraian dengan Husbandnya UPDATE #97

Edited by azrinaziz at 3-4-2017 12:05 AM

http://i0.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/ARTIS%20MALAYSIA%202/artis%20malaysia%203/vida%203.jpg?w=584

KOTA BHARU: Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai berita dirinya dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin, sudah berpisah.
Wanita terkenal itu berkata, beliau memilih untuk tidak membuat sebarang komen buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi. "Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.

"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada festival jualan Mood Republik, di sini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada acara berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.

Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengusaha produk kecantikan ini mula bertebaran sejak dua minggu lalu. Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang. "Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah," katanya.

Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga wanita terbabit.

Sumber


Ulasan: Hari tu tonton The House DSV punyalah bahagia. Rupa-rupanya...

barfi Publish time 2-4-2017 06:22 PM

Takziah jika betul

barfi Publish time 2-4-2017 06:23 PM

Siapa yg tekan button gelak tu mmg tak berhati perut :L

zila_hakimie Publish time 2-4-2017 06:24 PM

siannya....
iols x suka dgr cerai2 nih :(

johnazizul Publish time 2-4-2017 06:25 PM

Dah nak menyanyi lak org tua ni...

rempahkari Publish time 2-4-2017 06:25 PM

Sedihnya

nayzaron77 Publish time 2-4-2017 06:26 PM

zila_hakimie replied at 2-4-2017 06:24 PM
siannya....
iols x suka dgr cerai2 nih

Kann.... sedih mcm tak caya je

Dkt the house mcm bahgia je..:rf:

fadz84 Publish time 2-4-2017 06:27 PM

Susah kawin ngn pompuan yg lg berjaya daripada laki ni.. yg laki or ex laki dia tu kje apa dlu? kje ngn dsv jgk ke?

Aizuzu Publish time 2-4-2017 06:31 PM

Tula terkejut berok baca. Mcm xcaya plak

melissa~~ Publish time 2-4-2017 06:34 PM

macam betul je,takziah..:(

Themilo Publish time 2-4-2017 06:38 PM

Well, what to expect? Bila si isteri lebih kaya dari suami..

Sayaaa Publish time 2-4-2017 06:38 PM

Klu betul takziah.Tk bestnya dengar berita cerai2

Sayaaa Publish time 2-4-2017 06:38 PM

Klu betul takziah.Tk bestnya dengar berita cerai2

samasam90 Publish time 2-4-2017 06:38 PM

kesiannya. i tak tahu pula dah nikah 3 x. takziah.
semoga bertabah, dsv

sukesuke Publish time 2-4-2017 06:49 PM

Slalunya kalo wife kaya kawen ngan lelaki muda biasa2 mmg susah nk lekat.sama ada kes laki songlap duit or ada awek lain pun ya..kes dsv nie wallahualam la sebabnya kenapa.

dinahatta Publish time 2-4-2017 06:49 PM

klu betul baguslah. mamat tu mengikis jer.

dinahatta Publish time 2-4-2017 06:50 PM

dari dulu mamat ni bnyk cerita tak baik

barfi Publish time 2-4-2017 06:51 PM

dinahatta replied at 2-4-2017 06:49 PM
klu betul baguslah. mamat tu mengikis jer.

Betul ke??

Aduradura Publish time 2-4-2017 06:52 PM

dinahatta replied at 2-4-2017 06:49 PM
klu betul baguslah. mamat tu mengikis jer.

iolls pun tak suke tgk husband diaaa ..:lol:mcm nk mengikis je..takde langsung vida tunjuk laki dia dkt office ke ..ape ke

chazey Publish time 2-4-2017 06:53 PM

dinahatta replied at 2-4-2017 06:49 PM
klu betul baguslah. mamat tu mengikis jer.

Sukor la cerai if gitu. Moga DSV bertambah jutawan walau tak berlaki. Takyah nikoh la if jantan cuma nak ambik kesempatan terhadap duit berkepuk ko jah.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [EDISI QU CERAI] DSV Dalam Proses Penceraian dengan Husbandnya UPDATE #97


ADVERTISEMENT