laksmanabentan Publish time 22-3-2017 07:43 PM

Mohon Pendapat - Isteri failkan permohonan cerai


salam buat semua..

Saya hanya ingin berkongsi kisah saya dan mohon pendapat kalian.

Saya bernikah pertengahan tahun 2015 dan majlis yang boleh dikatakan meriah di 3 tempat berbeza (tempat perempuan, tempat lelaki dan tempat dimana saya bermaustatin). Saya telah menghabiskan RM50k untuk 2 majlis pihak lelaki dan RM30k untuk duit dan juga barang-barang hantaran. Di takdir kan saya terpaksa kerja di luar negara setelah bernikah jadi saya hanya pulang sebulan sekali kerana kos yang agak mahal. Sepanjang tempoh pernikahan, saya belum sentuh dia kerana dia belum bersedia dan terjadi lah sedikit kesuraman dalam tempoh pernikahan.

Bila mendekati ulangtahun pertama, dia telah failkan permohonan cerai dengan alasan tiada persefahaman dan tiada nafkah diberikan. Alasan nafkah sebenarnya x munasabah kerana saya tetap memberi dia sebesar RM500 sebulan cuma ada ketika pada bulan Feb & Mar '17 saya tidak memberikan wang nafkah. Saya tidak bersetuju dan kes berlarutan ke mahkamah hingga saat ini.

Apakah nasihat kalian.

sally03tomato Publish time 22-3-2017 07:52 PM

Cuba ke board masalah peribadi

mrizumi Publish time 22-3-2017 07:59 PM

Bln yg xbg nafkah ni sbb dh bgaduh ke?

CiliPadiSedap Publish time 22-3-2017 08:15 PM

sentuh dia dulu kalau nak cerai pun.. RM 50K banyak tu..

onexox97 Publish time 22-3-2017 08:16 PM

owh ruginya kahwin xsentuh dia
patutnya lepas kawen terus buat dia mengandung
barulah dia pikir panjang nak cerai

Deidra Publish time 22-3-2017 08:19 PM

Maksud nafkah tidak diberikan yang difailkan oleh isteri bukan hanya merujuk pada nafkah duit bulanan sahaja,tapi meliputi nafkah batin seperti perhatian,kasih sayang dn hubungan suami-isteri. Failure to consume the marriage jika berpunca dari pihak suami memberi hak pada isteri memohon fasakh tau..

Cuba tt pujuk isteri,utk sempurnakan hak yang satu itu. Jika keengganan berpunca dari dia,dan dia sering menolak bilamana diajak bersama oleh suami,tt pula boleh failkan permohonan nusyuz di court...

munchkin Publish time 22-3-2017 08:20 PM

Kawin 80k nafkah rm500 sebulan? Wutta fish? Sebesar rm500 kidding ke apa ni?

chazey Publish time 22-3-2017 08:25 PM

Huh?

Fakta ka propa ni?

onexox97 Publish time 22-3-2017 08:30 PM

80k dah habis byr lum hutang personal loan
tu

ronapink Publish time 22-3-2017 08:34 PM

woww hebatnya kawin habis 80k..
meriah bergemerlapan..

(bukan sindir tt,tp mmg hebat)

nafkah rm500 pun byk dah..

tapi rasanya tawar hati dgn hubungan kasih sayang, ambik berat,punca berjauhan..
ya la ptt isteri faham tt kena berjauhan sbb nak cari duit,nk buat majlis ulangtahun bg meriah lagi..

sebu1 Publish time 22-3-2017 08:35 PM

Bercinte ke tidak sblm kawin:o musykil aku kamu x sentuh isteri begitu lame

Rayna90 Publish time 22-3-2017 08:39 PM

Patut lah kau asyik tgk butt coco tadi ;P gurau je

aldilla_zahraa Publish time 22-3-2017 08:59 PM

Kau kawin paksa ke apa ni?

hanisbunny Publish time 22-3-2017 09:24 PM

hrmmm.. kesiannye..klu bercerai mcm tu je..niat seks dh la xdpt..I wish the best tt..harap the finale decision that u make would be the best thing u ever done!

syadq Publish time 22-3-2017 10:05 PM

Kenapa tak bawak ke luar negara? Ke spore je.

Joannalee Publish time 22-3-2017 10:19 PM

Klu belum bersedia kenapa die setuju berkahwin.. saman die blh ke ? suh byr balik wang hantar an n Mas kawen... Sentuh pun x dpt ... umpama dianiaya...

doubleA Publish time 22-3-2017 11:14 PM

Oversea mana tu? Wow kawen habis 80k ulang tahun perkahwinan pertama nak cerai dah realiti kah?

merah_arjuna Publish time 22-3-2017 11:20 PM

KALO WIFE NAK CERAI MINTAK DIA TEBUS TALAK...DIA BAYAR BALIK DUIT 80K N U CERAIKAN DIA

cekgihani Publish time 22-3-2017 11:25 PM

Macam pelik pulak tt xpenah sentuh dia. 3 majlis di 3 tempat yg berbeza. Xkan la 3 hari berturut turut. Atleast 3 majlis tu dlm tempoh 1 hingga 2 minggu. Ke lepas majlis ke 3 tu tt trus fly? Alasan isteri tak bersedia di awal pernikahan blh trma lg. Bila balik sbulan skali pun x dapat jugak? Korang ni kawen berhabis tp xde rasa cinta ke mcm mana? Ishhh aku xpaham la. Cer citer detail skit brapa lama tempoh korang kawen sblm duduk berjauhan

cekgihani Publish time 22-3-2017 11:25 PM

Macam pelik pulak tt xpenah sentuh dia. 3 majlis di 3 tempat yg berbeza. Xkan la 3 hari berturut turut. Atleast 3 majlis tu dlm tempoh 1 hingga 2 minggu. Ke lepas majlis ke 3 tu tt trus fly? Alasan isteri tak bersedia di awal pernikahan blh trma lg. Bila balik sbulan skali pun x dapat jugak? Korang ni kawen berhabis tp xde rasa cinta ke mcm mana? Ishhh aku xpaham la. Cer citer detail skit brapa lama tempoh korang kawen sblm duduk berjauhan
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Mohon Pendapat - Isteri failkan permohonan cerai


ADVERTISEMENT