CARI-HBZ Publish time 22-3-2017 06:24 PM

Ke Pakistan Ke Kita? 5 Tempat Menarik Ini Pasti Buat Anda Teruja

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/22/182258bqnacw00vq0h00w2.jpg




Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak bersempadan dengan India dan majoriti penduduknya adalah muslim.


Mengikut perkembangan serta trend terkini sektor pelancongan, negara Pakistan masih kurang dikunjungi oleh pelancong dari Malaysia mungkin kerana kurangnya pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sana.


Kalau nak ceritakan memang banyak tempat menarik di Pakistan tapi kali ini CARI hanya kongsikan 5 tempat sahaja yang paling popular di sana.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/22/182225ocz2s1yyc2ccid21.jpg




Quetta
Quetta dikenali sebagai “kebun buah” dan terletak bersempadan dengan Afganistan. Kawasan ini mempunyai penduduk yang padat serta dilindungi bukit berbatu yang cantik.


Berikut adalah beberapa tempat di Quetta yang boleh anda kunjungi antaranya Hanna Lake, Geological Museum, Archaeological Museum, Baluchistan Arts, Council Library, Hazarganji /Chiltan National Park, Pir Ghaib Waterfall dan Picnic Spot.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/22/182202fswptqgpik3pss1z.jpg



Muzaffarabad
Muzaffarabad merupakan salah satu bandar besar di Pakistan. Di kawasan ini terdapat sungai, lembah, hutan, kebun yang pasti menjanjikan pemandangan indah buat pengunjung. Jadi, tidak hairanlah jika Muzaffarabad ini menjadi antara lokasi tumpuan utama dikalangan pelancong.


Antara tempat pelancongan yang boleh kunjungi di Muzaffarabad adalah Neelam Valley, Jehlum Valley, Sathra, View Point, Lohar Gali, Red Fort, Black Fort, Makra Mountain, Kaghan Valley, Pir Chanasi, Machiara National Park, dan Subri Lake.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/22/182131w9844znvek8b0fgf.jpg



Babusar
Bagi yang suka kan aktiviti lasak seperti mendaki bolehlah cuba menakluki gunung yang ada di Babusar, Pakistan. Jika anda berjaya mendaki hingga ke puncak, kepenatan anda pasti terubat kerana pemandangan lembah Kaghan akan "memukau anda".



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/22/182053pjbzzgxyu1kmne1t.jpg


Murree
Murree merupakan tempat paling indah dan popular di Pakistan. Tempat ini terletak di lereng selatan kaki bukit Himalaya Barat dan menjadi tempat liburan popular bagi penduduk Islamabad.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/22/182034eekq8j8k198d92sw.jpg




Swat
Swat merupakan tempat yang banyak lembah sungai, kawasan pergunungan tinggi, dan juga tasik. Ketika Ratu Elizabeth II berkunjung ke Swat suatu ketika dahulu, dia menyebut Swat sebagai the Switzerland of the east (Swiss dari timur).





Teruja tak? apa ditunggu lagi, jom jadikan Pakistan sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya. - CARI




DeeHanania Publish time 22-3-2017 06:44 PM

Gambar pertama tu cantik,
Tringat filem lakonan Salman Khan,Bajrangi Bhaijaan...

alieyrina Publish time 22-3-2017 08:37 PM

Sebut pakistan aku pun teringat cerita bajrangi tu..

AbukRokok Publish time 22-3-2017 09:25 PM

Puki-stan

merrissa Publish time 23-3-2017 07:17 AM

sapa dh prnh p? selmt x?

devilito2 Publish time 23-3-2017 07:27 AM

subhanallah... cantik

mirebus Publish time 23-3-2017 07:35 AM

cantiknya keindahan alam semulajadi..

jejai Publish time 23-3-2017 09:20 AM


pakistan memang cantik.tp sayang mostly negara Islam kurang membangun. apa sebab pun x tau la








chinta89 Publish time 23-3-2017 09:28 AM

DeeHanania replied at 22-3-2017 06:44 PM
Gambar pertama tu cantik,
Tringat filem lakonan Salman Khan,Bajrangi Bhaijaan...

iols tgk cte tu tp rse mcm x brpe suka sgt... huhuhu. owh ye utk takOT hehe

btw byk jugak tempat yg cantik ek di pakistan {:mllove:}

syitaeyqa Publish time 23-3-2017 10:39 AM

i teringin pegi. cantikkk. lg satu, india n iran. lawaaa

cLiNiQue^HaPPy Publish time 23-3-2017 10:49 AM

cantiknyaaaaaaaaaa :loveliness:

DeeHanania Publish time 23-3-2017 11:09 AM

chinta89 replied at 23-3-2017 09:28 AM
iols tgk cte tu tp rse mcm x brpe suka sgt... huhuhu. owh ye utk takOT hehe

btw byk jugak te ...

Ahaa,sbb bila ngok gambau pertama tu,teringat filem Bajrangi Bhaijaan,msa Salman naik bas gan wrtwn yg ikut dia skali nak antau budak tu balik

vanillaninja Publish time 23-3-2017 11:33 AM

Ada sesiapa pernah ke sana ke? Bersih tak? Tengok dalam pic macam cantik.

hdon Publish time 23-3-2017 01:09 PM

Cantikk :)

archer13 Publish time 23-3-2017 01:46 PM

swat cantik :)

shahrilhassan01 Publish time 23-3-2017 01:47 PM

3 kali pergi pakistan memang terbaik...natural beauty

Leo_Gurlz Publish time 23-3-2017 03:15 PM

Siapa pencinta alam semula jadi sesuai pergi pakistan. memang cantikkk {:3_85:}

HannahMontana Publish time 23-3-2017 07:24 PM

org2 Pakistansikapnya tidak secantik tempat2nya.....

Artemesiaa Publish time 27-3-2017 04:11 PM

Country side dia memang cantik tapi bahaya kalau gi sendiri melainkan ada guide atau ada kenalan bersama

batman_2007 Publish time 28-3-2017 10:12 PM

I pernah travel beberapa tmpat atas dunia ni. And yess. Pakistan yg swat i pernah pergi. Sangat cantik.... tmpt paling indah i pernah visit stkt ni...
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Ke Pakistan Ke Kita? 5 Tempat Menarik Ini Pasti Buat Anda Teruja


ADVERTISEMENT