dauswq Publish time 20-3-2017 02:14 PM

Pertandingan Karikatur Kmania 2017



Hi all,
Lama kiranya kami tak buat games.

Kali ini, kami akan anjurkan pertandingan karikatur pelakon korea yang korang suka. Korang boleh guna adobe Photoshop, online software atau lorek sendiri atas kertas dan kemudiannya scan. Gunakan segala kreativiti yang korang ada. Hasil kerja korang adalah hakcipta korang, dan Kmania tak berhak mengambilnya untuk tujuan keuntungan tanpa kerelaan korang.


Keputusan akan ditentukan melalui 60% undian awam dan 40% penjurian daripada team media kami. Pemenang akan menerima hadiah produk Misha dan goodies lain hasil sponsor oleh Buletin Kpop Malaysia. Untuk pengguna CARI Forum, selain daripada hadiah berkenaan, anda akan mendapat kredit forum.

Syarat penyertaan:
1. Warga Malaysia atau tinggal di Malaysia.
2. Gunakan contoh artwork dilukis seperti di bawah sebagai sandaran.
3. Pastikan lukisan anda adalah hakcipta sendiri, bukannya mengambil daripada hak orang lain.
4. Hantar artwork korang guna facebook atau instagram atau twitter kami, hashtag #karikaturkmania #artistikkorea di mana anda tandatangani artwork dengan menggunakan nickname anda. Bagi pengguna forum, memadai dengan hanya buat posting bergambar di bawah ini saje.
5. Sertai sebelum 16/4/2017.

Dan paling penting, kita hanya buat game ini sekadar suka-suka.

http://i.imgur.com/AYjEKq2.jpg http://i.imgur.com/vetmuhy.jpg http://i.imgur.com/mPWaWph.jpg

#kmania


Pages: [1]
View full version: Pertandingan Karikatur Kmania 2017


ADVERTISEMENT