asdlkj Publish time 18-3-2017 11:10 PM

Kecil hati dgn suami dan adik ipar

Saya baru berkahwin 6 bulan lebih. Sy mengandung 3 bulan dan keadaan saya tidak berapa sihat, Dr. pernah kata saya mungkin mengalami keguguran ketika 8 minggu. Alhamdullilah sehingga kini kandungan masih kuat ttp sy masih sakit perut dan muntah2. Sy mengalami masalah dgn adik ipar lelaki (24 tahun). Pertama, dia kerap call dan whatsapp suami (26 tahun) menyuruh saya bergaul dgn keluarga suami. Kedua, sering menyuruh suami dan saya balik ke rumah. Ketiga, dia berkata jgn sampai ibu bapa berkecil hati kerana melebih lebihkan mertua. Utk pengetahuan saya dan suami tinggal di rumah ibu bapa saya sejak kawin. Istilah melebih lebihkan keluarga saya sepatutnya tidak timbul kerana memang tmpt tinggal kami disitu. Terbaru, adiknya meminjam kereta suami kerana keretanya dihantar ke ---. Katanya akan pulang dlm masa 3 hari. Adiknya suruh suami menyuruh saya ambil dan hantar suami ke tempat kerja kerana adiknya pinjam keretanya. Saya amat terkedu kerana saya juga perlukan kereta utk pergi dan balik kerja. Tambah pula, jarak tmpat kerja kami jauh dan beza waktu kerja 1 jam. Dengan keadaan sy lagi yg mengandung, sy tidak sanggup nak berada di atas jalan raya selama 1 jam lebih. Sejak kawin saya hanya tido di rumah mertua 2x tetapi balik rumah mertua setiap bulan (balik hari)(kecuali 1 bulan krn pendarahan), suami balik hari 2x seminggu. Saya memg susah bergaul ttpi sy tidak memburukkan org dan tetap menghormati org. Sy ambil masa utk selesa dgn org. Rasanya tidak salah jika menjadi diri sendiri selagi tidak langgar hukum agama. Saya tidak suka balik ke rumah mertua kerana rumah berbau rokok, bilik panas tiada dpt cahaya matahari, adik2 suami kesemuanya lelaki dan perlu menjaga aurat sentiasa. Pernah saya berdarah hidung ketika di rumah mertua, saya rasa kerana terlalu panas dgn udara yg tidak sihat dan pakai tudung tak bukak2, kepala pun pening. Saya mahu meminta pendapat secara adil,saya tertekan kerana saya dianggap seperti kakak ipar yg tidak membantu abangnya pergi hantar ke tmpt kerja dan tidak menjadi menantu yg baik. Saya juga berkecil hati dgn suami kerana membiarkan adiknya sewenang wenangnya berkata sedemikian tentang saya. Setiap whatsap n call suami, dia pasti gelarkan saya sebagai "bini kau" daripada "kakak".Saya amat terguris dgn adik ipar saya kerana dia seperti menyibuk di dalam rumah tangga kami. Suami pula sering ingatkan kpda saya bahawa adik2nya perlu dibantu olehnya. Jadi saya tiada hak halang mereka daripada minta bantuan. Masalahnya kenapa saya pula terlibat sama kena hantar n ambil si suami kerja. Suami juga berkata mereka adalah adik2nya jadi mereka ada hak utk bersuara seperti suruh saya balik rumah, bercampur kluarga dan sebagainya. Saya sgt sedih kerana saya dianggap seperti manusia yg sempurna utk memenuhi semua kehendak adik ipar. Si suami pula tidak tahu peritnya saya tanggung bila suami tak pertahankan diri saya.

onexox97 Publish time 18-3-2017 11:37 PM

buat tugas awak sebagai isteri, menantu, dan juga ipar. xperlu buat bukan tugas awk terutama dalam keadaan awk yg juga tak sihat, kalau awk bleeding dan keguguran pun adakah mereka akan bantu,
stop mengharap pada semua, termasuk suami.
takperlu hantar suami dan ambik dia dr tempat kerja biar dia uruskan sendiri, jgn terlalu berdikari pura2 lemah dan xlarat, tengok setakat mana simpati dan tanggungjawab suami pada isteri mengandung ni,
ignore je kata2, buat tak tahu je, nanti diam la diorang,

mujer_in_espejo Publish time 19-3-2017 01:56 AM

Nmpk jelas adik ipartt ni tidak matang, lagi2 lelaki n bujang x phm klu ada isteri yg mngandung camna. Mudah2kan ipar tt kawin cepat n dpt bini, merasalah dia gimana hidupnya slps itu:lol:

Mmg tidak bertimbang rasa lgsung ipar tt ni. :mad:

prettyuglybabe Publish time 19-3-2017 02:11 AM

pedulikan je la adik ipar tu.. jaga rumahtangga awak sudah.. instead of awak pergi hantar suami, why dont bg je suami bawa kereta awak, dia yg kena hantar dan amik awak pergi kerja.. awak menantu sulung ke?

Victorioussss Publish time 19-3-2017 03:03 AM

my 2 cents..pindah dari umah parents u la sis.

1. move out. find a good place to start your family.
dari situ belah inlaw tak kan ade modal yang husben u lebihkan parents u.
bile u dah move out and live on your own, husben akan tau priority dia, iaitu pada family yang baru dia nak bina.

tanggung jawab suami still pada mak ayah dia, kemudian baru isteri.
diulangi, mak ayah dia..bukan adik beradik dia. mak ayah.

mohon adik ipar tu potong scrotum dia kalau tak leh nak independent gi keje pun nak suruh orang kutip.

pasal balik umah inlaw, better u pakai mask atau bagitau direct kat husben u, yangpasal asap rokok tu. i smoker yang berjaya, tapi agak bodoh kalau isap rokok dalam rumah nak nak kalau ader preggy woman sekali dalam tu! itu sangat bodoh

pindah. cari yang jauh dari parents husben u. yang sesuai untuk u mulakan rumah tangga.
pindah sis..contohilah orang nomad.

CardiGans85 Publish time 19-3-2017 06:03 AM

Sis,kena pindah n ddk umah sndiri. Hidup dgn ipar ni kdg2 kena pekak kan telinga sbb bg sy,selagi kita tau beza mana baik dan buruk,just go with d flow. Bg sy,ipar tt tu seorg penyibuk,spoiled brat,selfish dan x hormat sis sbg kak ipar.
Psl rokok tu,mmg x sihat la udara dan kepam rumah in law klu mrokok dlm rumah. Lg2 klu ada ashtray atas meja.Tlg ckp pd suami tt. Sy sndiri cukup pantang org merokok dlm rumah sbb ini pkara yg x bole d tolak ansur. Bg sy,org yg xde otak je merokok dlm umah ni.

KelisaOren Publish time 19-3-2017 06:25 AM

Mungkin awak belum boleh sesuaikan diri dgn keluarga mertua sebab baru 6 bulan kawin...Dah lama sikit ok la nanti...Yg penting awak hormat ibu bapa mertua,rajin2 la call Tanya khabar,tolong2 sikit mak kat dapur...Kalau diaorg dok bersembang 1 family awak join...Nanti ok la tu ipar2 awak...Suami awak tu bagus sebab dia anak dan abang yg bertanggungjawab cuma kalau awak rasa ipar awak tu dah melampau cuba la suruh suami tegas sikit...Memang susah suami awak nak jaga Hati semua org sebab dia sayang awak Dan family dia...Asalkan dia jalankan tanggungjawab sebaik2nya rasanya masalah awak ni masih boleh diselesaikan dgn baik

asdlkj Publish time 19-3-2017 07:20 AM

prettyuglybabe replied at 19-3-2017 02:11 AM
pedulikan je la adik ipar tu.. jaga rumahtangga awak sudah.. instead of awak pergi hantar suami, why ...

Tempat kerja saya lebih jauh berbanding suami, jadi kalau suami hantar, dia akan ulang alik, dan perlu juga gerak awal pagi dan saya perlu tunggu office buka sehingga pukul 9am.. Ya, saya menantu sulung..

asdlkj Publish time 19-3-2017 07:26 AM

Saya memang plan utk pindah rumah tetapi selepas berpantang kerana ekonomi tidak brapa stabil dan perlu jagaan emak utk tgk2 kan saya ketika suami tiada di rumah. Saya rasa pakai mask tu memang bagus la :) . Saya risau bila suami tertekan dengan sikap adik ipar yg suka push2 dia.. Alhamdulillah,terima kasih semua krn luangkan masa berikan pendapat..

Genkidesuka Publish time 19-3-2017 07:31 AM

Assalammu'alaikum TT,

Jgn fikir sgt.Rasa stress bahaya utk kandungan TT.

Semoga TT dpt berbincang elok2 dgn suami.Semoga Allah melembutkan hati suami TT utk memahami keadaan TT.Semoga TT bersabar dgn org2 di sekeliling TT.

Deidra Publish time 19-3-2017 07:35 AM

Pasal kereta,adik ipar tu nak pinjam tiga hari je kan? Ok takpe..cuba kasi can tengok betul ke nak guna tiga hari. Dalam tiga hari tu tt kena tahan sabar. Kalau lepas tiga hari kereta masih tak pulang ke pangkal jalan,bolehlah tt usulkan "adik awak nak guna kereta,kita dah bagi.janji tiga hari.ni dah lebih tiga bulan dah ni,so how?tiga bulan saya suffer stress kena anta amek abang macam babu sedang adik awak senang lenang perguna kereta awak untuk kesenangan idup dia.jangan betis diberi tak cukup nak baham satu body pulak.gajah pun mati gini"

sebu1 Publish time 19-3-2017 09:45 AM

Pindah rumah sendiri dan lepas tu buat hal sendiri jgn peduli kerenah adik ipar tu. :zz aku pule angin bace kate2 adik ipar kamu tu. Ape adik ipar kamu lagi tue dari kamu ke tt:o

asdlkj Publish time 19-3-2017 10:20 AM

sebu1 replied at 19-3-2017 09:45 AM
Pindah rumah sendiri dan lepas tu buat hal sendiri jgn peduli kerenah adik ipar tu. :zz aku pule ang ...

Tidak, saya lagi tua dari adik ipar, umur saya 26 tahun... Hehehe sabar ya jgn angin2..

asdlkj Publish time 19-3-2017 10:24 AM

Deidra replied at 19-3-2017 07:35 AM
Pasal kereta,adik ipar tu nak pinjam tiga hari je kan? Ok takpe..cuba kasi can tengok betul ke nak g ...

Ya. Saya cuba bersabar dlm 3 hari ini.. saya cuba ketepikan perasaan terguris hati pada adik ipar yg sesuka hati mengarah2 kami suami isteri dan tidak ada rasa bersalah..

sebu1 Publish time 19-3-2017 10:27 AM

asdlkj replied at 19-3-2017 10:20 AM
Tidak, saya lagi tua dari adik ipar, umur saya 26 tahun... Hehehe sabar ya jgn angin2..

Nasib baik. Kamu boleh tegur dia tanpa rase segan.:P

Deidra Publish time 19-3-2017 12:25 PM

asdlkj replied at 19-3-2017 10:24 AM
Ya. Saya cuba bersabar dlm 3 hari ini.. saya cuba ketepikan perasaan terguris hati pada adik ipar...

Saya rasa isu pinjam kereta hanya sekadar testing method. Nak tengok abang dorang masih ingat ahli keluarga atau tidak. Cuba tt tak kasi pinjam, nanti akan keluarlah bahasa-bahasa "dah ada bini,adik-beradik susah pun tak boleh nak tolong"

Kalau test ni lulus, tt jangan terkejut kalau ada sequel test yang menyusul.

I think idea pindah dari rumah parent tt suatu yang bernas juga. Mungkin mereka mula rasa mereka dah 'kehilangan' abang sendiri bila kalian hidup dalam kelompok family belah tt.

prettyuglybabe Publish time 19-3-2017 01:15 PM

asdlkj replied at 19-3-2017 07:20 AM
Tempat kerja saya lebih jauh berbanding suami, jadi kalau suami hantar, dia akan ulang alik, dan p ...

tu la masalah awak.. terlalu memikir susah suami.. peduli apa dia kena berulang jauh.. sapa suruh bg adik pinjam kereta kalau dia pun susah? biar la dia rasa sebab kebaikan dia sangat tu.. awak patut take care diri awak lagi-lagi tengah mengandung ni..

onexox97 Publish time 19-3-2017 01:29 PM

suruh je suami pergi keja naik uber ke naik grab car ke asalkan bukan tt yg hantar ambik dia
masa mengandung ni jugaklah masa tt nk test suami samada cinta dia kat tt seteguh karang atau cinta hangat2 taik ayam

nuryakmal Publish time 19-3-2017 09:02 PM

What about your relationship between u and his mom and dad? Adekah u ni jenis ddk mendiva saja or what?

asdlkj Publish time 19-3-2017 10:46 PM

nuryakmal replied at 19-3-2017 09:02 PM
What about your relationship between u and his mom and dad? Adekah u ni jenis ddk mendiva saja or wh ...

Alhamdulillah, ibu dan ayah mertua sgt baik cuma mereka rasa saya dan suami perlu balik tidur sana seminggu sekali dan sering singgah ke rumah tiap kali lalu dirumah mereka. Saya tak mampu utk dtg seminggu sekali, saya ada juga pakaian yg perlu basuh dirumah dan perlu mengemas ketika hari minggu. Wlaubgaimanapun saya akan cuba dtg sekerap mungkin walaupun sekejap, cuma sy risau kesihatan sy yg masih sakit perut dan tidak larat utk turuti kehendak mereka.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Kecil hati dgn suami dan adik ipar


ADVERTISEMENT