CARI-MAL Publish time 15-3-2017 11:23 AM

Kehadiran Kim Tae Hee Menggamatkan Suasana Di Pavilion KL

Siapa yang tak kenal dengan pelakon terkenal Korea, Kim Tae Hee yang pernah dilabelkan sebagai wanita tercantik Korea ataupun “Nation Goddes”.


Membintangi drama terkenal seperti Stairway to Heaven (2003), Love Story in Harvard (2004), dan Yong-Pal (2015), ini merupakan aktiviti rasmi pertamanya selepas melangsungkan perkahwinan dengan Pop Star, Rain, pada 19 Januari lalu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/15/111804b76vpi914di8ahb7.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/15/111806l3mz1mnau14lul1x.jpg




Penampilan khas Kim Tae Hee dibawakan khas oleh Bonia Malaysia sempena perasmian butik berjenama mewah Bonia yang terbaru di Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu. Kehadirannya ditunggu ramai peminat setia yang begitu teruja untuk bersemuka secara langsungdengannya sedari pagi lagi.


Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Alvin Chong, Haiza Karina Teo, Debbie Goh, Aliff Aziz, Nazim Othman dan juga Azrel Ismail di samping aktiviti lukisan karikatur secara percuma oleh empat pelukis professional karikatur tempatan yang di bawakan oleh kakiseni.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/15/111805oieffila8l76yilg.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/15/111805aznzlmxpwzmzn217.jpg



"Saya pernah singgah ke Johor Bahru tahun lalu semasa saya ke Singapura. Jadi, saya rasa begitu teruja kerana dapat berkunjung semula ke sini," ujarnya.

Bekas penuntut jurusan Ijazah Fesyen Seoul National University itu sempat berkongsi mengenai minatnya terhadap dunia rekaan fesyen. Malah, dia juga menyatakan kesudiaan untuk berkolaborasi dengan pihak Bonia untuk mereka beg tangan dan berharap ianya dapat dipasarkan di sini kelak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/15/111806dbdld8lebqwslzb4.jpg



Ketika ditanya mengenai citarasa bag tangan pilihannya, Tae Hee menjawab “Saya menggemari bag tangan bersaiz kecil tetapi ianya mestilah memuatkan kesemua barang saya," jelasnya.


Biarpun masa bersama Kim Tae Hee singkat ternyata dia kelihatan gembira sepanjang majlis berlangsung. Semoga Kim Tae Hee akan mengunjungi lagi peminatnya di Malaysia. - CARI

IxoraP Publish time 15-3-2017 11:25 AM

cantik dia ni

myakayina Publish time 15-3-2017 12:07 PM

ni bini rain kan? masa sheols ke JB ummah sana takde nampak ke?

BebeQ Publish time 15-3-2017 02:48 PM

aku ni tak la kenal. rasanya kalau laga bahu pun masih tak sedar dia retis.

JeNaB_PopPop Publish time 15-3-2017 03:16 PM

aku minat sgt ngan dia start tengok citer Love Story in Harvard...dia kan mcm juling2 air sikit...memang lawa...tapi ni nmpk mcm dh tua sikit...

anaktoyol Publish time 15-3-2017 04:20 PM

JeNaB_PopPop replied at 15-3-2017 03:16 PM
aku minat sgt ngan dia start tengok citer Love Story in Harvard...dia kan mcm juling2 air sikit...me ...

harus lah nmpk tua...dah almost. 40 kot

hanisbunny Publish time 15-3-2017 05:45 PM

cantik sheols..I ade bace dkt mane nth, katenye, muke sheols ni antara yg plg byk rujukan untk plastic surgery dkt korea..Katenye rmi yg adore sgt2 dgn muke die neh an really want to look like her...

nadie90 Publish time 15-3-2017 05:49 PM

Untung Nazim dpt bergmbr dgn Kim Tae Hee...kali ni xangkut Rain skali plak:lol:

VuJiE Publish time 15-3-2017 06:00 PM

cantiknya dia

RatuDunia94 Publish time 15-3-2017 07:25 PM

Cantik tp typical korea..

saladin780 Publish time 15-3-2017 08:02 PM

RatuDunia94 replied at 15-3-2017 07:25 PM
Cantik tp typical korea..

ye la kan master copy utk buat acuan2 muka yg lain;P

MistrezHermanaz Publish time 17-3-2017 01:04 PM

suka tgk muka dia mase remaja dulu..yelah dh almost 40 nmpk ler kertu sekrg

http://asiacue.com/images/persons/k/Kim,%20Tae-Hee_image.jpeg

https://pbs.twimg.com/profile_images/378800000672688190/11b83214d31bbb05e7e8e19a3ea4aa6a_400x400.jpeg

Awindlike Publish time 12-4-2017 05:23 PM

Cantik Kim Tae Hee ni

sxxsso Publish time 31-12-2017 07:37 PM

sheolls ni complte package
lawa pandai kaya
seoul national university tuu bukan calang calang org yg masuk :loveliness:

nadeaosmand Publish time 6-1-2018 11:28 AM

sxxsso replied at 31-12-2017 07:37 PM
sheolls ni complte package
lawa pandai kaya
seoul national university tuu bukan calang calang org...

betul. sebab tu orang cakap dia beauty with brain. dia cantik dan tengok cara dia bercakap dlm interview pun nampak personalitinya orang baik2 tapi lakonan dia agak so-so. kalau tengok drama dia berlakon takde mood nak go on. teringin nak tengok kim tae hee pegang watak lain dr yg lain.
Pages: [1]
View full version: Kehadiran Kim Tae Hee Menggamatkan Suasana Di Pavilion KL


ADVERTISEMENT