angahsmart Publish time 13-3-2017 02:23 PM

Anak Cengeng..Solusi??

Assalamualaikum warga forum CARI sekalian,

Aku ada permasalahan sikit nak tanya. Aku ada 2 orang anak setakat ni. Anak no.2 umo baru setahun 2 bulan. Cuma dia ada masalah sikit yakni terlalu cengeng ataupon "clingy" bak kat mat salleh dengan bini aku. Mungkin sebab sekarang dia fully breastfeed. Kadang2 cengeng dia tu buat aku agak stress, sebab bini aku tak boleh / susah nak buat pape keje. Don't get me wrong, aku sayang dua2 anak aku. Masing2 comel dan ada pe'el sendiri. Yang aku perasan, kalau bini aku kat lua tengah berniaga (weekend), aku take over jaga anak2 aku memang takde hal punya. Aku akan layan main geletek2, dan kadang2 dorang main sendiri.

Tapi the moment bila bini aku ada, ataupon anak no.2 aku terdengar suara bini aku, atau ternampak je dia, mesti dia nanges kaw2 nak menempek kat dia. Aku pon jeles jugak sebab aku sendiri susah nak ada private time dengan orang umah. hahahaha. And kalau dia start breastfeed, dia nyonyot pon kejap2 je. Bila bini aku nak bangun ke tandas ke, ke dapur ke, terus melalak. Mana2 parents yang ada pengalaman camni, boleh tak korang share tips camne nak handle benda ni. Adakah masalah ni akan hilang once dia makin membesar? Atau ada cara lain? {:scareo

CiliPadiSedap Publish time 13-3-2017 03:06 PM

:lol: tahniah dah nikah.. normal rasanya.. tp mengikut pengalaman kaka anak cmni akan menjadi.. tak payah jealous..

kalau jealous jarakkan buat anak

rospinki Publish time 13-3-2017 03:33 PM

pasal tu lahir je baby jgn biasakan melekap menetek..lepas je bagi susu baringkan kt bawah..sendatkan dgn bantal kiri kanan.

aku perati je mak2 ni..asik mendukung baby..mana tak budak tu tknak lepas sikit2 nangis. yg dpt laki rajin tolong okla..ni dpt laki pemalas anak lak buat perangai..berulat la umah.

tapi syukur..smua anak2 aku tk cengeng..malam tido smpi pagi tk nangis..siang tido kejap2 tapi takla melalak melolong..stress ooo:mad:

angahsmart Publish time 13-3-2017 04:04 PM

CiliPadiSedap replied at 13-3-2017 03:06 PM
tahniah dah nikah.. normal rasanya.. tp mengikut pengalaman kaka anak cmni akan menjadi.. tak...

menjadi camne tu kak? jealous tu tak banyak pon. boleh cakap 0.01% je. cuma kesian kat bini kadang2 tu nak buat kerja lain pon susah. saya takde hal boleh jaga sume. cuma memang nampak dia nak ke ibu nya sahaja. kesian ada, geram pon ada. selamat la comel, boleh tonyoh2 pipi tu.

angahsmart Publish time 13-3-2017 04:05 PM

rospinki replied at 13-3-2017 03:33 PM
pasal tu lahir je baby jgn biasakan melekap menetek..lepas je bagi susu baringkan kt bawah..sendatka ...

tu lah, ni baru 2 orang anak. datang no.3 ke no.4 nanti entah pe'el ape la pulak.

CiliPadiSedap Publish time 13-3-2017 04:30 PM

angahsmart replied at 13-3-2017 04:04 PM
menjadi camne tu kak? jealous tu tak banyak pon. boleh cakap 0.01% je. cuma kesian kat bini kadang ...

menjadi maksudnya cukup didikan mak abah..jadi manusia berguna.. kadang2 kena keras sikit.. didik molek2.. tu anak.. bukan pokemon go.. kalau tak nak bagi kaka.. kaka suka budak2

sabar_sabariah Publish time 14-3-2017 01:44 PM

anak aku dah nak masuk 3thn dok mengempeng dgn aku lagi
mak aku kata kalo time aku keje, dia elok je
main sendiri..tak menagis langsung, gelak ketawa je
tapiiiiiii
bila aku melangkah je masuk dlm rumah
mula lah drama dia
"ibu nak dukung"
"ibu nak baring (nak mengempeng la tu..."

so, aku cuba alihkan perhatian dia
selalunya aku ajak dia main basikal kat luar
kalau malam pun sama, aku bagi limit smp 9.30pm main basikal
masuk dalam rumah aku ajak dia baca buku
pastu tengok movie dalam sejam

kalau time tak kerja
aku ajak dia pergi kebun tengok pokok2 sayur
aku ajak dia berkebun

pendek cerita
cuba alihkan perhatian dia kat benda lain la

angahsmart Publish time 14-3-2017 03:12 PM

sabar_sabariah replied at 14-3-2017 01:44 PM
anak aku dah nak masuk 3thn dok mengempeng dgn aku lagi
mak aku kata kalo time aku keje, dia elok j ...

dah besar camtu okay la. ni anak kite baru je setahun 2 bulan. hahahah. ada kala comel jugak telatahnya. ada time bila dia tak nak mak dia duk diam tu yang buat angin. huhuh.

leylapple Publish time 14-3-2017 03:44 PM

ui..samalah dgn anak aku.... setahun 3 bulan...

entah la bila nak stop...

angahsmart Publish time 14-3-2017 04:29 PM

leylapple replied at 14-3-2017 03:44 PM
ui..samalah dgn anak aku.... setahun 3 bulan...

entah la bila nak stop...

kadang2 tu bila datang angin marah aku kat anak no.2, aku ugut, bagi adik kang baru ko tau. sebab anak sulung dengan yang no.2 ni beza 2 tahun je. so masa anak sulung newborn dulu, dia menetek pon dalam 2-3 bulan je. pas melekat no.2 teros dia tak nak dah. hahaha.
Pages: [1]
View full version: Anak Cengeng..Solusi??


ADVERTISEMENT