CARI-MAMS Publish time 6-3-2017 07:06 PM

Teaser Deadpool 2 Menjadi Tular, Banyak Adegan Melucukan!



Ketika semua peminat filem adiwara mengucapkan selamat tinggal kepada Wolverine dalam filem terbaharu, Logan nampaknya Fox tidak berhenti setakat itu.


Para peminat dikejutkan dengan tayangan teaser Deadpool 2 yang memang dinanti-nantikan! Filem pertamanya begitu sukses dengan kutipan tiket sehingga USD 760 juta atau bersamaan RM3.3 billion!


Sebenarnya, tak banyak yang dipaparkan menerusi teaser tersebut, namun kelibat Ryan Reynolds sentiasa memberi impak tersendiri.


Menerusi teaser itu, Deadpool terserempak dengan mangsa yang menjadi satu jenayah rompak. Berbeza dengan watak adiwira lain, Deadpool 'mengambil masa' atau terhegeh-hegeh untuk bertukar menjadi superhero. Sambil itu, muzik latar memainkan lagu tema Superman. (Ya, mengajuk watak Superman!)


Z5ezsReZcxU


Dengan rasa tak bersalah pun, kelewatan Deadpool menukar 'pakaiannya' menyebabkan mangsa ditembak oleh si penjenayah.


Teaser itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan para peminat. Selain 'mengejek' dan mengajuk lagu tema Superman, Deadpool turut menyindir watak Logan yang katanya lebih pantas bertindak kerana tidak perlu menukar baju! Lawak betullah Deadpool!


Apa pun, masih belum diketahui bila tarikh sebenar tayangan Deadpool 2 ini. Yang pastinya ia mengesahkan 'Not Too Soon', jadi peminat harus menunggu setahun lagi ya! - CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/06/190318gygfnlp4oy3ikp4y.jpgFoto: Carian Internet

Orix Publish time 6-3-2017 07:34 PM

can't wait... trigt lawak deadpool kutuk suara david beckham...

AbukRokok Publish time 6-3-2017 07:42 PM

tazabar tunggu kolam mati 2

Rainrein Publish time 6-3-2017 09:23 PM

Tak sabar pun kene sabar jugek la sebab lambat lagi tayangannye kan.

Tapayana Publish time 6-3-2017 09:31 PM

perasan tak kat board belakang tu ada tulis LOGAN ??

bila tgok scene asap sana sini, ada panggung wayang kat belakang, kawasan plak tmpat gelandangan bersarang sebiijik mcm scene mak bapak bruce wayne mati dibunuh

pastu plak scene dia lambat tukar baju, lambat bertindak ni mcm scene spiderman biarkan pencurik duit jokey gusti tu lari depan mata dia. hasil kelewatan dia tu, uncle ben dia mati.

alieyrina Publish time 6-3-2017 09:51 PM

Dedpool ni cita lawak ka..aku nk rakam yg 1st la..

spiderman80 Publish time 6-3-2017 10:02 PM

alieyrina replied at 6-3-2017 09:51 PM
Dedpool ni cita lawak ka..aku nk rakam yg 1st la..

Alieyrina, filem Deadpool banyak lawak yang pasti akan buatkan kita ketawa sepanjang filem.Cuma, ia juga ada banyak adegan ganas dan penggunaan kata-kata kesat yang sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

devilito2 Publish time 7-3-2017 07:47 AM

hahaha... mmg lawak...

LipasComel Publish time 7-3-2017 10:05 AM

kalau perasan ada poster premier movie logan. haha

Ainacutie Publish time 13-3-2017 03:46 PM

Can't wait!!!!

skystrike Publish time 13-3-2017 10:03 PM

kalau perasan ada sign tulis "nathan summmers is coming" kat phoone booth...

nathan summers = cable....anak kpd scott summers aka cyclops yg datang dari masa depan...

izabellemylia Publish time 30-3-2017 02:20 PM

Tak sabarrrrrrr :lol:

娃娃珍藏阁 Publish time 24-5-2017 09:13 AM

Tak sabar!
Pages: [1]
View full version: Teaser Deadpool 2 Menjadi Tular, Banyak Adegan Melucukan!


ADVERTISEMENT